Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencanai 1


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
saya nak tahu makna dan penggunaan perkataan berikut: 1.Paradoks 2.Resis 3.Dangkal 4.Wahana 5.Manifestasi 6.Wadah 7.Sirna 8.Mencanai 9.Juntai 10.Ugama

1. Paradoks - sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum: tampak kepada kita suatu paradoks yang mencolok.  2. Resis - perkataan ini tidak ada dalam sumber rujukan kami.  3. Dangkal -  tidak faham benar, tidak mempunyai pengetahuan yang mendalam (tentang sesuatu), atau cetek: saya tidak berani mengatakan yang dia dangkal dalam hal tersebut.   4.  Wahana - saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai): bahasa baku sajalah yang layak menjadi bahasa ilmu utk wahana pemikiran dan untuk pengembangan budaya bangsa5. Manifestasi -  perbuatan (ucapan dan sebagainya) yang memperlihatkan (menjadikan nyata) sesuatu;  watak yg secara lebih giat memanifestasikan rasa kekecewaan   6.Wadah -  alat, atau saluran (untuk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi wadah untuk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat   7. sirna - hilang, lenyap, musnah   8. Mencanai membentuk, mengacu, menyesuaikan, menyelaraskan: undang-undang baru ini telah dibuat untuk membolehkan kerajaan mencanai surat khabar supaya bersesuaian dgn demokrasi terpimpin   9. Juntai - bergantung bergerak-gerak atau berayun-ayun: kakinya juntai ke bawah   10. Agama - 1. kepercayaan pd Tuhan dan sifat-sifat serta kekuasaan Tuhan dan penerimaan ajaran dan perintah-Nya, kepercayaan pd yg Maha Kuasa: agama Islam 2. kepercayaan pada sesuatu dewa dan lain-lain. Sila rujuk Kamus Dewan untuk mendapatkan makna-makna lain bagi setiap entri tersebut.

Makna02.08.2009
Tuan apakah cara mendapat perkataan yang baharu seperti cara yang digunakan oleh para sasterawan untuk menemukan perkataan baharu..saya dah lihat beberapa karya sasterawan semuanya ada kosa kata serta diksi yang tepat.adakah mereka merujuk kamus? Soalan yang kedua..... saya mahu bertanya kosa kata ilmu yang tidak terdapat di mana-mana karya sasterawan. Soalan yang ketiga Adakah penggunaan ayat ini gramatis. 1.Golongan belia pada abad ke-21 ini,patut seimbang bukan sahaja dalam pendidikan malah dalam semua kegiatan yang menjadikan mereka berharga.Rancangan ini pasti dilakukan oleh mereka sebelum mereka melepaskan usia muda. 2.Amalan membaca membawa seribu satu kepentingan.Antaranya,mencanai pelajar berupaya menulis esei yang gramatis.Melalui amalan ini,mereka mendapat pendapat yang logik,tepat dan sesuai.Agar mereka kurang membuat kesalahan bahasa dari segi tatabahasa,ayat,imbuhan,peribahasa,ejaan dan istilah.Contohnya,buku-buku yang berbentuk fiksyen,novel dan contoh karya satirawan dapat membantu menambah kosa kata.Hasilnya.pelajar dapat memperkaya bahasa.Pada masa yang sama,pelajar yang kaya dengan kosa kata mengaplikasikan kosa kata tersebut pada permulaan ayatnya jikalau pemeriksa kertas dapat menyemai perasaan ghairah dan juga pelajar tersebut menghasilkan 'first impression'pada muka pemeriksa tentu mereka memperoleh markah yang terbaik.Tuan/puan dinasihati membuat penyelidikan tentang perkara melalui pembacaan atau rujukan dalam makalah yang diterbitkan dalam akhbar atau majalah tempatan, atau kertas-kertas kerja atau penulisan ilmiah di perpustakaan ipta/s atau Pusat Dokumentasi Bahasa Melayu, DBP.   

Penggunaan ayat yang gramatis.

1. Gaya hidup golongan belia pada abad ke-21 ini haruslah seimbang,  bukan sahaja dalam bidang pendidikan malah dalam semua bidang yang menjadikan mereka lebih bernilai. Perkara ini harus dilakukan sebelum melangkau usia muda.

2. Amalan membaca membawa banyak kelebihan. Antaranya termasuklah pelajar berupaya menulis esei dengan gramatis. Melalui amalan ini, mereka akan mempunyai idea yang logik, tepat dan sesuai dan dapat mengurangkan kesalahan bahasa dari segi tatabahasa, ayat, imbuhan, peribahasa, ejaan dan istilah. Contohnya, buku-buku yang berbentuk fiksyen, novel dan contoh karya sasterawan dapat membantu menambah kosa kata. Hasilnya, pelajar dapat memperkaya kosa kata dan meningkatkan penggunaan bahasa yang betul. Pada masa yang sama, pelajar yang kaya dengan kosa kata dapat mengaplikasikan kosa kata tersebut dalam penulisan yang akan memberi kesan kepada pemeriksa kertas dan pelajar tersebut memperoleh markah yang baik.
Lain-lain21.06.2018

Kembali ke atas