Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.cam.pur.kan] | منچمڤورکن

Definisi : 1. menggaulkan (supaya menjadi satu), menjadikan bercampur: kedua-dua jenis tepung itu dicampurkan; 2. men­jadikan bercampur dua atau lebih benda (hal): jangan dicampurkan barang itu; 3. meng­hubungkan atau mengaitkan: saya tidak ada perhubungan dgn pemerintah, tidak ada niat saya ~nya; 4. menaruh atau memasukkan (benda lain) sehingga sesuatu itu tidak asli atau tulen lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.cam.pur.kan] | منچمڤورکن

Definisi : 1 menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2 mengum­pulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3 mengira berapa jumlah besar­nya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencampurkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Wani mencampurkan buah-buahan kering ke dalam adunan kek itu ____ membakarnya. Jawapan yang boleh diisi dalam tempat kosong itu ialah " sebelum" atau "lalu" ?Ayat yang betul ialah:
  1. Wani mencampurkan buah-buahan kering ke dalam adunan kek itu lalu membakarnya.
  2. Wani mencampurkan buah-buahan kering ke dalam adunan kek itu sebelum membakarnya.
Tatabahasa16.12.2021
1. menggaul tepung atau menggaulkan tepung ? 2. menguli tepung atau mengulikan tepung ? 3. mengiyakan, mengeyakan atau mengiakan ?

1. Menggaul tepung - mengikut konteks makna menggaul bermaksud mengacau supaya bergaul, manakala menggaulkan bermaksud mencampurkan, iaitu menambahkan sesuatu pada sesuatu yang lain supaya bercampur dan perkataan yang lazim digunakan ialah mencampurkan seperti mencampurkan susu dengan air.

2. Menguli tepung - tiada contoh penggunaan mengulikan.

3. Yang betul ialah mengeyakan (daripada kata akar ya) dan mengiakan (daripada kata akar ia).

Tatabahasa04.05.2011
apakah yang dimaksudkan dengan pelakuran?Pelakuran ialah proses mencampurkan atau menyebatikan logam dan lain-lain dengan meleburkannya.Makna26.11.2012
apakah yang di maksudkan dengan pencemaran bahasa? adakah penggunaan bahasa dialek/loghat juga merupakan salah satu pencemaran bahasa?Pencemaran bahasa ialah menggunakan atau mencampurkan bahasa asing dengan bahasa asli dalam percakapan dan penggunaan seharian atau rasmi. Penggunaan dialek/loghat bukan termasuk dalam pencemaran bahasa.Lain-lain27.02.2007
Saya ingin bertanya soalan. Apakah peranan DBP bagi menyelaraskan penggunaan laras bahasa sastera dengan laras bahasa sukan kerana sejak belakangan ini, terdapat segelintir penulis skrip yang sengaja mencampurkan kedua-dua laras bahasa tersebut dalam penyampaian mereka.Maklum balas daripada pihak tuan amat dihargai.Salam Tuan, Untuk mendapatkan penjelasan lanjut berhubung perkara ini, tuan bolehlah menghubungi pegawai di Bahagian Penyelidikan Sastera di talian 03-21479232. Terima kasih.Lain-lain27.08.2014
semak penggunaan ayat pada lampiran

Ayat yang sesuai ialah:

“Gunakan sos Hoi Sin Life untuk
menambah perisa masakan, panggangan daging dalam ketuhar atau menggoreng. Sos ini boleh juga dicairkan dengan mencampurkan air panas dan dituangkan ke atas masakan Chee Cheong Fun atau masakan mi.”

“Gunakan sos Plum Life sebagai pencecah makanan bergoreng dan boleh juga digunakan untuk memekatkan kuah serta memberikan rasa masam manis. Sos ini sesuai juga dicampurkan dalam masakan sayur-sayuran, sebagai sos salad serta boleh dituangkan ke atas ikan goreng, ayam atau udang untuk kenikmatan sebenar.”

Tatabahasa09.01.2024
salam, saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang makna pencampuran kodDalam data kami, tiada makna khusus bagi istilah percampuran kod.

