Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nan.da.i] | مننداءي

Definisi : 1. membubuh tanda pd sesuatu (supaya dapat dikenali), memberi bertanda, menunjukkan (dgn tanda dll), membubuh cap, dll: mana-mana yg amat penting isinya, lalu dinyatakannya atau ditandai, supaya segera diperlihatkan kpd tuannya; 2. membubuh tandatangan, menandatangani (surat dll); 3. mengetahui atau mengenali sesuatu (dgn melihat tanda-tandanya), mengecam: hal ini boleh ditandai dgn rasa mual, sakit ping­gang, sesak nafas, kaki membengkok, dsb; 4. memerhati (melihat) dgn teliti, meng­amat-amati: marilah engkau kutandai su­paya engkau kukenal; 5. mencatat supaya diketahui: pukul lapan pagi, cikgu mulai ~ kedatangan kanak-kanak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nan.da.i] | مننداءي

Definisi : 1 membubuh tanda pd sesuatu supaya dpt dikenali atau dpt dicamkan: Dia ~ pintu itu dgn tanda pangkah. 2 mencatat supaya diketahui: Tepat pd pukul lapan, beliau mula ~ buku kedatangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, adakah "menandai" dapat bermaksud "menjadi tanda pada"? Kemungkinan ini saya agak kerana kata nama + meN-...-i dapat bermaksud menjadi maksud kata dasar nama pada (rujuk Asraf. (1989:102). Petunjuk Bahasa Melayu Baku KBSM. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.) Namun begitu, dalam Kamus Pelajar dan Kamus Dewan, tiada maksud "menjadi tanda pada" pada kata "menandai" melainkan "membubuh tanda pada, memberikan tanda pada sesuatu benda". Sila halusi WordPad yang terlampir untuk lebih teliti memahami pandangan saya. Terima kasih tuan! Salam memperjuangkan daulat bahasa Melayu.Lihat menandai">http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=menandai, perkataan menandai antaranya membawa maksud menjadi tanda pada.Tatabahasa16.12.2016
Penggunaan yang betul. 1. Guru memberi bimbingan segera kepada murid-murid... @ guru segera memberi bimbingan kepada murid-murid... 2. membaca petikan tersebut secara kuat dengan sebutan... @ membaca petikan tersebut dengan kuat dengan sebutan... 3. Murid perlu menandai jawapan pada ruang yang disediakan @ 2. Murid perlu menandakan jawapan pada ruang yang disediakan 4. Guru menayangkan video @ guru menayang video 5. Murid diminta menutup program komputer mengikut aturan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya. Sekian, terima kasih.1. Guru memberi bimbingan kepada murid-murid.
2. Membaca petikan tersebut secara kuat dengan sebutan ... Membaca petikan tersebut dengan kuat dengan sebutan .... Kedua-dua ayat itu betul. 
3. Murid perlu menandai jawapan pada ruang yang disediakan. Murid perlu menandakan jawapan pada ruang yang disediakan. Menandai dan menandakan kedua-duanya betul. 
4. Guru menayangkan video .... 
5. Murid diminta menutup program komputer mengikut aturan. Diharap pihak tuan dapat membantu saya.
Tatabahasa26.11.2012
Apakah maksud perkataan ketimbang?Menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia, ketimbang bermaksud kata untuk menandai perbandingan (dengan); daripada. Kata ini digunakan dalam bahasa percakapan.Makna19.10.2023
salam, mohon semakan ayat sama ada betul atau tidak. "Beberapa perenggan karangan yang ditaip menggunakan perisian microsoft word itu perlu dihighlight secara menyeluruh untuk memudahkan proses memadam" Adakah penggunaan perkataan "dihighlight" dalam ayat diatas betul? Jika salah mohon bantuan pembetulan. terima kasih.Kami tidak pasti perkara yang dimaksudkan. Walau bagaimanapun, ada beberapa padanan bahasa Melayu untuk "highlight"  dalam pangkalan data DBP, iaitu menandai, menyerlahkan, menonjolkan dan menekankan. Istilah10.03.2016
1.Pelbagai jenis penyakit? 2.Pelbagai penyakit Ayat manakah yang betul?Mengapa? 3.DBP berusaha (meningkatkan,mempertingkatkan) pemahaman tatabahasa dalam kalangan pengguna bahasa 4.Apa bezanya antara imbuhan awalan MeN.. dan imbuhan apitan MeN ...kan?Intinya bilakah kita mengguna meN dan MeN...Kan.Contoh,kita mengguna atau menggunakan pen untuk menulis? 5.Frasa "Sebagai contoh "atau "contoh",manakah yang persis dan betul? 6.Adakah perkataan "menanda" BETUL?contoh,cikgu Lim menanda kertas bahasa Melayu?atau Cikgu Lim menandai kertas BM

