Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
tarikbp = menarik; ~ layar menaikkan layar; ~ muka dua belas bp tidak keruan air mukanya; daya ~ keupaya-an utk menarik; bertarik-tarik bp bertarik-tarikan; bertarik-tarikan saling menarik antara satu sama lain; ~ tali Id melatih tenaga (menguat-kan badan) dgn menarik tali; menarik 1. menghela supaya bergerak ke arah diri sendiri (maju ke hadapan, keluar, tercabut, dll), menyentak, menyeret: ~ perahu ke darat; 2. ki mencabut, mengambil, meng-hunus, menyedut, dll: kipas-kipas itu hendak-lah dipasang supaya dapat ~ udara yg bersih dr luar masuk ke dlm bilik itu; 3. = ~ hati memikat hati: permainan yg sungguh istimewa dan ~; ~ akar a) mencabut akar; b) Id mencari punca ganda dua spt = 5, mengorak; ~ balik memanggil pulang (askar, wakil, dll), mengambil balik, mencabut balik; ~ bayaran mengutip (memungut) bayaran; ~ bea me-mungut bea; ~ beca mengayuh beca; ~ biaya a) meminta atau memerlukan biaya; b) = ~ ongkos banyak makan ongkos; ~ diri meletak-kan jawatan, enggan menerima jawatan, keluar dr perhimpunan dgn kemahuan sendiri; ~ garis Id membuat garis; ~ hati a) memikat (menawan) hati; b) menyukakan (menghibur-kan, menggirangkan) hati kerana cantik dll; c) menimbulkan atau membang­kitkan rasa kasih (sayang, ingin, dll); d) = menarik-narik hati mempengaruhi (menggoda) hati orang lain; e) = ~ perhatian = ~ minat mem-bangkitkan perhatian (minat) sese­orang; ~ hutang menuntut atau menagih hutang; ~ kembali menarik balik; ~ kpd diri memakaikan pakaian dll kpd diri sendiri; ~ keris (pedang dll) menghunuskan keris (pedang dll); ~ kesimpulan membuat kesimpulan; ~ ke-untungan (untung) mengambil untung; ~ lagu (qasidah, nyanyi, pantun) mulai bernyanyi (berlagu, berqasidah, dll); ~ langkah a) melangkah (dlm pencak silat dll); b) = ~ langkah seribu melarikan diri dr musuh dll (kerana ketakutan); ~ layar menaikkan layar; ~ loteri a) membuka atau mengundi loteri; b) menang loteri (undian); ~ modal mempelawa orang (negeri lain dll) menanam modal; ~ muka bp berubah air muka; ~ muka dua belas = ~ muka masam bp bermuka masam; ~ muka panjang nampak perasaan kecewa pd air muka seseorang; ~ mundur menarik kembali, memanggil supaya mundur (tentera dll); ~ nafas a) menyedut udara; b) = ~ nafas panjang mengeluh, mengesah; ~ nafas yg terakhir (penghabisan) mati; ~ nyawa (jiwa) sudah hampir mati; ~ ongkos banyak menggunakan belanja; ~ otot keras hati, tidak mahu mengalah; ~ pajak (bea, cukai, yuran, dll) memungut atau mengutip (cukai dll); ~ panjang a) men-jadikan panjang; b) melanjutkan sesuatu perkara ke mahkamah; ~ suara a) mulai menyanyi dgn suara yg nyaring; b) meninggi-kan suara; ~ surat (tuan tentang ...) Id merujuk surat (tuan tentang ...); ~ surut menghela surut, menarik mundur; ~ tali a) sukan yg mempertandingkan atau menguji kekuatan dua pasukan dgn menarik sekuat-kuatnya seutas tali dandan ke arah yg bertentangan; b) ki pergelutan antara dua pihak utk merebut sesuatu (hak dsb): hakikatnya, bekas suami-nya masih bermain ~ tali dlm kes penjagaan anak itu; ~ urat leher keras hati, tidak mahu mengalah; ditarik ia menanduk, diiringkan ia menyepak prb a) orang bodoh yg tidak mahu menurut bicara