Walau bagaimanapun, Kamus Dewan mendefinisikan kod sebagai serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat. Manakala percampuran ialah perihal bercampur atau bercampur aduk.

Oleh itu, percampuran kod bermaksud perihal mencampurkan serangkai huruf atau nombor yang digunakan untuk mengenal pasti sesuatu tempat. Tuan boleh menyesuaikan makna tersebut mengikut bidang kajian dan merujuk buku yang berkaitan.
Makna18.09.2013
1-Kenapa dalam kamus Tatabahasa Dewan Bahasa tidak menyatakan tentang penggunaan adverbal yang jelas? 2- Adakah Buku tatabahasa dewan menggunakan pendekatan fungsional?1. Tatabahasa Dewan memasukkan kata adverba atas keperluannya dalam pelabelan kata dalam kamus baru yang akan diterbitkan oleh DBP, dan kata adverba dimasukkan sebagai subkelas kata di bawah kelas kata tugas.  2. Buku Tatabahasa Dewan menggunakan pendekatan eklektik, iaitu mencampurkan ciri-ciri utama daripada berbagai-bagai teori analisis bahasa. Namun demikian memandangkan alirantransformasi-generatif sudah begitu mempengaruhi dunia ilmu linguistik pada masa ini, maka perbincangan seluruh Bab 10, jilid 1 didekati dari segi aliran linguistik transformasi-generatif.Lain-lain09.09.2008
saya sedang membuat penyelidikan bagi program master saya dan tajuk kajian saya ialah : HUBUNGAN ANTARA PSIKOLOGIKAL EMPOWERMENT DENGAN KEPUASAN KERJA GURU MRSM DI PERAK. Soalan saya : Merujuk kepada tajuk saya EMPOWERMENT adalah perkataan english dan mengikut istilah MABBIM (istilah malaysia) ialah PEMBERIAAN KUASA/ PEMERKASAAN..apakah maksud MABBIM? 2. Bolehkah saya mengekalkan perkataaan empowerment dalam tajuk saya atau perlu ditukar kepada PEMERKASAAN. 3. Perkataan sebenar psikologikal empowerment adalah dari perkataan PSYCHOLOGICAL EMPOWERMENT. Bolehkah saya terjemahkan PSYCHOLOGICAL kepada psikologikal bukannya psikologi ? 4. Adakah perlu saya mengekalkan PSYCHOLOGICAL EMPOWERMENT kepada PSIKOLOGIKAL EMPOWERMENT atau PEMERKASAAN PSIKOLOGIKAL.. 5. Adakah boleh saya mencampurkan perkataan english dengan bahasa malaysia dalam satu ayat?Untuk makluman, MABBIM bermaksud Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia. Padanan bahasa Melayu untuk "psychological" ialah psikologi (tidak ada perkataan psikologikal dalam bahasa Melayu). Sekiranya tuan pasti bahawa "empowerment' dalam konteks ini merujuk kepada pemerkasaan, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pemerkasaan Psikologi.Istilah14.10.2014
apakah bahasa rojak dan bagai manakah cara mengatasinya?Bahasa rojak ialah bahasa yang bercampur aduk kata-kata yang digunakan oleh penuturnya (misalnya seketika menggunakan kata-kata dalam bahasa Melayu dan seketika lagi menggunakan kata-kata dalam bahasa Inggeris). Situasi ini  berlaku dalam konteks lisan sama ada  rasmi atau tidak rasmi dan bukannya dalam penulisan, khususnya penulisan  ilmiah. Dalam penulisan kreatif seperti dialog komik, ada kecenderungan menggunakan bahasa rojak dalam dialog watak-wataknya. Bahasa rojak tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Cara mengatasi bahasa rojak ialah pengguna hendaklah mengikut sistem dan tatabahasa yang betul, laras yang sesuai dan tidak mencampurkan bahasa Melayu dnegan bahasa-bahasa asing.Makna21.07.2008
12

Kembali ke atas