Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bang] | منامبڠ

Definisi : ki tidak mempedulikan isteri (tetapi tidak pula menceraikannya), meng­gan­tung tidak bertali; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bang] | منامبڠ

Definisi : 1. menaiki kereta (sampan dll) tambang: maka ~lah saya bersama-sama Grandpre pergi ke Kampung Laut; 2. meng­angkut penumpang(muatan) dgn kereta (sampan dll) tambang; 3. bekerja sbg pembawa kereta (sampan dll) tambang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bang] | منامبڠ

Definisi : menggali hasil bumi dr tanah, melombong (bahan tambang); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bang] | منامبڠ

Definisi : 1 menaiki kenderaan dgn membayar tambang; menyewa kenderaan: Maka ~lah kami pergi ke seberang. 2 membawa barang atau penumpang dgn kereta atau dgn perahu tambang. 3 bekerja sbg pembawa kereta tambang dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nam.bang] | منامبڠ

Definisi : menggali hasil bumi (spt emas) dr tanah; melombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menambang

Puisi
 

Kalau tuan pergi ke Palembang,
     Anak Jawa membakar arang;
Pelayaran tuan tiada menambang,
     Karam berdua basah seorang.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Makna perkataan Menguis dan menggaliMakna perkataan Menguis dan Menggali menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, 2005, terbitan DBP. Menguis: 1. Menolak (menepis, menyepak) ke tepi: dikuisnya sampah itu dengan kakinya; 2. mengais (spt. ayam); Menggali: 1. membuat sesuatu dr dlm tanah. dll), mengorek, menambang; ~ kubur (longkang, lubang, dll) membuat kubur (longkang, lubang, dll) dengan menggali tanah; ~ ubi (emas dll) mengeluarkan atau mengambil ubi dll dr dlm tanah; 2. ki menyelidiki, mendalami: mereka merasakan perlunya ~ kembali kekayaan hukum adat nenek moyangnya; menjadi idaman A. Samad Said bukannya untuk memfokuskan mengapa hal-hal itu terjadi, tetapi cuba ~ sikap dan tindakan manusia; ~ lubang menutup lubang prb menebus hutang dgn meminjam wang; nan digali dala,. nan digantung tinggi prb yang sudah dirundingkan matang-matang mendapat persetujuan.Tatabahasa04.04.2014

Kembali ke atas