Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cam.bah.kan] | منچمبهکن

Definisi : menjadikan bercambah: ~ biji benih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cam.bah.kan] | منچمبهکن

Definisi : membuat supaya bercambah (ttg biji tumbuh-tumbuh­an); menyemaikan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencambahkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
pregerminationprapercambahanPertanianAgronomi

Aktiviti mencambahkan biji benih di dalam medium atau air sebelum biji benih ditanam.  Air tersebut perlu sentiasa ditukar atau dibersihkan sehingga akar keluar daripada biji benih. Contohnya, biji benih padi direndam sehingga kelihatan akar putih keluar, kemudian disemai di tapak semaian.  Prapercambahan biji benih getah dan durian pula dilakukan dalam medium pasir yang sentiasa dilembapkan, sebelum disemai ke dalam polibeg. Prapercambahan bertujuan memilih biji benih yang bernas dan cergas.

sand culturekultur pasirPertanianAgronomi

 Penanaman yang menggunakan pasir halus sebagai medium. Kaedah ini digunakan untuk mencambahkan biji benih atau menyemai keratan. Bahan asing dibersihkan daripada pasir sebelum pasir itu dapat digunakan untuk penanaman. Faedah penggunaan kultur pasir ialah kosnya yang rendah dan boleh mengelakkan keadaan terlalu lembab yang menggalakkan jangkitan kulat.

political discoursewacana politikPentadbiranPentadbiran Awam

Perbincangan serta perdebatan tentang ilmu politik secara intelektual yang bersifat formal, melibatkan pertukaran idea, persepsi, buah fikiran oleh sekumpulan individu. Biasanya wacana ini dibuat apabila timbul satu isu dalam sesebuah negara yang boleh memberikan impak kepada kedudukan politik. Ia sering melibatkan golongan terpelajar seperti siswa-siswi, golongan intelek mahupun ahli politik. Wacana ini dipercayai dapat mencambahkan pemikiran dalam memahami sesuatu isu dengan lebih mendalam. Contohnya, perbincangan terhadap isu yang berkaitan dengan globalisasi, liberalisasi, dasar luar negara dan sebagainya.


Kembali ke atas