Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.can.ti/.kan] | منچنتيقکن

Definisi : menjadikan cantik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.can.ti/.kan] | منچنتيقکن

Definisi : menjadi­kan cantik; mengindahkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencantikkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara mencantikkan dan mempercantikkan. Dan bagaimanakah penggunaan kedua-dua kata kerja tersebut?

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan "mencantikkan" bermaksud menjadikan seseorang atau sesuatu cantik. Manakala, perkataan "mempercantik" pula bermaksud menjadikan seseorang atau sesuatu bertambah cantik. Tiada perkataan mempercantikkan kerana penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper-…-kan seperti memperbesarkan, memperluaskan dan sebagainya dianggap tidak tepat. Untuk maklumat lanjut, saudara boleh rujuk buku atau makalah yang berkaitan contohnya Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau Kamus Dewan Perdana.

Makna01.09.2022
melalui portal ini, boleh kah membantu saya dalam mencantikkan bahasa yang saya translate dari google translation english to malay?DBP tidak membuat kerja-kerja penterjemahan, sama ada daripada bahasa Melayu kepada bahasa asing atau sebaliknya. Untuk mendapatkan khidmat tersebut, sila hubungi Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) melalui talian 03-9226 2506 atau e-mel terjemah1@gmail.com.Lain-lain06.09.2023
mengindahkan kawasan sekolah atau memperindah kawasan sekolahmengindahkan bermaksud menjadikan indah, mencantikkan. memperindah bermaksud menambah keindahan(kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah(cantik). Oleh itu kedua-dua kata ini betul bergantung pada konteks dan maksud yang akan disampaikan.Tatabahasa19.03.2008
apa perbezaan menghias, menghiaskan, menghiasi?

Menurut data kami, maksud perkataan menghias ialah menjadikan sesuatu lebih cantik (dengan barang yang indah-indah, gambar dan lain-lain): Dia ~ biliknya dengan gambar dan kertas yang berwarna-warni, manakala maksud menghiaskan ialah mencantikkan (mengindah­kan) dengan sesuatu: dia ~ sebutir kerosang pada bajunya; dan maksud perkataan menghiasi ialah menyebabkan kelihatan lebih cantik: Bintang-bintang ~ langit. Gambar yang berwarna-warni ~ ruangan itu
Makna13.02.2017
Bagaimanakah hendak memberi kefahaman yang mudah kepada murid tentang perbezaan kata terbitan; a. memagari / memagarkan b. menghiasi / menghiaskan sekian, terima kasihMemagari bermaksud mengelilingi sesuatu seperti pagar, Pokok puding memagari kawasan rumahnya. Memagarkan bermaksud menjadikan sesuatu sbg pagar; atau memasang sesuatu sebagai pagar, Pak Abu memagarkan buluh di keliling kebunnya. Menghiasi bermaksud menyebabkan kelihatan lebih cantik, Bintang-bintang menghiasi langit. Menghiaskan bermaksud mencantikkan dengan sesuatu, Dia menghiaskan sebutir kerosang pada bajunya.Tatabahasa28.04.2015
Salam, frasa yang manakah betul?mendeklamasikan sajak atau mendeklamasi sajak?apakah bezanya?bolehkah tuan terangkan dalam bahasa yang mudah difahami.terima kasihFrasa yang betul ialah mendeklamasikan sajak. Deklamasi termasuk dalam salah satu kata dasar yang hanya dapat menerima apitan men-....-kan. di-...-kan atau ber-...-kan, dan tidak dapat menerima awal meN, di-. atau ber- sahaja.
Contoh kata lain yang termasuk dalam kumpulan ini:

mengabaikan        bukan    mengabai
menggelarkan       bukan    menggelar
mencantikkan        bukan    mencantik
menjatuhkan          bukan    menjatuh

dan banyak lagi.

Untuk memastikannya saudara boleh lihat dalam Kamus Dewan Edisi 4, hanya ada perkataan mendeklamasikan sahaja, dan bukan mendeklamasi.
Istilah19.03.2014
apakah perbezaan penggunaan imbuhan apitan meN...kan dan meN...i

MAKNA APITAN meN…kan 

  • Berbuat sesuatu: membangunkan kawasan, menenggelamkan taman, memusnahkan hutan, mencemarkan bahasa…
  • Menjadikan/menyebabkan sesuatu: membenamkan tubuh, memantulkan cahaya, menaburkan benih, melucutkan kain, membersihkan bilik…
  • Bermanfaat: mendapatkan hadiah, menghadiahkan senyuman, memberikan bunga, mencantikkan rumah, melebarkan jalan

 

APITAN meN…i 

  • Apitan meN…i dapat membentuk kata kerja transitif daripada kata lain dalam pelbagai kelas.
  • Awalan meN pada kata yang berapitan meN…i bertugas sebagai penanda ayat aktif.
  • Akhiran i pada kata yang berapitan meN…i bertugas untuk menggantikan kata sendi akan, atas, di, … Contoh:

          mengakui = mengaku akan/tentang

          mempercayai = percaya kepada 

  • Oleh sebab itu, KS tidak boleh wujud selepas kata yang berapitan meN…i: mempercayai pada,* menguasai akan,* mencurangi akan,

    * menghadiri di/dalam,* meragui terhadap,*…


Tatabahasa13.06.2009

Kembali ke atas