orang; b) orang yg suka mengacau di dlm sesuatu permuafakatan, dikemukakan tidak baik, dikemudiankan pun tidak baik pula;mempertarikkan menyeret, menghela; tertarik 1. sudah ditarik (dihela, diseret, di-heret); 2. ki berasa suka (ingin dll) kpd, ter-hibur oleh, terpikat (hatinya) oleh: memang banyak orang yg ~ oleh suara yg lemah lembut; tarikan 1. sesuatu yg ditarik, hasil menarik; 2. daya menarik, perihal menarik: ~ bumi ke atas sesuatu benda yg berdekatandengannya disebut berat benda itu; penarikan perihal atau perbuatan menarik; penarik orang yg menarik, alat (kuasa) yg menarik; ~ beca orang yg kerjanya menarik beca; binatang ~ binatang (kerbau, kuda, dll) utk menarik bajak dll.Kamus Dewan Edisi Keempat
tarik; ~ tali acara atau pertandingan mengadu tenaga dgn menghela tali. bertarik-tarikan saling menghela ke arah diri sendiri: ~ tali mengadu tenaga dgn menghela tali. menarik 1 menghela sesuatu supaya bergerak ke arah diri sendiri (supaya keluar, tercabut dll): Kepala kereta api itu dpt ~ tiga puluh tan arang batu mendaki bukit dgn kederasan empat batu sejam. 2 = ~ hati memikat atau menawan hati: Tempat itu indah dan ~. 3 ki menyedut; menghisap. ~ beca mengayuh beca. ~ diri meletakkan jawatan; tidak mahu menerima sesuatu jawatan; berundur dr sesuatu kumpulan, perhubungan dll; mengundurkan diri. ~ layar menaikkan layar. ~ muka masam menunjukkan muka yg masam. ~ nafas menyedut udara. tarik-menarik saling menarik. tertarik 1 sudah atau dpt ditarik. 2 berasa suka akan sesuatu; terpikat atau tertawan oleh: Sejak kecil lagi, dia sudah ~ kpd ilmu sains. tarikan 1 sesuatu yg ditarik. 2 daya yg menarik: ~ bumi daya atau kuasa yg menarik sesuatu ke arah pusat bumi; graviti. penarikan perihal atau perbuatan menarik. penarik orang atau sesuatu yg menarik: ~ beca; binatang ~.Kamus Pelajar Edisi Kedua
mencabut1. menarik (sesuatu) supaya terlepas (keluar, tertanggal) drpd sesuatu: ~ rumput; ~ ubi kayu; ~ keris; ~ pistol; ~ bulu ayam; ~ uban; ~ gigi; ~ paku; ~ nyawa ki mengambil nyawa orang, mematikan; 2. mengambil drpd kumpulan atau tompokan (daun terup dsb), menarik (undian dll): ~ daun; ~ nombor bertuah mengambil satu nombor drpd kumpulan utk menentukan yg bertuah memenangi sesuatu hadiah; ~ undi memilih dgn mengundi; ~ undian (loteri) a) menarik undian (loteri); b) menang loteri; ~ untung mendapat (menarik, memperoleh) keuntungan; 3. menarik kembali (apa yg telah diberikan, dikatakan, dikeluarkan, dll): ia tidak mahu ~ usulnya itu; 4. membatalkan, memansuhkan, menghapuskan, meniadakan: sesuatu revolusi harus ditujukan utk membongkar dan ~ keburukan dgn akar umbinya sekali; 5. memetik, mengutip (drpd karangan dsb): puisi ini dicabut drpd majalah tersebut;Kamus Dewan Edisi Keempat
meraih1. menarik kpd diri sendiri: Sufian diraihnya ke dadanya; ia ~ anak itu ke dlm rangkulannya; ~ dayung; 2. ki menarik (hati), memikat (orang dll); ~ hati menarik hati; 3. memborong utk menjual lagi (barang dagangan): kerjanya ~ ikan utk dibawa ke kampung-kampung; 4. memperoleh, men­dapat­kan, mengumpulkan: memang benar kata-kata Joyah isterinya, apalagi mahu diraih rezeki di sungai itu; dia hanya berjaya ~ pingat perak dlm acara 200 meter;Kamus Dewan Edisi Keempat
