Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1 men­jadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tam­bah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dari muara mudik ke hulu,
     Sambil menyanyi mendayung sampan;
Belum bersuara tersenyum dulu,
     Menambah seri wajah rupawan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
soil amendmentpembaikan tanahPertanianAgroteknologiKaedah menambah baik tekstur, struktur dan kimia tanah dengan menambah bahan asing seperti bahan organan dalam bentuk gambut, sisa tanaman, kompos atau najis haiwan, atau menambah kapur untuk mengurangkan keasidan tanah.
license creative commons (CC)lesen kreatif terbuka (CC)Teknologi Maklumate-PembelajaranSijil hak cipta awam yang membolehkan pihak lain menyebar, menambah, mengubah suai, menambah baik dan berkongsi hasil kerja kreatif yang dilindungi undang-undang hak cipta. Terdapat beberapa jenis lesen seperti lesen penggunaan tanpa syarat (CC0) dan lesen penggunaan dengan pemberian kredit (CC-BY). Sijil ini bertujuan untuk menggalakkan penyebaran dan penggunaan hasil kerja kreatif berlesen. Lihat juga hak terbuka, hak cipta.
rotoscopingmerotoskopTeknologi MaklumatTiadaSatu teknik animasi untuk menambah kesan khas pada filem sebenar. Teknik ini digunakan untuk menambah model grafik dalam filem sebenar dan boleh menjejak pergerakan objek dalam filem. Contohnya dalam filem Star Wars, teknik ini digunakan untuk menambah pedang laser dalam babak pertarungan.
box loopgelung kotakPerubatanTiadaGelung berbentuk kotak di dawai arkus untuk menambah kepanjangan dawai antara braket dan seterusnya menambah aktiviti.
monomer reactivity rationisbah keaktifan semula monomerKejuruteraanPolimerNisbah pemalar kadar spesies yang menumbuh secara menambah monomer sendiri terhadap pemalar kadar menambah monomer jenis lain.
software maintenancepenyelenggaraan perisianTeknologi MaklumatPerisianProses dalam kejuruteraan perisian bagi menambah baik perisian selepas dilaksanakan atau digunakan. Penambahbaikan ini adalah untuk membaiki prestasi, membetulkan ralat dan menambah fitur dalam perisian. Proses ini perlu dilakukan dengan sistematik dan teliti supaya sebarang pengubahsuaian dapat disepadukan dengan modul atau atur cara yang asal. Contoh aktiviti dalam penyelenggaraan perisian ialah pengeluaran perisian versi terbaru.
resamplesampel semulaTeknologi MaklumatTiadaProses yang digunakan untuk menambah atau mengurangkan saiz dan/atau resolusi imej berasaskan peta bit. Suatu imej di sampel-naik untuk meningkatkan saiz sampel dengan menambah bilangan bit per piksel manakala sampel-turun merujuk kepada mengurangkan bilangan bit per piksel bagi mengurangkan saiz imej. Suatu imej juga boleh disampel-naik dengan meningkatkan resolusi melalui peningkatan dimensi peta bit. Sebaliknya imej boleh disampel-turun dengan mengurangkan dimensi peta bit.
resamplesampel semulaTeknologi MaklumatTiadaProses yang digunakan untuk menambah atau mengurangkan saiz dan/atau resolusi imej berasaskan peta bit. Suatu imej di sampel-naik untuk meningkatkan saiz sampel dengan menambah bilangan bit per piksel manakala sampel-turun merujuk kepada mengurangkan bilangan bit per piksel bagi mengurangkan saiz imej. Suatu imej juga boleh disampel-naik dengan meningkatkan resolusi melalui peningkatan dimensi peta bit. Sebaliknya imej boleh disampel-turun dengan mengurangkan dimensi peta bit.
garnishingmenghias; bahan penghiasPentadbiran PerniagaanTiada1. Bahan Penghias: Sayuran atau bahan-bahan lain untuk menghias makanan seperti selada air, parsli dan lobak merah.,2. Renda, bulu dan sebagainya yang ditambah pada pakaian untuk menjadikannya lebih cantik dan menarik.,3. Menghias: Menambah rupa atau seri pada pakaian seperti menambah renda.,4. Menambah rupa atau rasa pada makanan.
agrobiotechnologyagrobioteknologiPertanianAgroteknologiKajian saintifik bagi menambah baik tumbuhan, haiwan dan mikroorganisma dalam usaha untuk meningkatkan produktiviti pertanian. Kajian ini berasaskan pengetahuan tentang DNA dan pengenalpastian gen yang dapat memberi faedah kepada tanaman yang boleh digunakan untuk memperbaik ciri-ciri tanaman dan ternakan. Agrobioteknologi dapat menambah baik tanaman dan ternakan yang tidak dapat dihasilkan melalui kaedah pembiakbakaan tradisional. Kaedah penting dalam agrobioteknologi melibatkan pemindahan gen daripada satu organisma kepada organisma yang lain. Melalui kaedah ini, banyak tanaman yang mempunyai ciri ketahanan terhadap penyakit telah dihasilkan.
12345678910...

Kembali ke atas