Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. 2 menderita kesusahan, ke­rugian dll; mengalami: Setelah permai­surinya mangkat, tinggallah Sultan Mahmud keseorangan ~ dukacita. Mereka telah ~ kerugian besar kerana harga getah jatuh. 3 memberikan belanja atau nafkah; menyara: Di samping ~ isteri dan empat orang anak, beliau terpaksa juga ~ dua orang adik. 4 memberi akuan atau jaminan ttg sesuatu: Saya berani ~ kebaikan radio jenis ini. 5 memikul segala tanggungjawab dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tun Kudu orang Melayu,
     Tun Tuah orang Melaka;
Duduk termenung menanggung rindu,
     Mengenang tuan jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Putih mata kerana memandang.

Bermaksud :

Menanggung rindu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
spare 2. save (so.) from worry, trouble, etc, (act.) melepaskan sso drpd menanggung; (pass.) sso terlepas drpd menanggung: if you had written to us you would have ~d us a lot of anxiety, kalaulah kamu telah menulis surat kpd kami, tentunya kamu telah melepaskan kami drpd menanggung risau;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
tormentin ~, menanggung seksa: he spent the night in ~, semalaman itu dia menanggung seksa;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
maintain3. support, menanggung: he has a large family to ~, dia menanggung keluarga yg besar; he was ~ed by his uncle while studying, dia ditanggung oleh bapa saudaranya semasa menuntut; 4.strongly assert, mempertahankan:Kamus Inggeris-Melayu Dewan
venturevi 1. take a risk, menanggung risiko: they decided to ~ into film-making, mereka mengambil keputusan utk menanggung risiko dlm pembuatan filem; 2. dare to go, berani pergi: explorers of old, who ~d out on unknown seas, penjelajah-penjelajah pd zaman dahulu yg berani pergi ke laut yg tdk diketahui; they never ~ very far from home, mereka tdk berani pergi jauh dr rumah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
venturesomeadj 1. bold, ready to take risks, daring, berani menanggung risiko, nekad: gamblers must be ~, penjudi-penjudi mesti berani menanggung risiko; 2. bold and risky, dangerous, penuh risiko: a ~ climb to the top of the mountain, pendakian ke puncak gunung yg penuh risikoKamus Inggeris-Melayu Dewan
bear25. endure, sustain, a. (suffering, hardship, etc) menanggung: she bore her suffering with great courage, dia menanggung penderitaannya dgn tabah; b. (pain) menahan: the poor child could not ~ the pain, kanak-kanak yg malang itu tdk dapat menahan rasa sakit; 6. tolerate, stand, put up with, tahan, sanggup; (person) tahan dgn: I cannot ~ being kept waiting, saya tak tahan dibiarkan menunggu sahaja; she couldn’t ~ that man anymore, dia sudah tdk tahan lagi dgn orang itu; 7. carry in the womb, dikandung, (di) dlm kandungan: she was overly concerned about the condition of the child she was ~ing, dia terlalu memikirkan keadaan bayi yg dikandungnya itu; 8. conceive, mengandung: the accident also rendered her incapable of ~ing children, kemalangan itu menyebabkan dia tdk dapat mengandung; 9. yield, produce, menghasilkan: bonds ~ing interest of 6% per annum, bon yg menghasilkan faedah pd kadar 6% setahun; the fruit trees should ~ a good crop this year, pohon buah-buahan itu dijangka akan menghasilkan buah yg banyak tahun ini;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
absorb3. consume, menyerap, menampung: the local market could not ~ the surplus sugar, pasaran tempatan tdk dapat menyerap lebihan bekalan gula; 4. defray, menanggung: the wholesaler agreed to ~ the advertising costs, pihak pemborong bersetuju menanggung kos pengiklanan; 5. incorporate, menyerap: the business was ~ed by a larger company, perniagaan itu telah diserap oleh sebuah syarikat yg lebih besar;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
incurvt bring on one self, a. (so’s displeasure, wrath, hatred, etc), /menyebabkan, membuat, menjadikan/ [sso marah, benci akan, dsb] pd: I seemed to have ~red his displeasure, nampaknya saya telah menyebabkan dia marah pd saya; b. (loss, debt, etc) menanggung: he ~red large debts during the weeks he spent in Las Vegas, dia menanggung hutang yg banyak semasa seminggu dia berada di Las Vegas; c. (expense) (terpaksa) menanggung: she ~red heavy expenses due to problems with the car, dia terpaksa menanggung perbelanjaan yg besar akibat kerosakan yg kerap berlaku pd keretanya; d. (fine, punishment, penalty, etc) dikenakan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
maintenance3. act of supporting with food, money, etc, menanggung; 4. defence, pertahanan, mempertahankan: the ~ of the outpost is left in the hands of a captain, pertahanan kota kara terletak di tangan kapten; 5. (leg.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
lossat a ~, a. below cost, dgn /harga yg merugikan, menanggung kerugian/: she sold the car at a ~, dia menjual kereta itu dgn harga yg merugikan; b. uncertain, bingung: I’m at a ~ as to what to do with him, saya bingung tdk tahu apa yg hendak dibuat dengannya; at a ~ for words, tdk terkata (apa-apa); a total ~, (of car etc) langsung tdk boleh digunakan lagi: the van was so badly damaged that it was a total ~, van itu hancur remuk dan langsung tdk boleh digunakan lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas