Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MIAMI

Miami, Florida (pend. 358 548; pend. kaw. met.

1 937 094) ialah bandar raya peranginan Amerika

Syarikat yang terkenal di dunia. Kawasan

rekreasinya dan cuaca yang panas menarik ramai

pengunjung. Iklimnya yang menyegarkan telah

menarik ramai pesara dari seluruh Amerika

Syarikat berpindah ke sini. Walau bagaimanapun

pada tahun 1990-an, serangan terhadap orang

asing yang dilakukan oleh penjenayah tempatan

yang mendapat publisiti besar-besaran, telah

menjejaskan imej Miami sebagai sebuah pusat

pelancongan. Miami terletak di Teluk Biscayne, di

pantai tenggara Florida, iaitu di muara Sungai

Miami, kira-kira enam kilometer ke barat Lautan

Atlantik.

UMUM 
NEVADA

Nevada (pend. 1 206 152) ialah negeri di barat

Amerika Syarikat. Ia adalah satu-satunya negeri di

Amerika Syarikat yang mempunyai undang-undang

yang membenarkan hampir segala jenis perjudian

di seluruh negerinya. Kasino perjudian mewah di

Tasik Tahoe, Las Vegas, dan Reno menarik ramai

pengunjung dari merata dunia. Dari segi keluasan,

Nevada merupakan salah satu negeri Amerika

Syarikat yang terbesar, tetapi jumlah penduduknya

adalah antara yang terkecil berbanding dengan

negeri-negeri lain. Bandar terbesar dan pusat utama

tarikan pelancong ialah Las Vegas, manakala Reno

ialah bandar kedua terbesar.

UMUM 
PEREDAR

1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PEREDAR, jurnal yang diterbitkan oleh Pakatan bahasa Melayu Persuratan Buku Diraja Johor (P.Bm.P.B.D.).  Siri Peredar bermula dari penerbitan Buku Tubuh Lembagaan dan Buku Undang-Undang serta Buku Kelantan yang bermula pada tahun 1936.  Selepas itu barulah diterbitkan jurnal Peredar Angka 2.  Penerbitan siri Peredar dilakukan setelah dihidupkan semula P.Bm.P.B.D.  Persatuan ini telah dapat menerbitkan Peredar sebanyak 25 terbitan iaitu hingga bulan September 1941.  Dalam siri Peredar yang telah diterbitkan terdapat pelbagai maklumat yang disiarkan merangkumi hal yang berkaitan dengan bahasa, kebudayaan, sejarah, pengembaraan dan lawatan, perjanjian, dan geografi.  Antara perkara menarik yang disiarkan dalam jurnal Peredar ini ialah:

BAHASAKarya
ATI-ATI

DAUN ATI-ATI, (Coleus, iaitu C. amboinicus, C. atropurpureus dan C. blumei), sejenis tumbuhan renik semusim. Tumbuhan ati-ati ditanam kerana keindahan bentuk daun dan warna daunnya yang menarik. Kawasan asal Coleus ialah di bahagian Tropika Dunia Lama.

1">           

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas