Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nan.da.ta.nga.ni] | مننداتاڠني

Definisi : menurunkan (mem­bubuh) tandatangan pd: dlm bulan Mei 1606, orang Belanda ~ satu perjanjian dgn negeri Johor; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tandatangan (kata nama)
Bersinonim dengan sain, teken, parap, tekan, ringkasan nama, coretan nama, autograf;,
Kata Terbitan : bertandatangan, menandatangani, penandatanganan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN SAINT GERMAIN

Perjanjian Saint Germain. Kuasa Berikat

dalam Perang Dunia I (1914–1918) dan republik

Austria menandatangani Perjanjian St. Germain

pada 10 September 1919. 27 buah negara Berikat

dan negara gabungan menandatangani perjanjian

ini yang memansuhkan kuasa Austria. Hanya

Romania dan juga negara yang kemudiannya

dikenali sebagai Yugoslavia merupakan dua negara

Berikat yang melambat-lambatkan proses

menandatangani perjanjian ini. Kedua-dua negara

ini tidak bersetuju dengan jaminan perjanjian yang

diberikan kepada kumpulan minoriti. Setelah

beberapa bulan berlalu, barulah mereka berjaya

dipujuk untuk menandatangani dokumen ini.

Perhimpunan Kebangsaan Austria mengesahkan

perjanjian ini pada 17 Oktober 1919, dan perjanjian

ini berkuat kuasa pada 16 Julai 1920.

UMUM 
SURAT KUASA WAKIL

Surat kuasa wakil ialah dokumen undang-undang

yang bertulis, biasanya dalam bentuk surat

ikatan. Orang yang menandatangani surat tersebut

melantik wakil atau peguam yang mempunyai

kuasa bertindak bagi pihak yang menandatangani

surat tersebut.

UMUM 
PERJANJIAN GUADALUPE HIDALGO

Perjanjian Guadalupe Hidalgo. Amerika

Syarikat dan Mexico menandatangani perjanjian

pada 2 Februari 1948 yang secara rasminya

menamatkan Perang Mexico (1846–1848) yang

berlaku kerana pertikaian terhadap status Mexico

dan wilayah-wilayah lain. Perundingan perjanjian ini

berlangsung di Villa de Guadalupe Hidalgo, pekan

kecil yang kini sebahagian daripada Mexico City.

UMUM 
SHERMAN, ROGER

Sherman, Roger (1721–1793ialah satu-satunya individu

yang menandatangani kesemua empat

dokumen yang masyhur berhubung dengan

Revolusi Amerika: Artikel Persatuan (1774),

Perisytiharan Kemerdekaan (1776), Artikel

Konfederasi (1777), dan Perlembagaan Amerika

Syarikat (1787). Sherman lahir di Newton,

Massachusetts. Pada tahun 1743, dia berpindah ke

Connecticut, dan berjaya menjadi terkenal dalam

bidang perniagaan dan politik. Sherman adalah

hakim Mahkamah Tinggi Connecticut dari tahun

1766 hingga tahun 1789.

UMUM 
PERTUBUHAN PERJANJIAN ASIA TENGGARA (SEATO)

Pertubuhan Perjanjian Asia Tenggara

(SEATO) ialah perikatan lapan buah negara yang

menandatangani Perjanjian Pertahanan Bersama Asia

Tenggara di Manila, Filipina, pada 8 September 1954.

Anggotanya terdiri daripada Australia, Perancis, New

Zealand , Pakistan, Filipina, Thailand, United Kingdom,

dan Amerika Syarikat. Pakistan menarik diri pada

tahun 1972. SEATO dibubarkan pada tahun 1977.

UMUM 
PERJANJIAN SÈVRES

Perjanjian Sèvres. Pada akhir Perang Dunia I

(1914–1918), Empayar Uthmaniyyah Turki dan

Pihak Berikat menandatangani Perjanjian Sèvres

di Sèvres, Perancis. Perjanjian tersebut telah

ditandatangani pada 10 Ogos 1920 dan

menandakan titik kelemahan kuasa dan sejarah

Turki. Perjanjian tersebut menyatakan bahawa

Syria , Palestin dan Mesopotamia (kini Iraq) akan

“diiktiraf sebagai negara yang merdeka dengan

kuasa mandatori sebagai penasihat”.

UMUM 
EDICT OF NANTESEdict of Nantes merupakan pengiktirafan toleransi agama secara rasmi yang pertama oleh negara Eropah besar. Raja Henry IV dari Perancis menandatangani edik ini di bandar Nantes pada 13 April 1598.UMUM 
TEMENGGUNG JUGAH ANAK BARIENG, TUN

Temenggung Jugah anak Barieng, Tun

(1900–1981) ialah ahli politik Sarawak. Dia merupakan

salah seorang yang menandatangani Perjanjian

Malaysia yang diadakan di London pada tahun 1963.

Setelah Malaysia dibentuk, dia dilantik sebagai

Menteri Hal Ehwal Sarawak sehingga tahun 1974.

Ketika konfrontasi berlaku antara Malaysia dengan

Indonesia pada tahun 1963, dia menganggotai

delegasi Malaysia ke Bangkok pada tahun 1966 untuk

mengadakan rundingan menamatkan konfrontasi itu.

Pada tahun 1967, dia telah merapatkan hubungan

suku kaum Kayan dan Kenyah Sarawak dengan suku

kaum Kayan dan Kenyah Indonesia di Long Jawi,

Kalimantan , Indonesia .

UMUM 
PERJANJIAN GHENT

Perjanjian Ghent menamatkan peperangan

antara United Kingdom (UK) dengan Amerika

Syarikat pada tahun 1812. Kedua-dua buah negara

tersebut menandatangani perjanjian ini di Ghent,

Belgium pada 24 Disember 1814 dan

mengesahkannya pada 17 Februari 1815. Perunding

dari Amerika ialah John Quincy Adams, James A.

Bayard, Henry Clay, Jonathan Russell dan Albert

Gallatin . Wakil United Kingdom terdiri daripada Sir

James Gambier, Henry Goulburn dan William

Adams . Walau bagaimanapun, perjanjian tersebut

tidak dapat menyelesaikan pertikaian yang

mencetuskan peperangan. Perjanjian itu hanya

dapat mengembalikan semula suasana aman.

Perjanjian itu tidak pun menyebut bahawa pelaut

Amerika dipaksa berkhidmat dalam kapal United

Kingdom. Perkara ini tidak dimasukkan kerana tidak

begitu mustahak. Tiada sebab bagi orang Inggeris

untuk melaksanakan perkara ini selepas kekalahan

Napoleon pada tahun 1815.

UMUM 
PERJANJIAN VERDUN

Perjanjian Verdun ialah perjanjian yang

membahagikan empayar Charlemagne kepada

tiga bahagian. Cucu Charlemagne bertelagah

untuk memerintah empayar ini selepas kematian

bapa mereka pada tahun 840 dan akhirnya

menandatangani perjanjian pada tahun 843.

Dengan perjanjian ini, Charles the Bald menerima

bahagian yang kini dikenali sebagai Perancis.

Louis the Jerman menerima tanah di hampir

semua kawasan di timur Rhine, yang akhirnya

menjadi Jerman moden. Lothair pula mengekalkan

takhta maharaja dan memerintah sejalur kawasan

di bahagian tengah, dari Laut Utara hingga

bahagian tengah Itali.

UMUM 
123

Kembali ke atas