Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang] | منڠ

Definisi : 1. berjaya (dlm perlawanan, pepe­rangan, dll), berhasil mengalahkan (musuh, saingan), mendapat kejayaan: barang siapa ~ dialah menjadi raja; 2. keuntungan atau ganjaran kerana berjaya mengalahkan musuh dll: berapa ~ orang itu berjudi? 3. lulus (dlm peperiksaan), beroleh hadiah (dlm pertan­dingan, peraduan, dll); 4. tidak kalah (kurang) drpd, lebih drpd; alah ~ tak tahu, bersorak boleh prb tidak masuk campur dlm perlawanan (perbantahan dll); alah sabung (main), ~ sorak prb biarpun kalah, cakap besar juga; memenangi 1. beroleh menang (dlm per­lawanan dll), berhasil atau berjaya mengalah­kan: kanak-kanak yg lemah tidak akan ber-peluang ~ permainan itu; 2. mendapat ke­jayaan atau hadiah dlm pertandingan (pe­raduan dll): novel karangannya telah ~ Pe-raduan Novel Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 1962; 3. ki mendapat, memperoleh, memiliki: Badrul yakin bahawa dia dapat ~ hati perempuan itu; memenangkan 1. menyebabkan (menjadi­kan) menang: barang diberi Allah umur panjang serta dimenangkan Allah drpd se-gala musuhnya; 2. menganggap satu pihak sahaja yg menang, memihak (menyebelah) kpd: mereka bertiga sahajalah yg selalunya ~ Masinah; kemenangan 1. perihal menang: satu ke-ramaian yg besar telah diadakan di kota itu utk merayakan ~ tersebut; ~ percuma keme­nangan yg diperoleh tanpa bertanding (ke­rana pihak lawan gagal atau enggan memenuhi peraturan pertandingan dll); 2. kelebihan, keunggulan: ~ moral; pemenang orang (pihak dll) yg menang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang] | منڠ

Definisi : 1 berjaya dlm perlawanan, peperangan dll; dpt mengalahkan lawan atau musuh: Pasukan bola sepak Malaysia telah ~ dgn tiga gol tidak berbalas. 2 mendapat keuntungan kerana bertaruh, bermain judi dll: Berapa ringgit engkau ~ berjudi tadi? memenangi mendapat kejayaan dlm perlawanan, peperangan dll: Pasukannya telah ~ perlawanan itu. memenangkan 1 menjadikan menang; menyebabkan menang; menjayakan: Kekuatan senjata dan ekonomi telah ~ Amerika Syarikat dlm Perang Dunia Kedua dahulu. 2 menganggap sesuatu pihak itu betul atau menang: Emaknya selalu ~ adik. kemenangan hal menang; kejayaan. pemenang orang (pasukan dll) yg menang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
menang (kata kerja)
Bersinonim dengan berjaya, mendapat kejayaan, beroleh hadiah, mencapai kemajuan, berhasil, beruntung, lulus, ghalib;,
Kata Terbitan : memenangi, memenangkan, kemenangan, pemenang,

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(8)
Peribahasa

Alah menang tak tahu,
     bersorak boleh.

Bermaksud :

Tidak berpihak ke mana-mana dalam sesuatu perlawanan.

 

Lihat selanjutnya...(19)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
win-win approachpendekatan menang-menangKejururawatanTiadaPenyelesaian konflik secara konstruktif dengan kebaikan kepada kedua-dua pihak. Contohnya, mengekalkan berat badan unggul setelah menurunkan berat badan dalam jangka masa yang dipersetujui.
best of fivemenang tigaSukanTiadaMenang tiga daripada lima permainan.
best of threemenang duaSukanTiadaMenang dua daripada tiga permainan.
winning shotsyot menangSukanTiadaMata terakhir yang perlu dikutip untuk menang dalam permainan.
wazaarimenang setengah(Judo)SukanTiadaLemparan yang perlu memenuhi dua syarat, iaitu Osaekomi-waza, 25 saat tetapi tidak melebihi 30 saat, sebelum diberikan menang setengah kepada penjudo.
game pointmata penamat (Bola Tampar)SukanTiadaMata akhir: Mata terakhir yang perlu dikutip untuk menang dalam permainan. Sinonim: winning shot [syot menang]
hansokumenang singkir (Judo)PendidikanTiadaTiada
uwagimenang setengahPendidikanTiadaTiada
yukomenang tipis (judo)PendidikanTiadaTiada
wazaarimenang setengah(Judo)PendidikanTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas