Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang] | منڠ

Definisi : 1. berjaya (dlm perlawanan, pepe­rangan, dll), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa ~ dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertan­dingan, peraduan, dll); 4. tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd; alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb biarpun kalah, cakap besar juga; memenangi 1. beroleh menang (dlm per­lawanan dll), berhasil atau berjaya mengalah­kan: kanak-kanak yg lemah tidak akan ber-peluang ~ permainan itu; 2. mendapat ke­jayaan atau hadiah dlm pertandingan (pe­raduan dll): novel karangannya telah ~ Pe-raduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu; memenangkan 1. menyebabkan (menjadi­kan) menang: barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd se-gala musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~ Masinah; kemenangan 1. perihal menang: satu ke-ramaian yg besar telah diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma keme­nangan yg diperoleh tanpa bertanding (ke­rana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2. kelebihan, keunggulan: ~ moral; pemenang orang (pihak dll) yg menang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang] | منڠ

Definisi : 1 berjaya dlm perlawanan, peperangan dll; dpt mengalahkan lawan atau musuh: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ dgn tiga gol tidak berbalas. 2 mendapat keuntungan kerana bertaruh, bermain judi dll: Berapa ringgit engkau ~ berjudi tadi? memenangi mendapat kejayaan dlm perlawanan, peperangan dll: Pasukannya telah ~ perlawanan itu. memenangkan 1 menjadikan menang; menyebabkan menang; menjayakan: Kekuatan senjata dan ekonomi telah ~ Amerika Syarikat dlm Perang Dunia Kedua dahulu. 2 menganggap sesuatu pihak itu betul atau menang: Emaknya selalu ~ adik. kemenangan hal menang; kejayaan. pemenang orang (pasukan dll) yg menang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam satu Malaysia, 1.Ayat berikut merupakan dua ayat tunggal yang akan digabungkan menjadi ayat majmuk. Tolong semak jawapan yang diberikan. a)Pasukan Merah yang menang? b)Pasukan Hijau yang menang? Jawapan:i) Pasukan Merah atau Hijau yang menang? ii) Pasukan Merah atau Pasukan Hijau yang menang? Jawapan I atau ii yang betul? Perlukan pasukan dalam ayat ii ditulis huruf besar? 2.Adakah murid Tahap Dua dianggap sebagai kata nama khas?Jawapan yang sesuai ialah i) Pasukan Merah atau hijau yang menang.
Murid Tahap Dua bukan kata nama khas.
Lain-lain11.10.2015
Mana satukah yang betul? - Kalau tidak disebabkan awak, saya pasti sudah menang. - Kalau bukan disebabkan awak, saya pasti sudah menang.Ayat yang betul, Kalau tidak disebabkan awak, saya pasti sudah menang.Tatabahasa07.12.2015
kalah jadi abu,menang jadi arahUngkapan yang betul ialah kalah jadi abu,menang jadi arang.Lain-lain27.07.2010
1. Permohonan untuk pihak DBP menukarkan perkataaan "SETEL & MENANG' ke tulisan Jawi dan menggunakan font Uthman Taha atau Sakkal Majalla atau Arabic Style.Tulisan jawi bagi perkataan SETEL DAN MENANG ialah

سيتيل دان منڠ (fon tulisan ini ialah Arabic Style).

