Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1. membawa di atas bahu (ba­rang yg berat-berat), memikul, menggalas: pelawat-pelawat penuh sesak, ada yg ~, ada yg berjunjung dan ada yg berkelek; 2. meng­alami (kesusahan dll), menahan, menderita, tertimpa (oleh): perusahaan itu ~ kerugian besar; tuan pergi janganlah lama, tiada kuasa ~ rindu; 3. ki membawa, memegang, mena­ruh, menyimpan: dapatkah manda ~ rah­sia hamba? 4. (sanggup) memikul biaya atau perbelanjaan (yg tertentu), mengurus, mem­­biayai, menyelenggarakan: mereka sudah besar, tidak wajib lagi dia ~ nafkah begitu; aku telah ditanggungnya makan minum; 5. memikul, menghadapi, mem­punyai: kita ~ hutang sampai anak dah ber­anak enam pun hutang belum lagi selesai; 6. menjaga (keselamatan dll), memberi jaminan (akan): kerajaan ~ keamanan dan ketenteraman rakyat; 7. memberi akuan tentang kebaikan (keaslian dll) sesuatu, men­jamin: kalau hendak bekerja di sini kamu harus mempunyai dua orang yg ~; barang-barang ini ditanggung baik; 8. memberi akuan tentang kepastian sesuatu, memastikan bahawa ...: saya berani tanggung dia akan menang; 9. memberi perakuan akan meme­nuhi kewajiban orang lain jika orang itu enggan memenuhinya, menjamin: siapa yg ~ pinjamanmu tempoh hari? 10. memikul segala tanggungjawab, bertanggungjawab: berani buat tidak berani tanggung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nang.gung] | منڠݢوڠ

Definisi : 1 membawa barang yg berat-berat di atas bahu; memikul: Aku tidak sanggup ~ beban seberat ini. 2 menderita kesusahan, ke­rugian dll; mengalami: Setelah permai­surinya mangkat, tinggallah Sultan Mahmud keseorangan ~ dukacita. Mereka telah ~ kerugian besar kerana harga getah jatuh. 3 memberikan belanja atau nafkah; menyara: Di samping ~ isteri dan empat orang anak, beliau terpaksa juga ~ dua orang adik. 4 memberi akuan atau jaminan ttg sesuatu: Saya berani ~ kebaikan radio jenis ini. 5 memikul segala tanggungjawab dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Tun Kudu orang Melayu,
     Tun Tuah orang Melaka;
Duduk termenung menanggung rindu,
     Mengenang tuan jauh di mata.


Lihat selanjutnya...(40)
Peribahasa

Putih mata kerana memandang.

Bermaksud :

Menanggung rindu.

 

Lihat selanjutnya...(24)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
baby tripodtripod anakKomunikasiTiadaAlat yang berbentuk roda berkaki tiga yang digunakan untuk menanggung berat kamera. Alat ini membantu menanggung berat kamera dengan cara mencengkam dan melekatkan kamera ke bahagian kepala tripod.
indemnity assurancejaminan tanggung rugiEkonomiEkonomi IslamJaminan yang diberikan oleh setiap pihak dalam perkongsian untuk menanggung kerugian berdasarkan kadar sumbangan modal masing-masing. Contohnya, seorang rakan kongsi yang mempunyai 40% sumbangan modal memberi jaminan untuk menanggung 40% daripada jumlah kerugian perkongsian.
beamrasukKesenianSeni BinaStruktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban daripada dinding, lantai dan bumbung. Rasuk boleh diperbuat daripada bahan-bahan seperti konkrit, keluli atau kayu, ataupun gabungan ketiga-tiga bahan tersebut. Struktur tersebut juga diberi panggilan yang berbeza bergantung pada kedudukannya. Jika peranannya untuk menanggung beban dari lantai, ia dinamai rasuk. Sekiranya berfungsi untuk menanggung beban dari bumbung, ia dinamai alang. Galang pula ialah nama untuk struktur yang sama dan direka bentuk bagi menyokong beban yang berat untuk sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang seperti jambatan.
maintainmenyenggara; menanggung; menyara; senggaraFizikTiadaTiada
maintainmenyenggara; menanggung; menyara; senggaraKejuruteraanTiadaTiada
maintainmenyenggara; menanggung; menyara; senggaraUndang-undangTiadaTiada
load carrying capacitykeupayaan menanggung bebanKejuruteraanTiadaTiada
servient landtanah yang menanggungUndang-undangTiadaTiada
risk retentionbendungan risikoinsuransTiadaMenanggung sendiri risiko tanpa menggunakan kaedah lain seperti insurans atau pengelakan risiko.
reinsurerreinsurerinsuransTiadaInsurer yang menanggung kesemua atau sebahagian daripada insurans atau reinsurans yang diurusniagakan oleh sebuah syarikat insurans yang lain.
12345678910...

Kembali ke atas