hela I(héla); menghela 1. menarik, meng­heret, menyeret: polis pencegah rusuhan ~ pemuda penunjuk perasaan ke dlm kereta perisai; ~ nafas menyedut udara; ~ surut mengundurkan (menarik) ke belakang; 2. ark menolak (dlm kira-kira), mengurangi: dua puluh dihela tiga; bagai ~ rambut dlm tepung prb harus berhati-hati ketika menyelesaikan sesuatu pekerjaan yg sulit; menghelakan menarik, mengheret: kerana terlampau marah Hanifah pun ~ adiknya keluar kamar dgn menarik tangannya; helaan tarikan; penghela penarik: kuda ~ kereta.Kamus Dewan Edisi Keempat
menyentak1. menarik kuat-kuat, merengkuh, merenggut: di­sentak-nya nyiur gading dr mulut ular itu dgn tangan kiri; 2. menarik dgn pantas (keris, pedang, dll), mencabut, menyendal: maka Terung Pipit disentaknyalah keris panjang, dilambungnya naik ke perahu; 3. menarik (mengecut, mengendur) dgn tiba-tiba: mesti-lah ada sebab otot itu ~ semasa tersentuh pd tembaga atau besi;Kamus Dewan Edisi Keempat
renggut; merenggut 1. menarik (mengambil, mencabut, menyentak, merebut) dgn ke­kerasan, merampas: perompak itu ~ beg dr tangannya; Ratna dgn tiba-tiba ~ surat khabar yg sedang dibaca Mansor; 2. meraih, merengkuh: ~ dayung; ~ kaki menarik-narik kaki, hampir mati; merenggut-renggut merenggut beberapa atau berulang kali, menarik-narik: dia ~ rambutnya spt orang kemasukan syaitan; renggutan sentakan (tarikan) yg keras atau kuat, rampasan.Kamus Dewan Edisi Keempat
meruntun1. menarik (menyeret) kuat-kuat, membantun, menyentak, mereng­gut: ia telah diruntun masuk ke dlm perahu; 2. sl mengambil dgn paksa, membegal, me­nawan, merampas, merebut: Melaka itu hendak diruntunnya; 3. ki mengalih atau menarik (perhatian, perasaan, dll): ia cuba ~ fikirannya ke babak lain; kisah yg di­ben­tangkan dlm drama ini pasti dapat ~ pe­rasaan siapa sahaja; ~ hati menarik hati; 4. = meruntun-runtun mendesak-desak, me­lonjak-lonjak (perasaan kerana terlalu ingin benar): hatinya meruntun-runtun hendak mengetahui kandungan surat itu;Kamus Dewan Edisi Keempat
runtun I; meruntun 1. menarik (menyeret) kuat-kuat, membantun, menyentak, mereng­gut: ia telah diruntun masuk ke dlm perahu; 2. sl mengambil dgn paksa, membegal, me­nawan, merampas, merebut: Melaka itu hendak diruntunnya; 3. ki mengalih atau menarik (perhatian, perasaan, dll): ia cuba ~ fikirannya ke babak lain; kisah yg di­ben­tangkan dlm drama ini pasti dapat ~ pe­rasaan siapa sahaja; ~ hati menarik hati; 4. = meruntun-runtun mendesak-desak, me­lonjak-lonjak (perasaan kerana terlalu ingin benar): hatinya meruntun-runtun hendak mengetahui kandungan surat itu;runtunan tarikan (sentakan), desakan: apa­bila ~ nafsu mudanya bergelora, ia lekas-lekas pergi bekerja; ~ hati (jiwa dll) tarikan atau desakan hati (jiwa dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menghela1. menarik, meng­heret, menyeret: polis pencegah rusuhan ~ pemuda penunjuk perasaan ke dlm kereta perisai; ~ nafas menyedut udara; ~ surut mengundurkan (menarik) ke belakang; 2. ark menolak (dlm kira-kira), mengurangi: dua puluh dihela tiga; bagai ~ rambut dlm tepung prb harus berhati-hati ketika menyelesaikan sesuatu pekerjaan yg sulit;Kamus Dewan Edisi Keempat
12345678910...

Kembali ke atas