Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cam.pa/.kan] | منچامڤقکن

Definisi : melemparkan, membuang­kan: semuanya kelihatan ~ panah masing-masing ke tanah; ia tidak sedar lagi lalu ~ dirinya dr atas pohon itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cam.pa/.kan] | منچامڤقکن

Definisi : melemparkan sesuatu yg dipegang; menghumbankan: Apabila mendengar jawapan pemuda itu, beliau marah lalu ~ buku yg dipegangnya ke lantai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencampakkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
symbolsimbolKesusasteraanTiadaSuatu objek, hidupan atau benda yang mewakili atau mengambil tempat sesuatu yang lain. Simbol berbeza dengan tanda alegorikal kerana simbol mempunyai kewujudan sebenar, sedangkan tanda elegorikal tidak berasaskan pertimbangan yang tertentu atau teliti (arbitrari). Tindakan dan gesture juga boleh disimbolkan. Sesuatu simbol sastera berimej dengan konsep, iaitu perkataan itu sendiri menjadi simbol. Simbol boleh berbentuk awam atau peribadi, universal atau setempat. Penggunaan simbol dalam karya sastera telah memunculkan gerakan simbolisme yang mula berkembang di Perancis pada abad ke-18. Gerakan simbolisme ini membantu perjuangan romantisme melawan realisme. Gerakan ini menekankan penggunaan imejan yang konkrit untuk mengungkapkan perasaan atau gagasan yang mujarad. Pewaris gerakan simbolisme di luar Perancis ialah W.B. Yeats dan T.S. Eliot (England dan Amerika), serta Rainer Maria Rilke dan Stefan George (Jerman). Idea simbolisme Perancis turut diambil oleh penulis Rusia seperti Byusov, Volynsky dan Bely. Simbol berasal daripada perkataan Yunani syamballein yang bermaksud �mencampakkan bersama-sama� dan kata nama simbolon yang bermaksud �tanda�, �lambang� atau �token�.

Kembali ke atas