Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.si.hat.kan] | منصيحتکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg na­sihat atau sbg tunjuk ajar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.si.hat.kan] | منصيحتکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar: Dia mengingati apa-apa yg dinasihatkan kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menasihatkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.. betul atau tidak penggunaan menasihatkan dalam ayat???sangat mengelirukan!!!!!mohon pencerahan yg mendalam...Kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna.

Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. 

a. Ibu sering menasihatkan saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.
b. Ibu sering menasihati saya agar tidak membesarkan perkara yang remeh-temeh.

Selain itu, fungsi apitan meN-...-kan adalah untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. 

Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.
Tatabahasa09.09.2013
Ayah menasihatkan abang supaya tidak mencampuradukkan masalah peribadi dengan masalah di tempat kerja. Apakah kesalahan yang ada pada ayat ini? Terima kasih.Ayat ini betul.Tatabahasa02.03.2012
salam. pengunaan "menasihatkan" dan "menasihati" sering keliru. Dalam kamus dewan tidak dinyatakan contoh yang jelas. contoh: Ayah menasihatkan @ menasihati adik supaya belajar rajin-rajin? t.kasihPerbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga untuk maklumat lanjut. Harap maklum.Tatabahasa30.09.2009
Apakah perbezaan perkataan 'menasihati' dan 'menasihatkan' dari segi penggunaan?Menasihati bermaksud memberi nasihat (tunjuk ajar dan sebagainya) kepada: Guru menasihatinya supaya memulangkan barang yang dicuri itu kepada tuannya, manakala menasihatkan bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, contohnya: Sia-sia sahaja menasihatkan budak-budak yang tidak berakhlak itu.Tatabahasa02.03.2011
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. Guru Kemahiran Hidup menasihatkan cara memenggal kayu kepada murid-muridnya. Kata "menasihatkan" bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar. Jadi, ayat (1) bermaksud guru Kemahiran Hidup memberikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya atau bermaksud guru Kemahiran Hidup menjadikan cara memenggal kayu sebagai tunjuk ajar kepada murid-muridnya.Ayat yang lebih betul : Guru itu memberi tunjuk ajar cara memotong kayu kepada murid-muridnya atau Guru itu menunjuk cara memotong kayu kepada murid-muridnya.Tatabahasa31.12.2014
Tuan, adakah ayat ini betul? 1. 4. Papan tanda itu menasihatkan kelajuan yang harus dikekalkan semasa memandu kereta . Kata "menasihatkan" dalam Kamus Pelajar bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar, dan kata "nasihat" juga bermaksud petunjuk. Jadi, bolehkah saya mengatakan ayat (1) bermaksud papan tanda itu memberikan kelajuan yang harus dikekalkan semasa memandu kereta sebagai petunjuk?Ayat itu tidak betul. Ayat yang betul : Papan tanda itu menunjukkan had laju yang harus dikekalkan semasa memadu kereta.Tatabahasa31.12.2014
apa beza antara menasihati dengan menasihatkanEmpat golongan kata nama iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja, dan kata tugas yang boleh menerima apitan menN...i untuk membentuk kata kerja. Contoh ayat, ayah menasihati adik. Manakala keterangan bagi menasihatkan pula ialah; golongan kata yang boleh bergabung dengan men...kan ialah kata nama, kata adjektif, kata kerja transitif, kata kerja tak transitif dan kata tugas. Kata kerja yang terbentuk dengan apitan ini pula ialah kata kerja transitif, iaitu yang digunakan sebagai unsur predikat yang memerlukan objek atau penyambut dalam ayat-ayat transitif aktif. Contoh ayat; ayah sedang menasihatkan adik. Untuk lebih memahami, sila rujuk Tatabahasa Dewan. Harap maklum.Tatabahasa13.08.2007
Tuan, tolong berikan satu contoh ayat lagi yang menggunakan perkataan "menasihatkan". Saya tidak menghendaki contoh ayat dalam kamus, tetapi contoh ayat yang tuan bina.Perdana Menteri menasihatkan mangsa banjir supaya bersabar dengan kesulitan yang dihadapi.Tatabahasa27.12.2014
1. makna-acilut, -adat periuk berkerak, adat lesung berdedak 2. perbezaan antara 'menasihatkan orang' dengan 'menasihati orang'

1.  Perkataan acilut - tidak ada dalam sumber rujukan kami, berkemungkinan acilut ialah slanga yang dituturkan dalam kalangan kelompok tertentu sahaja. Peribahasa Adat periuk berkerak, Adat lesung berdedak bermaksud berkehendakkan keuntungan, haruslah susah;

2.  Menasihatkan orang bermaksud memberikan sesuatu sebagai nasihat atau sebagai tunjuk ajar; manakala menasihati orang bermaksud memberi nasihat (ajaran, tunjuk ajar, dll) kepada.... Kedua-dua perkataan tersebut hampir sama maknanya tetapi terdapat sedikit perbezaan dalam penggunaannya. Bezanya ialah perkataan menasihati mestilah diikuti dengan orang contohnya, menasihati Ali, manakala menasihatkan mestilah diikuti dengan sesuatu, contohnya menasihatkan berbuat kebaikan

Makna26.01.2010
Bagaimana menggunakan perkataan "menasihati" dan "menasihatkan" dalam binaan ayat? Sila jelaskan perbezaan maksud bagi kedua-dua perkataan tersebut.1. Perbezaan penggunaan meN-... -kan dan meN-...-i adalah dari segi jenis objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek yang tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya: a) Ali memberikan nasihat kepada Ahmad. b) Ali memberi Ahmad nasihat. Perkataan memberi dalam ayat 1(b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima aptan meN-...-i tetapi telah digugurkan i. 2. kata kerja yang menerima apitan meN-...-kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya: a) Ali menasihati Ahmad yang nakal itu. b) Ali menasihatkan Ahmad yang nakal itu. Sila rujuk buku tatabahasa Dewan terbitan DBP. Harap maklum.Tatabahasa27.08.2006
12

Kembali ke atas