1.&2.- Kedua-duanya adalah betul dan ayat pertama adalah lebih khusus berbanding ayat yang kedua.

3. meningkatkan

4. meN- ialah awalan kata kerja aktif, sama ada transitif atau tak transitif. Manakala kata kerja yang terbentuk dengan apitan meN-...-kan ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam transitif aktif. Contoh yang betul: Kita menggunakan pen untuk menulis. Sila rujuk Tatabahasa Dewan

 5. Kedua-duanya betul dan boleh digunakan.

6. Perkataan 'menanda' adalah tidak betul. Ayat yang betul - Cikgu Lim menandakan kertas bahasa Melayu.

Lain-lain06.10.2008
Tuan, adakah "orang ramai kebingungan" semaksud "orang ramai berasa bingung"? "Kebingungan" perbuatan bangun kena buat yang berapitan ke-...-an kerana benda ayat dikenai sesuatu walaupun manusia. Maka "kebingungan" dalam frasa itu bermaksud orang ramai dikenai oleh rasa bingung, maka benda ayat "orang ramai" mengalamilah rasa bingung, berasa bingung, itulah sebabnya kebingungan = berasa bingung! Jadi, untuk maksud "berasa gembira", bolehlah saya bina ayat seperti: (1) Saya kegembiraan oleh melihat dua orang itu berbaik semula. "Saya" benda ayat yang seakan-akan penyambut, iaitu benda yang dikenai perbuatan, maka ke-...-an yang menandai bangun kena buat itu digunakan. Saya kegembiraan = saya dikenai oleh rasa gembira = saya mengalami rasa gembira = saya berasa gembira. Ini keadaan ke-...-an + sifat (gembira, bingung). Ayat ini seperti: (2) Saya kecurian (ke-...-an + perbuatan "curi") pen = "saya" benda ayat yang dikenai, iaitu dikenai perbuatan "curi" dan "pen" penerang kepada perbuatan "kecurian", iaitu menerangkan benda yang dicuri. Jadi, adakah kebingungan = dikenai oleh rasa bingung = berasa bingung; "kesedihan" = ditimpa rasa sedih = berasa sedih?Perkataan kegembiraan tidak boleh digunakan pada ayat yang sama seperti "orang ramai kegembiraan". Tetapi boleh ditulis "Dia menjerit kegembiraan"Tatabahasa23.12.2016
Perkataan baru padanannya 'just'. Perkataan baharu padanannya 'new' Bagaimana pula terbaru @ terbaharu . Umum mula menggunakan TERBAHARU kerana beranggapan perkataan BARU sudah ditukar ejaannya menjadi BAHARU. Begitu juga BARU-BARU INI menjadi BAHARU-BAHARU INI.. Bukankah perkataan yang berkaitan dengan masa menggunakan BARU, jadi BARU-BARU ini ialah ejaan dan betul. Begitu juga Terbaru. Mohon penjelasan.Kamus Inggeris - Melayu Dewan menterjemahkan new kepada baru dan baharu. Oleh itu, dalam kamus kita temui kedua-dua bentuk kata terbaru dan terbaharu bagi menandai latest dalam bahasa Melayu. Sila rujuk kamus dan saudara akan temukan kata terbitan yang lain, iaitu baru-baru, membarukan, membaharui, pembaharuan, memperbaharu dan kebaharuan.Tatabahasa26.09.2012
Salam, saya ingin tanya tentang format karangan dialog. Bolehkah jika kita meletakkan lebih dari satu nokhtah(.) untuk menunjukkan ayat itu disebut panjang? cth1:- Ali: saya rasa. . . betul kata cikgu itu. dan bagaimanapula dengan menggunakan "Mmmmm" untuk menunjukkan mereka sedang berfikir? cth2:- Abu: Mmmmmmm, saya mengulangkaji 1 jam sehari. terima kasih.Tanda elipsis (...) digunakan dalam kalimat yang terputus-putus. Contohnya, "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak."  Tanda elipsis juga menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, "Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut." Sekiranya bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat, perlu digunakan empat titik, tiga titik untuk penghilangan teks dan satu titik untuk menandai akhir kalimat. Untuk makluman, kata singkatan seperti ni, tak, dah, nak dan kata seru seperti hmm dibenarkan penggunaannya dalam dialog.

