Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nan.da.kan] | مننداکن

Definisi : 1. menyatakan atau menun­jukkan (bahawa), menjelaskan: kerusi-kerusi rotan telah kelihatan buruk ~ tidak berapa di­jaga; 2. menjadi tanda (isyarat), memberi alamat bahawa: ia berdiam diri itu ~ bahawa ia sangat marah; 3. memberitahukan dgn me­­­ng­­­­gunakan tanda (isyarat), membubuh tanda supaya diketahui (dimaklumi dll): pan­duan jalan raya ditandakan dgn papan-papan tanda; 4. membuktikan dgn: tidak ada buktinya ~ ia berdosa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nan.da.kan] | مننداکن

Definisi : 1 me­nyatakan atau me­­nunjukkan sesuatu; menjelaskan: Muka­nya masam ~ bahawa dia tidak ber­setuju dgn pendapat kami. 2 menjadi alamat atau tanda bahawa: Lima minit kemudian, kapal terbang itu pergi dan semboyan udara berbunyi lagi utk ~ bahawa keadaan sudah selamat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tanda
Kata Terbitan : petanda, pertanda, bertanda, menanda, menandai, menandakan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
consolute temperaturesuhu saling larutKejuruteraanKejuruteraan KimiaSuhu yang menandakan sifat kestabilan sesuatu fasa campuran cecair. Suhu yang lebih tinggi daripada suhu saling larut menandakan campuran tersebut bercampur sepenuhnya dan suhu yang kurang daripada suhu saling larut menandakan campuran tersebut akan berpisah untuk membuka fasa yang berasingan.
base linegarisan asasKesenianHiasan DalamanGarisan melintang yang paling bawah dalam lukisan seni bina. Garisan ini menandakan asas lukisan atau reka bentuk yang terbawah. Contohnya, dalam lukisan perspektif, garisan ini menandakan atau membayangkan satah gambar di atas aras tanah. Dalam bidang kejuruteraan dan ukur tanah pula, garisan asas merupakan garisan pertama yang menandakan lokasi dan ukuran sebagai asas atau dasar. Garisan asas ini akan menentukan garisan-garisan, sudut dan jarak lain yang tercatat atau telah diprogramkan dalam bidang ukur tanah, atau sebidang tanah pada peta atau pelan.
annual ringcecincin tahunan; gegelang tahunanBiologiTiada1. Salah satu gegelang pertumbuhan, dilihat dalam keratan melintang dikotiledon, menandakan pertumbuhan sekunder dalam masa setahun.,2. Gegelung yang menandakan pertumbuhan pada cangkerang haiwan dwicangkerang.
equatorial troughpalung khatulistiwaSainsHidrometeorologiPalung tekanan rendah yang dangkal, umumnya berada di khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dan sekitarnya, dan menandakan zon tumpuan udara yang bergerak ke khatulistiwa dari antisiklon subtropika salah satu hemisfera. Palung khatulistiwa di atas lautan berada di dalam jalur doldrum dan bergerak ke utara dan selatan mengikut arah matahari dengan masa susul selama satu atau dua bulan. Akan tetapi, palung ini tidak merupakan corak tetap carta sinoptik di semua longitud pada semua masa sepanjang tahun; khususnya, palung ini biasanya tidak wujud di kawasan daratan di hemisfera utara musim panas.
cardiac murmurdesis kardiumVeterinarPraklinikalBunyi tidak normal yang dapat didengar pada jantung. Bunyi ini boleh menandakan kemungkinan kebocoran injap stenosis atau jantung berlubang kongenital. Terdapat juga desis yang tidak menandakan penyakit jantung seperti yang boleh didengar pada anak kuda.
reagent purityketulenan reagenKimiaKimia AnalisisPengelasan reagen berdasarkan ketulenannya. Reagen yang dilabel teknikal atau komersial biasanya tidak tulen. Gred ‘USP’ menandakan hanya reagen tersebut mematuhi keperluan United States Pharmacopoeia. Sebutan ‘CP’ menandakan reagen ini lebih tulen daripada reagen teknikal. Reagen yang ditanda ‘gred reagen’ atau ‘reagen teranalisis’ merupakan bahan-bahan tulen yang telah dianalisis untuk menentukan tahap ketulenannya. Sekumpulan reagen yang sangat tulen dinamakan reagen piawai primer. Reagen ini digunakan untuk menentukan kepekatan larutan dalam analisis volumetri atau tujuan lain yang ketulenan reagen itu penting.
dacryodakrioPerubatanTiadaMenandakan perkaitan dengan air mata.
anteroinferioranteroinferiorPerubatanTiadaMenandakan kedudukan di depan dan di bawah.
anterointernalanterointernalPerubatanTiadaMenandakan kedudukan di depan dan di dalam, atau di sisi medial.
anterolateralanterolateralPerubatanTiadaMenandakan kedudukan atau arah ke depan dan ke sisi lateral.
12345678910...

Kembali ke atas