Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.si.hat.kan] | منصيحتکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg na­sihat atau sbg tunjuk ajar; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.si.hat.kan] | منصيحتکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg nasihat atau sbg tunjuk ajar: Dia mengingati apa-apa yg dinasihatkan kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menasihatkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
default passwordkata laluan lalaiTeknologi MaklumatPerisianKata laluan yang pertama kali diberikan kepada individu apabila mereka menjadi pengguna sesuatu sistem. Pengguna biasanya akan menukar kata laluan ini sebaik sahaja dapat mencapai sistem. Hal ini kerana kata laluan lalai boleh diketahui oleh mana-mana pengguna lain yang menggunakan sistem tersebut. Contohnya, pengguna mesin juruwang automatik (ATM) akan diberikan kata laluan lalai pada pertama kali menggunakan kad ATM. Pihak bank biasanya akan menasihatkan pengguna agar menukar kata laluan lalai dengan kata laluan baharu.
takaful underwriterpenaja jamin takafulEkonomiEkonomi IslamIndividu yang diberi tanggungjawab oleh sesebuah syarikat pengendali takaful untuk memilih risiko takaful dan menentukan syarat yang perlu diterima oleh syarikat itu dalam menanggung sesuatu risiko. Penaja jamin juga menentukan had bendungan atau had risiko yang boleh ditanggung oleh sesebuah syarikat pengendali takaful. Sekiranya terdapat pelanggan yang memohon perlindungan risiko yang melebihi had bendungan, penaja jamin boleh menasihatkan syarikat pengendali takaful supaya menolak permohonan tersebut atau mencadangkan skim takaful semula supaya risikonya boleh dikongsi bersama dengan syarikat takaful yang lain.

Kembali ke atas