Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Peribahasa

Kaki terdorong badan merasa;
     lidah terdorong emas padahnya.

Bermaksud :

Segala janji harus ditepati, bila berbuat sesuatu, harus berani menanggung akibatnya.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
takaful underwriterpenaja jamin takafulEkonomiEkonomi IslamIndividu yang diberi tanggungjawab oleh sesebuah syarikat pengendali takaful untuk memilih risiko takaful dan menentukan syarat yang perlu diterima oleh syarikat itu dalam menanggung sesuatu risiko. Penaja jamin juga menentukan had bendungan atau had risiko yang boleh ditanggung oleh sesebuah syarikat pengendali takaful. Sekiranya terdapat pelanggan yang memohon perlindungan risiko yang melebihi had bendungan, penaja jamin boleh menasihatkan syarikat pengendali takaful supaya menolak permohonan tersebut atau mencadangkan skim takaful semula supaya risikonya boleh dikongsi bersama dengan syarikat takaful yang lain.
syndicatesindiketPentadbiranTiadaSekumpulan firma bank pelaburan yang berpakar untuk menanggung jamin sesuatu terbitan sekuriti.
investment bankerbank pelaburanPentadbiran PerniagaanTiadaEjen yang berperanan memberi khidmat nasihat dan menanggung jamin sesuatu terbitan baru.
strengthkekuatanKejuruteraanTiadaKeupayaan sesuatu bahan menerima dan menanggung beban, daya ataupun tindakan yang dikenakan, untuk jangka masa tertentu.
bending strengthkekuatan lenturKejuruteraanTiadaKeupayaan sesuatu anggota struktur menanggung lenturan.
beamrasukKesenianSeni BinaStruktur bangunan yang lazimnya berkedudukan mengufuk yang merentangi di antara tiang, berperanan untuk menanggung beban daripada dinding, lantai dan bumbung. Rasuk boleh diperbuat daripada bahan-bahan seperti konkrit, keluli atau kayu, ataupun gabungan ketiga-tiga bahan tersebut. Struktur tersebut juga diberi panggilan yang berbeza bergantung pada kedudukannya. Jika peranannya untuk menanggung beban dari lantai, ia dinamai rasuk. Sekiranya berfungsi untuk menanggung beban dari bumbung, ia dinamai alang. Galang pula ialah nama untuk struktur yang sama dan direka bentuk bagi menyokong beban yang berat untuk sesuatu binaan yang mempunyai rentangan panjang seperti jambatan.
free-standingberdiri bebasKesenianSeni BinaBerkaitan dengan sesuatu struktur atau elemen struktur yang mampu menanggung bebannya sendiri dan tidak bersandar kepada struktur binaan lain untuk ditegakkan. Contohnya, tiang bendera yang berdiri sendiri dan tidak memerlukan struktur lain untuk menyokongnya tegak.
co-sponsorpenaja bersamaKomunikasiKorporatPendekatan aktiviti penajaan untuk sesuatu acara, kempen, atau projek yang dilakukan secara bersama oleh beberapa syarikat. Penaja bersama juga boleh menanggung kos keseluruhan secara perkongsian. Setiap syarikat boleh menyumbang sesuatu bahagian perbelanjaan aktiviti yang ditaja. Jenis penajaan yang kerap digunakan seperti menyediakan poster, hadiah, ruang aktiviti, makan minum dan pengangkutan, atau menguruskan perolehan tetamu, artis dan pakar yang diperlukan oleh aktiviti berkenaan. Pendekatan penaja bersama turut diamalkan dalam aktiviti penajaan iklan dalam media cetak atau elektronik.
gamblingmaisirEkonomiEkonomi IslamUnsur perjudian dan pertaruhan yang terdapat dalam sesuatu akad atau kegiatan. Maisir terdapat dalam akad insurans kerana pembeli polisi dan pengendali insurans menerima pampasan dan keuntungan masing-masing berdasarkan nasib. Hal ini kerana pembeli polisi mencarum untuk mendapat pampasan yang tidak pasti. Syarikat pengendali insurans pula menanggung risiko dalam pembayaran pampasan tersebut. Maisir pula tidak wujud dalam akad takaful kerana peserta dan syarikat pengendali takaful tidak terlibat dengan unsur nasib. Hal ini kerana peserta takaful mencarum untuk tujuan tabaruk dan tidak mengharapkan pulangan yang tidak pasti. Syarikat pengendali takaful juga tidak menanggung risiko kerugian akibat ketidakpastian pembayaran pampasan kerana pampasan tersebut dibayar daripada kumpulan wang takaful.
building coreteras bangunanKesenianSeni BinaBahagian pusat bangunan yang terpenting pada sesuatu binaan bangunan menara. Lazimnya, struktur teras adalah yang paling kukuh bagi menanggung beban menegak dan mendatar. Teras bangunan juga menjadi pusat pergerakan pengguna bangunan secara menegak sama ada melalui lif atau tangga. Teras bangunan juga berperanan untuk menempatkan ruang awam seperti tandas awam, ruang simpanan, ruang pembuangan sampah dan sebagainya. Teras bangunan juga berperanan untuk menempatkan semua peralatan kemudahan bangunan seperti bekalan paip air, paip kumbahan, paip air penentang kebakaran, pendawaian elektrik dan telefon serta kemudahan sistem penyaman udara. Ruang di teras bangunan lazimnya tidak disewakan bagi memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan.
12

Kembali ke atas