Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.ba.hi] | منمبهي

Definisi : memberi tambah pd, menokok (me­ngimbuh, menambah) pd: ~ apa yg ku­rang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.ba.hi] | منمبهي

Definisi : memberi tambah pd; menjadi sbg tam­bah pd: Sepatah pengajaran ~ akal, lebih baik drpd emas berbungkal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menambahi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.apakah perbezaan antara penambahan dan pertambahan?penambahan bilangan sekolah sedang diusahakan oleh pihak tertentu.adakah ayat ini betul?kalau betul mengapa? 2.apakah perbezaan antara imbuhan mem...i atau mem...kan. terima kasih

Saudara Khoo,

1. Perkataan pertambahan bermaksud perihal bertambah: penduduk luar bandar sedang mengalami ~ besar;

Perkataan penambahan bermaksud 1. perihal menambah (menambahi, menambahkan), perihal memberi tambahan pd; 2. perihal memberi imbuhan pd kata pokok.  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. Dalam hal ini ayat yang betul ialah 'Penambahan bilangan sekolah sedang diusahakan oleh pihak tertentu. 

2.  Imbuhan meN...kan dan meN...i  berbeza dari segi fungsinya. MeN...kan menandakan kausatif manakala meN...i menandakan lokatif. Contohnya,

a. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. 

b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Keempat, halaman 197-207.  

Tatabahasa25.08.2009

Kembali ke atas