Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.can.tum.kan] | منچنتومکن

Definisi : 1. merapatkan (benda atau hal) supaya bertaut (melekat, bersatu, dll), memautkan, melekatkan, menyatukan, me­madukan, menempelkan; 2. menyematkan (dgn jarum, pin, dll); 3. menikamkan: dicantumkannya keris pusaka itu pd dada terus ke belikat; 4. memasukkan atau menyertakan (dlm majalah, acara, dll): nama peserta-peserta mesyuarat itu telah dicantumkan dlm surat edaran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.can.tum.kan] | منچنتومکن

Definisi : 1 menjadikan bercantum; merapatkan supaya bertaut; menautkan: Luka-luka itu dijahit utk ~nya. 2 melekatkan dgn sesuatu; menyematkan: Beliau telah ~ kerongsang pd bajunya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencantumkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MESIN JAHIT

Mesin jahit ialah mesin yang menggunakan

jarum untuk mencantumkan kain dengan benang.

Mesin jahit meringankan kerja rumah dan

membantu keluarga mendapatkan pakaian yang

lebih baik dan murah berbanding dengan

perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan. Di

kilang, mesin jahit membantu pengeluaran pakaian

secara besar-besaran.

UMUM 
PATERI

Pateri ialah sejenis logam aloi yang digunakan

untuk mencantumkan permukaan (lihat Aloi). Ia

juga digunakan bagi membaiki objek logam.

UMUM 
PAKU

Paku ialah pelekat yang paling meluas digunakan

untuk melekatkan sekeping papan dengan papan

yang lain. Paku juga boleh digunakan untuk

mencantumkan papan dengan bahan-bahan, seperti

kain, kepingan logam, dan wayar. Paku batu boleh

melekatkan bahan-bahan pada bata dan konkrit.

UMUM 
BUTANG

BUTANG,  sejenis kancing untuk mencantumkan pakaian pada bahagian yang tertentu.  Pada masa dahulu, butang diperbuat daripada pelbagai bahan seperti siput gerus, tempurung, kayu, buluh, kulit, pelbagai jenis logam, tulang dan tali.

BUDAYAArtifak/Mentifak
MESON

Meson ialah zarah subatom. Meson membentuk

satu daripada kelas famili zarah yang dikenali

sebagai hadron. Kelas-kelas yang lain terdiri

daripada barion, yang termasuk proton, neutron

dan hiperon. Semua hadron bertindak atas satu

sama lain melalui daya yang dikenali sebagai saling

tindak yang kuat, atau daya nukleus yang kuat. Daya

ini mencantumkan nukleus atom.

UMUM 
KERONGSANG

KERONGSANG, barang perhiasan diri yang disemat­kan di baju atau alat untuk mengancing baju. Biasanya kerongsang digunakan untuk mencantumkan belahan baju kebaya labuh dan baju belah. Kerongsang dibentuk dengan menggunakan logam emas, perak, suasa dan tembaga, dan dihiasi batu permata seperti zamrud, nilam, intan dan delima.

BUDAYAKraf Tangan

Kembali ke atas