Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nan.da.kan] | مننداکن

Definisi : 1. menyatakan atau menun­jukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa di­jaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn me­­­ng­­­­gunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): pan­duan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nan.da.kan] | مننداکن

Definisi : 1 me­nyatakan atau me­­nunjukkan sesuatu; menjelaskan: Muka­nya masam ~ bahawa dia tidak ber­setuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jika dalam dialog, bolehkah digunakan simbol ini '...' untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika?Tanda (...) dipanggil ellipsis yang menandakan terdapat pengguguran kata dalam teks. Ia boleh digunakan dalam dialog, akan tetapi bukannya bermakna untuk menandakan bahawa watak yang bercakap itu seakan-akan berhenti bercakap untuk berfikir seketika. Untuk lebih jelas, rujuk Gaya Dewan, terbitan DBP pada halaman 71.Tatabahasa28.10.2015
apitan meN-...i menandakan lokatif. Bolehkah pihak tuan menjelaskan makna lokatif dan memberikan contohnya sekali.Lokatif ialah makna tatabahasa yang dikaitkan dengan imbuhan dalam ayat ntuk menandakan tempat berlakunya perbuatan. Contohnya ...i dalam ayat murid-murid menaiki bas dan Ali menghampiri lembaga itu. Sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk keterangan lanjut.Tatabahasa05.12.2008
apakah perbezaan menghadiahkan dan menghadiahi?terima kasihFungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa21.12.2012
saya keliru dengan penggunaan perkataan menghadiahi dan menghadiahkan. contoh ayat; ayah menghadiahi/menghadiahkan adik mainan.

Puan Zaimah,

Fungsi apitan meN...kan menandakan kausatif, manakala apitan meN...i menandakan lokatif. Contoh: Ayah menghadiahkan basikal kepada Ali; Ayah menghadiahi Ali basikal. MeN...kan menerima objek tidak bernyawa, iaitu basikal, manakala meN...i menerima objek bernyawa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. 

Tatabahasa04.05.2010
Apakah perrbezaan antara imbuhan antara meN-kan dan meN-i?Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa19.10.2010
APAKAH JAWAPAN BAGI SOALAN SAYA?:BAGAIMANA HENDAK MEMBEZAKAN ...i DAN ...kan?TERIMA KASIHFungsi apitan meN-...-kan dengan meN-...-i, dibahagikan kepada tiga: (i) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ahmad. b. Pak osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (ii) Bagi kata kerja tertentu, perbezaan penggunaan apitan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (ii)b sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. (iii) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a. Ali membaiki kereta yang rosak. b. Ali membaikkan kereta yang rosak. Harap maklum.Tatabahasa13.09.2006
bolehkah saya tanya tentang penggunaan imbuhan "me...kan" dengan "me...i"?? terima kasihFungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa28.04.2011
Salam sejahtera. Saya ingin mengetahui penggunaan kata kerja diakhiri imbuhan 'kan' dan 'i'. Contohnya, 'menghadiahkan' dan 'menghadiahi'. Saya berharap pihak tuan dapat membantu meleraikan kemusykilan ini. Sekian terima kasih.

Fungsi apitan meN...kan menandakan kausatif, manakala apitan meN...i menandakan lokatif. Contoh: Ayah menghadiahkan basikal kepada Ali; Ayah menghadiahi Ali basikal. MeN...kan menerima objek tidak bernyawa, iaitu basikal, manakala meN...i menerima objek bernyawa. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 207. 

Tatabahasa02.06.2010
Penggunaan imbuhan meng--kan dan meng--i

Apabila dibandingkan penggunaan apitan meN-...-kan dan meN-...-i, fungsinya dapat dibahagikan kepada tiga:

i. Fungsi apitan meN-...-kan menandakan kausatif, manakala meN-...-i menandakan lokatif. Contoh: Pak Osman menghadiahkan sebuah basikal kepada Ali dan Pak Osman menghadiahi Ali sebuah basikal.

ii. Apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa, manakala apitan  meN-...-i lazimnya menerima objek yang bernyawa. Lihat contoh di atas.

iii. Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contoh: Ali sedang membaiki kereta yang rosak dan Ali sedang membaikkan kereta yang rosak.

Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 207.

Tatabahasa16.09.2011
1.Jelaskan maksud antara menyakiti dan menyakitkan 2.Dia menyakiti/menyakitkan hati saya kerana mengeluarkan kata-kata kesat terhadap saya.Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.Tatabahasa04.01.2018
12345678910

Kembali ke atas