Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.raf.kan] | منرفکن

Definisi : mempunyai taraf (darjat, tingkatan): masyarakat mereka masih ~ rendah; kita ini sbg bekas anak revolusi dan sekarang ini ~ calon angkatan perang yg rasmi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.raf.kan] | منرفکن

Definisi : meletakkan atau menempatkan me­ngikut taraf (pangkat dll): Pembuat dasar ~ negara berdasarkan kriteria dan keadaan yg berbeza-beza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menarafkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Beza istilah "penarafan" dan "pentarafan". Penggunaan istilah yang betul: "Kem Pentarafan Pengakap Raja" atau "Kem Penarafan Pengakap Raja" Penggunaan istilah yang betul: "Pentaraf Pengakap Raja" atau "Penaraf Pengakap Raja"
Menurut data kami, istilah yang betul ialah penarafan iaitu perihal atau perbuatan menarafkan: ~ dibuat ber­dasarkan kriteria tertentu. Oleh itu, frasa yang sesuai ialah Kem Penarafan Pengakap Raja.
Lain-lain23.03.2017
Merujuk kepada iklan kekosongan DBP di https://mobile.twitter.com/dbpmalaysia/status/1429982572566650904 , bolehkah perkataan taraf perkhidmatan ditukar kepada tahap perkhidmatan? Adakah taraf dan tahap membawa maksud yang sama?Penggunaan taraf perkhidmatan dalam iklan kekosongan jawatan DBP adalah betul. Kata taraf yang digunakan dalam konteks ini bermaksud menarafkan, meletakkan atau menempatkan mengikut taraf perkhidmatan.Lain-lain30.04.2022

Kembali ke atas