Kami cadangkan puan dapatkan buku Gaya Dewan, terbitan DBP sebagai panduan untuk menulis tanda baca yang betul dalam penulisan.
Tatabahasa25.07.2017
1) bilakah penggunaan (...) dalam dialog diperlukan? contoh ayat: 1) "Bapa... tolonglah...kasihanilah Tiah bapa". 2) hmm... kedua-dua ayat di atas betul atau tidak sekiranya digunakan dalam dialog. 2) adakah kata singkatan sesuai digunakan sama ada dalam dialog mahupun dalam teks novel. contohnya ni, tak, dah, nak. - adakah salah sekiranya penggunaan kata singkatan ini digunakan terlampau kerap? -terima kasih-Tanda elipsis (...) digunakan dalam kalimat yang terputus-putus. Contohnya, "Kalau begitu ... ya, marilah kita bergerak."  Tanda elipsis juga menunjukkan bahawa dalam suatu petikan ada bahagian yang dihilangkan. Contohnya, "Sebab-sebab kemerosotan ... akan diteliti lebih lanjut." Sekiranya bahagian yang dihilangkan mengakhiri sebuah kalimat, perlu digunakan empat titik, tiga titik untuk penghilangan teks dan satu titik untuk menandai akhir kalimat. Untuk makluman, kata singkatan seperti ni, tak, dah, nak dan kata seru seperti hmm dibenarkan penggunaannya dalm dialog.Tatabahasa14.01.2011
Salamualaikum.. saya ada 2 soalan, pertama, apakah fungsi kata apitan 'ber'? contohnya; saya bermain bola sepak. apakah penerangan sebaiknya untuk diterangkan dan seerti dalam bahasa inggeris. untuk lebih memahami soalan saya ini. saya lanjutkan dengan contoh lain seperti' saya sedang bermain bola sepak'. penggunaan sedang menunjukkan 'masa sekarang@kini' dan seerti dalam bahasa inggeris adalah present tense. soalan kedua ialah apakah buku yang sesuai terdapat di pasaran untuk digunakan sebagai rujukan bagi pelajar antarabangsa untuk mempelajari bahasa melayu. sekian terima kasihAwalan beR- membentuk kata kerja yang bersifat tak transitif sama ada berpelengkap atau tanpa pelengkap. Pada dasarnya perkataan yang berawalan beR- ialah kata kerja yang membawa pengertian berlakunya sesuatu mengikut makna yang terkandung dalam kata dasar seperti bertukar dan bersenam. Namun begitu terdapat juga pengertian khusus, bergantung pada golongan perkataan tertentu seperti bercukur, bertumbuk dan bertulis. Kata kerja bermain membawa maksud yang terkandung dalam kata dasar main. Dalam bahasa Melayu, perkataan yang menandai masa perbuatan didahului dengan perkataan telah, sedang dan akan. Walau bagaimanapun dalam konteks ayat yang dapat menjelaskan masa berlakunya sesuatu perbuatan, maka perkataan telah, sedang dan akan boleh digugurkan. Contohnya ayat Ahmad sedang bermain bola sepak di Stadium Bukit Jalil menunjukkan perbuatan itu sedang dilakukan dan ayat Ahmad bermain bola sepak di stadium semalam, tidak perlu lagi didahului kata telah.
Tatabahasa26.11.2012
12

Kembali ke atas