Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nau.ngi] | مناءوڠي

Definisi : menyelubungi, meliputi (awan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nau.ngi] | مناءوڠي

Definisi : 1. melindungi, memayungi: maka gagak pun mengembangkan sayapnya ~ segala orang yg duduk itu; 2. ki memberi naungan (kpd negeri lain), menjaga, menga­wali: dahulunya negeri-negeri Melayu itu di­naungi oleh kerajaan Inggeris; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nau.ngi] | مناءوڠي

Definisi : 1 menjadi sbg naungan kpd; melindungi; memayungi: Pohon-pohon ketapang ~ tapak semaian kami. 2 ki memberikan naungan (perlindungan) kpd negara dll: Kerajaan Inggeris telah ~ negeri-negeri Melayu selama lebih drpd lima puluh tahun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naung
Kata Terbitan : bernaung, menaungi, naungan, penaungan, penaung,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
liberation cutting, liberation fellingpenebangan pembebasanPerhutananTiadaPenebangan pokok yang menaungi pokok terpilih yang bermilai komersial.
liberation cutting, liberation fellingpenebangan pembebasanPerhutananPengurusan HutanPenebangan pokok yang menaungi pokok terpilih yang bermilai komersial.
shade planttumbuhan redupBiologiEkologiTumbuhan yang lazimnya ditanam untuk melindungi tanaman. Misalnya, pokok getah, Hevea sp. yang menaungi pokok koko, Theobroma cacao.
poststructuralist criticismkritikan pascastrukturalisKesusasteraanTiadaKaedah kritikan yang mempertikaikan kestabilan struktur dan makna dalam kesepaduan sistem bahasa kerana kedua-duanya dianggap sebagai sautu ilusi. Pascastrukturalis menaungi beberapa pendekatan kritikan satea termasuklah dekonstruksi, kritikan respos pembaca, kritikan feminis dan kritikan pascakolonial. Secara dasarnya, kritikan pascastrukturalis cuba melengkapi kekurangan kritikan strukturalis yang mengabaikan elemen-elemen dalam karya sastea seperti perana pembaca dan pengarang serta fungsi ideologi. Contoh pengkritik yang mengamalkan kritikan pascastrukturalis ialah Jacques Derrida dengan teori dikonstruksinya, Roland Barthes dalam karyanya berjudul S/Z, Jacques Lacan dan Julia Kristeva dalam teori-teori psikoanalitiknya. Kritikan ini berasaskan aliran pascastrukturalisme. Lihat juga dekonstruksi, kritikan pascakolonial, kritikan struktural.

Kembali ke atas