Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang.ga.pi] | منڠݢڤي

Definisi : 1.menerima atau menyambut: (kata-kata, kecaman, dsb): Panitia Ejaan ber­usaha ~ reaksi-reaksi itu dan jawaban-jawaban yg dimuat dlm karangan ini; 2. memahami: politik antarabangsa ditanggapi sbg perbuatan merebut kuasa di kalangan semua negara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
tanggap
Kata Terbitan : menanggapi, tanggapan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, berikan sebab atau alasan tatabahasa (sekiranya) dua ayat berikut tidak gramatis. Terima kasih. (1) Sehubungan dengan penaakulan teoretis— yang berkait rapat dengan pernyataan-pernyataan deklaratif— kebenarannya adalah bahawa terdapat ruang bagi penaakulan manusia untuk menanggapi dan menyatakan sesuatu tentang Tuhan. (2) Sebab penjelasan ini lemah adalah bahawa tiada sebarang bukti dijumpai dalam teks dan konteks tidak menyokongnya.

Cadangan penggunaan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa ialah:

1.  Sehubungan dengan penaakulan teoretis yang berkait rapat dengan pernyataan deklaratif, kebenarannya terdapat ruang bagi penaakulan manusia untuk menanggapi dan menyatakan sesuatu tentang tuhan.

2.   Penjelasan ini lemah kerana tiada sebarang bukti dijumpai dalam teks dan konteks tidak menyokongnya. 

Tatabahasa04.06.2022

Kembali ke atas