Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nan.ti.kan] | مننتيکن

Definisi : menunggu ketibaan sesuatu (orang, waktu, dll), menunggu akan: maka Radin Kelang pun berdiri menghunus keris ~ orang mengamuk itu; ia ~ hari malam, sangat lama rasanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nan.ti.kan] | مننتيکن

Definisi : menunggu ketibaan sesuatu; menunggu akan: Dia ~ ibunya di stesen kereta api. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nanti2
Kata Terbitan : menanti, menanti-nanti, menantikan, penantian, penanti,

Peribahasa

Menantikan kuaran bertelur.

Bermaksud :

Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Menantikan ara tak bergetah, b. Menantikan buah rumbia masak, c. Menantikan kucing bertanduk, d. Menantikan putih gagak hitam, buntar-buntar daun lalang, luas-luas daun merunggai, sampai tumbuh damar cindapung).

 

Lihat selanjutnya...(7)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya masih menantikan jawapan kepada soalan yang diajukan pada Sabtu, 25 Jun 2022. Mengikut piagam pelanggan Khidmat Nasihat DBP soalan akan dijawab dalam tempoh dua (2) hari. Hari ini sudah menjangkau 20 hari dan soalan masih belum menerima sebarang maklum balas dari pihak tuan.

Mohon maaf atas kelewatan menjawab soalan pihak tuan. Menurut Daftar Kata Bahasa Melayu Edisi Kedua, pemenggalan suku kata bagi "beriani" ialah be.ria.ni dan ejaan Jawi yang betul ialah "برياني".

Lain-lain14.07.2022
Tuan, Saya ingin tahu maksud zaman saka. sekian terima kasih untuk bantuan tuan.saya menantikan untuk jawapan tuan. sekian,terima kasihTidak ada maklumat tentang zaman saka dalam pangkalan data kami. Carian kami di Internet juga tidak menjumpai maklumat yang berkaitan dengan frasa berkenaan.Makna11.07.2012
1. “Pegawai pendidikan” atau “pegawai pelajaran”. Frasa manakah yang betul? 2. “Ali meneriak meminta tolong kerana terjatuh ke dalam sungai.”. Sila betulkan kesalahan dalam ayat ini. 3.”Sue dan May begitu keakraban.”Adakah ayat ini gramatis? 4.Sila berikan penjelasan tentang penggunaan “menanti” dan “menantikan”. Terima kasih.1. Kedua-dua frasa tersebut boleh digunakan mengikut konteks ayat.

2. Ali menjerit meminta tolong kerana terjatuh ke dalam sungai.

3. Sue dan May begitu akrab.

4. Menurut Kamus plejar Edisi Kedua, menanti bermaksud duduk di sesuatu tempat sehingga tiba sesuatu atau sehingga berlaku sesuatu; menunggu: Kami akan menanti di sana. Manakala menantikan pula bermaksud menunggu ketibaan sesuatu; menunggu akan: Dia menantikan ibunya di stesen kereta api.
Tatabahasa15.12.2014
Hai, nak tanya tentang kegunaan tatabahasa yang betul daripada 2 options di sini: 1 - Mengkhasiatkan Dunia dan Manusia Sejagat Dalam Setiap Peringkat Kehidupan atau 2 - Menyuburkan Planet and Manusia kita dalam setiap peringkat kehidupan Conclusinya, kami ingin menyampaikan mesej jenama susu khusus ini dapat membawa kesihatan dan kesejahteraan keseluruhan kepada manusia, lebih-lebih lagi memberi kesan yang besar kepada manusia di bumi. Menantikan kemas kini anda tentang kerja segera ini dan terima kasih

Kami mencadangkan ayat yang berikut, jika  didapati sesuai dengan kandungan khasiat susu berkenaan:

 

“Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat bagi semua peringkat kehidupan”

 

atau

 

“Memberikan nikmat kesihatan sejagat melalui nutrisi hebat dengan aplikasi mantap bagi semua peringkat kehidupan”.

Tatabahasa27.02.2024
Salam sejahtera. Apakah bidang kuasa Munsyi Dewan? Adakah seseorang MD hanya boleh menjawab kemusykilan bahasa bersandarkan Tatabahasa Dewan, Kamus Dewan, Kamus Dewan Perdana dan Gaya Dewan sahaja? Benarkah MD tidak boleh menjawab/merungkai kemusykilan secara peribadi? Hal ini saya nyatakan demikian kerana walaupun banyak MD yang ada dalam grup media sosial, seperti grup Telegram BM SPM, tetapi tidak menampilkan diri untuk meleraikan kemusykilan bahasa yang diketengahkan oleh guru-guru bahasa Melayu. Adakah hal ini di luar bidang kuasa MD? Hamba menantikan balasan daripada tuan. Sekian, terima kasih.

Munsyi Dewan ialah pakar bidang, penceramah dan fasilitator yang ditauliahkan oleh DBP untuk membantu DBP mengendalikan dan menyediakan perkhidmatan tenaga pengajar/pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia dan berperanan membantu fungsi DBP untuk memartabatkan bahasa kebangsaan di negara ini. Seseorang Munsyi Dewan (Bahasa) perlu menjadikan bahan rujukan bahasa terbitan DBP yang sahih dan bersesuaian dengan konteks untuk menjawab segala isu bahasa yang diutarakan. Selaras dengan peranan Munsyi Dewan (Bahasa) sebagai pakar rujuk tentang bahasa Melayu kepada masyarakat di Malaysia, Munsyi Dewan (Bahasa) berperanan membantu merungkaikan permasalahan atau kemusykilan bahasa sama ada secara rasmi atau tidak rasmi berdasarkan panduan dan pegangan  standard yang dikeluarkan oleh DBP.

Lain-lain05.04.2023

Kembali ke atas