Ejaan06.02.2020
KPDNKK kerap menangani isu seperti gores dan menang, skim cepat kaya dan sebagainya. Tanpa mendapat pengesahan dari mana-mana pihak terutama dari DBP sendiri sering penggunaan tanda " digunakan. Contohnya "Gores dan Menang" "Skim Cepat Kaya" dan sebagainya. Pohon panduan tuan/puan mengenai penggunaan tanda tersebut samaada sesuai atau pun tidak. Terima kasih.Untuk makluman tanda petik hanya boleh digunakan dalam keadaan yang berikut:
1. Untuk mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan, daripada naskhah atau bahan bertulis lain.    Contoh: "Bila sampai?" Tanya Husin.
2.  Untuk mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipkai dalam ayat.
Contoh: Sajak "Dewi Malam", karya seorang penyair bukan Melayu, telah dideklamasikan pada malam pembacaan puisi.
3. Untuk mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.
Contoh: Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini. 
Ejaan01.10.2014
GEMPAK BOLA PILIH & DAPATKAN TV PERCUMA DAPATKAN TV PERCUMA SEKIRANYA ANDA MEMILIH PASUKAN YANG MENANG TERTAKLUK PADA TERMA & SYARAT
Gempak Bola, Pilih dan Dapatkan TV Percuma
Dapatkan TV percuma jika pasukan yang anda pilih menang.
Tertakluk pada terma dan syarat.
Tatabahasa17.05.2014
Salam. Saya ingin bertanyakan tentang laporan penuh panel pada setiap karya novel yang memenangi Hadiah Sastera Perdana Malaysia. Bolehkah saya ingin mengetahui novel manakah yang menang kerana ilmunya yang padat. Maksudnya, laporan mengatakan bahawa novel tersebut menang kerana terdapat banyak ilmu yang disampaikan dalam novel tersebut. Saya bertanya kerana tidak dapat mencari laporan penuh pada mana-mana novel pemenang HSPM. Saya mengharapkan pemerolehan sedikit sebanyak maklumat dengan kadar segera daripada khidmat DBP ini. Terima kasihSalam puan budiman,

LAPORAN HADIAH SASTERA PERDANA MALAYSIA (HSPM) 

Untuk makluman, laporan penuh bagi Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) akan disiarkan dalam Majalah Dewan Sastera keluaran akan datang.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain05.12.2022
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH SAYEMBARA MENULIS NOVEL SAINS ANGKASA 2013/2014 DAN PELANCARAN SAYEMBARA MENULIS KARYA KREATIF 2015 Khalid Al Walid Adakah novel yang menang akan diterbitkan oleh DBP?Untuk makluman, semua novel dan bahan karya lain yang menang dalam kedua-dua sayembara akan diserahkan kepada Bahagian Buku Kanak-kanak dan Remaja DBP untuk diterbitkanLain-lain17.12.2014
Tuan, betul ayat ini 'Saya berharap supaya kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama' betulkah kata 'berharap supaya'? kerana kata' berharap' telah membawa maksud harapan dan kata 'supaya' juga membawa maksud harapan. Minta penjelasanPandangan tuan mengenai berharap dan supaya boleh diterima. Penggunaan kedua-dua perkataan tersebut menyebabkan lewah dan tidak gramatis. Ayat yang gramatis ialah "Saya berharap kumpulan kuning akan menang dan mendapat tempat pertama."Tatabahasa11.09.2013
Adakah penggunaan bagi kata pemeri berikut adalah betul. 1. Basikal itu ialah hadiah hari jadi untuk adik daripada bapa. 2. Peserta yang menang dalam pertandingan berenang adalah Lee Meng. 3. Komputer ialah alat komunikasi yang amat penting untuk masyarakat kini. Adakah penggunaan bagi kata nafi berikut adalah betul. 1. Adik Mei Li bukan bodoh tetapi dia malas belajar. Terima kasih.Penggunaan kata pemeri yan b etul ialah:

1. Basikal itu ialah hadiah hari jadi untuk adik daripada bapa.
2. Peserta yang menang dalam pertandingan berenang ialah Lee Meng.
3. Komputer ialah alat komunikasi yang amat penting untuk masyarakat kini


Kata nafi 'bukan' menjadi unsur nafi bagi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi 'tidak' ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun kata nafi 'bukan' boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat, contohnya seperti dalam ayat yang diberikan: 1. Adik Mei Li bukan bodoh tetapi dia malas belajar.
Tatabahasa11.04.2017
12345

Kembali ke atas