Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.ba/] | منمبق

Definisi : 1. menimbunkan (melonggok­kan) tanah dll supaya tinggi: ia melihat tanah yg tinggi spt ditambak; 2. menimbun (lubang dll) dgn tanah dll, menimbus: jika jalan itu becak hendaklah ditambak supaya air hujan tidak bertakung; 3. menurap jalan dll dgn ta­nah, melepa, menampali; 4. membina tam­bak pd, membuat benteng pd, memben­tengi dgn tambak: mereka sedang ~ tebing sungai itu dgn tanah; 5. ki memberi (barang) banyak-banyak kpd, menghadiahkan banyak-banyak; 6. ki melepa ubat pd, membubuh ubat (pd luka dll); 7. ki menahan atau menyekat sesuatu (supaya jangan keluar dll), memben­dungi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.ba/] | منمبق

Definisi : 1 menimbuni sesuatu dgn tanah dll supaya tinggi: ~ paya. 2 menimbus lubang dgn tanah, pasir dll: Tempat-tempat yg berlubang dan yg lekuk ditambak dgn tanah. 3 membuat atau membina tambak pd sesuatu; membenteng dgn tambak: Mereka ~ tebing sungai dgn tanah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tambak (kata nama)
Bersinonim dengan benteng, tembok, bendungan, tebat, empangan, ban, daik, permatang, tanggul, gili-gili, embarau, padak, ambak, dinding, bakut, buruj;,
Kata Terbitan : menambak,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
back-fillingkambus (balik)PertanianTiadaMenutup atau menambak kembali parit atau lubang yang telah digali dengan tanah atau bahan-bahan lain seperti batu atau kelikir.
surface gradingpenggredan permukaanLandskapTiadaKerja menarah atau menambak tanah untuk mendapatkan satu permukaan yang sesuai bagi memudahkan penyaliran air.
earthworkkerja tanahLandskapTiadaSemua aktiviti yang terlibat dalam proses pengubahsuaian lahan seperti menambak, menambun, menggred dan sebagainya. Sinonim olah lahan.
area of cutkawasan potongLandskapTiadaKawasan tanah yang dikorek atau dipotong dalam proses memotong dan menambak tanah semasa membuat penggredan.
protestprotesSains PolitikHubungan AntarabangsaPernyataan tidak puas hati yang dilakukan oleh sesebuah negara terhadap negara lain akibat sesuatu tindakan yang dirasakan merugikannya. Protes biasanya dilakukan secara bertulis terhadap negara yang diprotes melalui saluran tertentu seperti melalui diplomatik dan media massa. Protes juga diajukan kepada pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam perkara yang dibangkitkan. Contohnya, Malaysia memprotes tindakan Singapura menambak laut yang berhampiran dengan tambak Johor kerana menjejaskan kehidupan marin di perairan Johor.

Kembali ke atas