Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1. menyatakan keraguan akan kesahan atau kebenaran sesuatu, memper­soalkan, mempertikaikan: keputusan mahkamah itu diakui sah dan muktamad dan tidak boleh dicabar oleh badan-badan lain; 2. mengajak berlawan (bertanding, berkelahi), menentang, menyuruh melakukan sesuatu kalau berani: beliau seterusnya ~ puak pembangkang supaya membawa perkara itu ke mahkamah; dia ~ saya bertinju dengannya; 3. menguji kemampuan dan ketabahan seseorang dll (bkn pekerjaan, tugas, usaha, dsb): pekerjaan itu sungguh ~; peranan DBP menjadi lebih ~ lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.bar] | منچابر

Definisi : 1 menyuruh seseorang melakukan sesuatu jika berani: Beliau telah ~ pegawai itu supaya mengulang tuduhan tsb. 2 mengajak berlawan utk menentukan siapa yg lebih kuat (lebih pandai dsb); menantang. 3 memerlukan ketabahan, kecekalan, keberanian dsb: tugas yg ~. 4 mempersoalkan sah atau tidaknya (keputusan, pengadilan dll): Tidak seorang pun yg boleh ~ keputusan mahkamah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencabar


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
sama dengan jawapan yang ditunggu oleh sistem, maka identiti pengguna dapat disahkan. Contohnya, sistem komputer memberikan Ali rumusan X + (Y/Z) sebagai rumusan unik. Dalam proses log masuk, sistem komputer mencabar Ali dengan membekalkan pemboleh ubah X = 37, Y = 14, dan Z = 7. Ali menggunakan pemboleh ubah ini (37 + (14/7)) dan memperoleh jawapan 39. Ali menginput 39 sebagai sahutan cabaran

Kembali ke atas