Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampar, menempeleng. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampal dgn perca kain dll (utk mengganti yg koyak atau sobek), me­nam­pal: bakul yg tembus ditampung dgn mengkuang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : 1. menadah se­suatu yg jatuh atau menitik: baldi utk ~ air hujan; 2. menerima, memberi tempat utk: beliau telah memilih Irian Barat sbg tempat ~ pen­duduk Jawa yg berlebihan itu; 3. menerima dan mengurus (penganggur dll): bagaimana­kah dapat ditampung mereka yg gagal di sekolah? 4. menerima dan me­­­­­­­­ngum­pulkan (hasil, bahan, dll): hilanglah segala media penerbit­an yg selama sebelum perang banyak ~ hasil-hasil pengarang cerpen; 5. mengadang di jalan dan melawan (musuh yg menyerang dll), mencegat, meme­gat, mena­­­­han: serangan angkatan udara musuh dapat ditampung oleh kapal-kapal terbang kita; 6. menerima dan mengatasi (masalah dsb): ada cara utk ~ kemis­kin­an dan kekurangan diri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : menampal dgn perca kain dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nam.pung] | منمڤوڠ

Definisi : 1 menadah sesuatu yg jatuh, menitik dll. 2 mem­beri tempat (ruang dsb) utk: Sta­dium itu dpt ~ kira-kira 50,000 orang penonton. 3 menerima dan mengurus (sesuatu golongan, hasil dll): Kilang itu dijangka dpt ~ sebilangan penganggur bagi mendapatkan pekerjaan. Majalah itu diterbitkan utk ~ karya para penulis tempatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tampung
Kata Terbitan : menampung, penampungan, penampung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
critical depthkedalaman kritikalLandskapTiadaI. Kedalaman maksimum tanah yang dapat menampung udara untuk pernafasan akar. 2. Kedalaman maksimum air yang dapat menampung udara yang diperlukan oleh tumbuhan air.
carrying capacitykeupayaan muatanVeterinarTiadaKeupayaan pastura atau foraj dalam sesuatu kawasan tanah untuk menampung sesuatu jumlah ternakan. Contohnya, satu hektar tanah yang ditanam rumput terpilih boleh menampung 2-4 ekor lembu atau 15-20 ekor kambing sepanjang tahun.
frame structurestruktur kerangkaKesenianSeni BinaRangka binaan sesuatu struktur yang biasanya diperbuat daripada besi, kayu atau konkrit tetulang yang direka bentuk untuk menampung beban. Contoh elemen yang menampung beban adalah rasuk dan tiang. Bangunan yang mempunyai struktur kerangka adalah lebih ringan dan berciri ekonomi dari segi penggunaan bahan binaan. Contoh binaan struktur kerangka adalah bangunan rumah Melayu yang dibina dengan rangka kayu.
holding capacitykeupayaan menampungPerhutananTiadaTiada
stanchionjerjakKejuruteraanTiadaStruktur tegak yang menampung galang geladak.
reservoirempanganPerikananTiadaTakungan yang dibina untuk menampung air bagi tujuan penjanaan elektrik dan pengawalan banjir. Takungan ini boleh menjadi habitat ikan dan tempat untuk aktiviti perikanan rekreasi dan akuakultur. Sinonim takungan.
desertgurunGeografiTiadaKawasan gersang yang hanya dapat menampung populasi organisma gurun sahaja. Ada empat jenis gurun, iaitu gurun ais kutub dan salji, gurun garis lintang tengah, gurun angin dagang, dan gurun pantai.
dieacuanFarmasiFarmaseutikBahagian pada mesin tablet yang menampung campuran serbuk atau granul untuk dimampatkan bahagian atas dan bawahnya oleh penebuk tablet.
desertgurunBiologiEkologiKawasan gersang yang hanya dapat menampung populasi organisma gurun sahaja. Ada empat jenis gurun, iaitu gurun ais kutub dan salji, gurun garis lintang tengah, gurun angin dagang, dan gurun pantai.
land capabilitykeupayaan lahanLandskapTiadaKemampuan tanah untuk menampung sesuatu aktiviti yang dirancang tanpa mengubah keadaan asalnya secara berkekalan.
12345678910...

Kembali ke atas