Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nan.da.kan] | مننداکن

Definisi : 1. menyatakan atau menun­jukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa di­jaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn me­­­ng­­­­gunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): pan­duan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nan.da.kan] | مننداکن

Definisi : 1 me­nyatakan atau me­­nunjukkan sesuatu; menjelaskan: Muka­nya masam ~ bahawa dia tidak ber­setuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ORION

Orion, Si Pemburu, ialah buruj yang terang yang

termasuk dua daripada bintang yang paling terang

di langit. Orion sering digambarkan membelakangi

kita. Dalam pandangan ini, bintang merah yang

terang, Betelgeuse, menandakan bahu kirinya.

Bintang putih biru yang dikenali sebagai Rigel

menandakan kaki kanannya. Dua bintang yang

lebih malap, Bellatrix dan Saiph, menandakan bahu

kanan dan kaki kiri Orion. Orion mudah dikenal

pasti melalui satu baris tiga bintang yang

membentuk tali pinggangnya. Sebilah pedang,

yang terbentuk daripada sebaris bintang yang

malap, tergantung dari tali pinggangnya.

UMUM 
PERANG AMERIKA-SEPANYOL

Perang Amerika-Sepanyol menandakan detik

kemunculan Amerika Syarikat sebagai sebuah kuasa

dunia. Peperangan singkat antara Amerika Syarikat

dengan Sepanyol ini berlaku di antara bulan April

dan Ogos 1898, berpunca daripada isu pembebasan

Cuba. Hasil daripada peperangan ini, Amerika

memperoleh Guam, Puerto Rico, dan Kepulauan

Filipina.

UMUM 
MAGNA CARTA

Magna Carta ialah dokumen yang menandakan

langkah tegas ke hadapan dalam perkembangan

kerajaan berperlembagaan di England. Pada abad-

abad berikutnya, kebanyakan bahagian lain dunia

juga turut mendapat faedah daripadanya, kerana

banyak negara demokrasi mengikuti perundangan

Inggeris dalam membentuk kerajaan masing-

masing.

UMUM 
MOHOR BESAR

Mohor Besar, di United Kingdom, digunakan

untuk menandakan pengesahan raja terhadap

kebanyakan dokumen negara. Setiap raja memiliki

Mohor Besar khas, sebagai tambahan kepada

mohor privi dan meterai. Mohor diraja yang

pertama ialah Mohor Edward the Confessor. Mohor

William Si Penakluk menggambarkan raja

menunggang kuda dan bersenjata. Selepas

penaklukan England, dia menambah sebuah ‘mohor

balas’ dengan gambar penabalannya. Kemudian,

gambar raja ditabal menjadi bahagian depan mohor

dan raja di atas kuda di bahagian belakang. Lord

chancellor ialah penyimpan Mohor Besar. Apabila

seseorang raja meninggal dunia, mohor itu

dipecahkan, dan dibuat yang baru.

UMUM 
PERTEMPURAN CONCORD

Pertempuran Concord berlaku pada 19 April

1775, menandakan pertempuran yang kedua antara

kumpulan patriot dengan pihak Inggeris dalam

Revolusi Amerika. Peperangan ini mula meletus

berhampiran Lexington, Massachusetts. Semasa

musim sejuk sebelumnya, orang Amerika telah

mengumpul bekalan ketenteraan sebagai persiapan

jika berlakunya peperangan. Kerajaan Inggeris

mengarahkan ketua turus angkatan tenteranya di

Boston , Leftenan Jeneral Thomas Gage, untuk

memusnahkan simpanan bekalan di Concord. Pada

malam 18 April, Gage menghantar 700 orang tentera

di bawah pimpinan Leftenan Kolonel Francis Smith

untuk melaksanakan arahan ini. Tetapi, Paul Revere

dan William Dawes memberi amaran kepada

penduduk di kawasan itu bahawa tentera Inggeris

sedang mara.

UMUM 
D-DAY

D-day ialah istilah bagi satu tarikh rahsia

menandakan sesuatu operasi ketenteraan akan

bermula.

UMUM 
PALM SUNDAY

Palm Sunday ialah hari Ahad yang jatuh sebelum

Hari Paskah dan ia menandakan permulaan Minggu

Suci dalam takwim Kristian.

UMUM 
SIGNUS

Signus ialah buruj yang terletak di Hemisfera

Utara. Ciri buruj ini yang paling menonjol ialah

Palang Utara yang terbentuk daripada lima buah

bintangnya yang paling terang. Bintang Deneb,

iaitu bintang yang paling terang, menandakan

bahagiannya yang paling atas yang menghala

ke timur laut. Bintang berpasang Albireo pula

menandakan bahagian bawahnya yang menghala

ke barat daya.

UMUM 
TAHUN LOMPAT

Tahun lompat, mempunyai 366 hari atau lebih

satu hari berbanding dengan satu tahun biasa.

Tahun lompat berlaku setiap empat tahun sekali

kecuali tahun yang menandakan ratus yang genap

misalnya 1500. Satu-satunya tahun kurun yang

merupakan tahun lompat ialah tahun yang boleh

dibahagikan secara genap dengan 400, seperti

tahun 1600 dan 2000. Tahun lompat ditambahkan

kepada kalendar untuk menjadikan tahun kalendar

hampir sama seperti tahun suria, iaitu masa yang

diambil untuk matahari melepasi garisan ekuinoks

musim bunga sebanyak dua kali. Hari yang

berlebihan itu ditambah pada penghujung bulan

Februari iaitu 29 Februari, sekali setiap empat

tahun. Lihat Tahun .

UMUM 
TEMBOK HADRIAN

Tembok Hadrian dibina oleh Maharaja Rom,

Hadrian, pada tahun 120-an M. merentasi utara

Britain di antara Solway Firth dengan muara Sungai

Tyne. Tembok ini dibina untuk menandakan

sempadan Britain Rom, dan untuk menghalang

serangan dan penyeludupan oleh kaum Pict dan Scot.

Sebahagian tembok dibina menggunakan batu

dan sebahagian lagi merupakan tetembok daripada

rumput. Terdapat beberapa kubu kecil, dikenali

sebagai milecastle (kastil sebatu) , dibina selang

sebatu (kira-kira 1.6 kilometer) setiap satu di

sepanjang tembok ini, di samping 23 kubu besar ini.

Vallum ialah parit yang selari dengan tembok. Banyak

bahagian tembok ini masih kukuh hingga kini.

Lihat juga Tembok Rom.

UMUM 
123

Kembali ke atas