Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"mencapai kejayaan dalam hidup" atau "mencapai kejayaan dalam kehidupan"? Bagaimanakah cara penggunaan perkataan "hidup" dengan "kehidupan”? Apakah perbezaan "hidup" dengan "kehidupan"?Hidup membawa banyak maksud antaranya terus bernyawa atau bernafas, lihat http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=hidup untuk maklumat lanjut dan kehidupan ialah perihal hidup. Frasa yang betul ialah "mencapai kejayaan dalam kehidupan".Tatabahasa12.05.2014
Assalamualaikum wbt. Encik, saya ingin bertanya adakah ayat seperti di bawah betul atau sebaliknya. Peranan-peranan ibu bapa untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaran. Sekian terima kasihAyat yang betul - Peranan ibu bapa membantu anak-anak mencapai kejayaan dalam pelajaranTatabahasa09.07.2008
Adakah kedua-dua jawapan menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif ini betul. Soalan 1. Saya mengetahui bahawa tuduhan itu tidak benar. Jwpn: a) Bahawa tuduhan itu tidak benar saya ketahui. b) Bahawa tuduhan itu saya ketahui tidak benar. Soalan 2. Mereka mengetahui bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Jwpn: a) Bahawa Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh mereka. b) Bahawa Hanis diketahui oleh mereka telah mencapai kejayaan yang cemerlang. Sekian, terima kasih.

Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja transitif yang mengutamakan subjek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan. Ayat pasif pula ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamaka objek asal sebagai judul atau unsur yang diterangkan.

Merujuk soalan saudara; 1. (a)Tuduhan itu tidak benar saya ketahui. (b). Tuduhan itu saya ketahui tidak benar. solan 2. (a). Hanis telah mencapai kejayaan yang cemerlang diketahui oleh meraka. (b). Hanis diketahui oleh meraka telah mencapai kejayaan yang cemerlang.

Lain-lain19.02.2010
Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan. Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifiken pada elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jatidiri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
[(Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan.) Ayat ini tergantung kerana tiada subjek.]
Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifikan dengan elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jati diri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
Tatabahasa23.05.2014
1)Hasratnya kami faham 2)Semoga dia mencapai kejayaan yang cemerlang.(ADA SALAH TAK AYAT TERSEBUT?)Ayat contoh tersebut tidak gramatis, contohnya subjek ayat pertama (hasratnya) tidak lengkap. Ayat gramatis seperti hasratnya hendak bekerja di Kuala Lumpur kami faham.Tatabahasa26.09.2012
AS SALAM DAN SELAMAT SEJAHTERA Soalan saya adalah berkaitan dengan kata hubung apa yang paling sesuai digunakan untuk ayat-ayat dibawah: 1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran. Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang. 2.Saya ada masa pada hujung minggu ini. Saya akan menziarahi rakan saya di hospital. 3. Rumah itu baru dibelinya. Rumah itu baharu. 4. Haris berhijrah ke luar negara. Haris memohon maaf atas segala kesilapannya. 5. Fikirannya buntu. Dia memohon cuti selama dua hari. Dia mahu menenangkan fikirannya. 6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas. Majalah itu sesuai dibaca oleh pelajar universiti. 7. Seluruh rakyat menderita. Rakyat berada dalam cengkaman penjajah.1. Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran untuk mencapai kejayaan yang cemerlang.
2. Saya ada masa pada hujung minggu ini untuk menziarahi rakan saya di hospital.
3. Rumah yang baru dibelinya itu rumah baharu.
4. Haris berhijrah ke luar negara dan memohon maaf atas segala kesilapannya.
5. Oleh sebab fikirannya buntu, dia memohon cuti selama dua hari untuk menenangkan fikirannya.
6. Majalah itu sesuai dibaca oleh murid menengah atas dan pelajar universiti.
7. Seluruh rakyat menderita ketika berada dalam cengkaman penjajah.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 251 - 254.
Tatabahasa13.05.2015
Apakah yang dimaksudkan dengan 'jaya diri' sebenarnya? bagaiamana frasa ini digunakan dalam ayat? Bolehkah seseorang murid menulis ayat yang berbunyi seperti ini: Kita harus bersemangat jaya diri dengan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak.Tidak ada contoh penggunaan "jaya diri" dalam sumber rujukan kami. Kami cadangkan ayat ini diubah menjadi "Kita harus bersemangat memajukan diri dan bercita-cita tinggi agar mencapai kejayaan dalam hidup kelak".Tatabahasa21.08.2011
MOTIVASIMotivasi ialah keinginan/semangat yang kuat pada diri seseorang yang mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan; atau, sesuatu yang membuat atau mendorong seseorang berusaha atau melakukan sesuatu dengan penuh minat.Makna18.02.2008
Selamat malam! Manakah yang merupakan ayat yang betul. Sila juga menjelaskan kesalahan ayat yang lain, terima kasih! I Pusat beli-belah itu sungguh hingar-bingar dengan suara para pengunjung. II Menjadi pelajar terbaik sekolah merupakan hasrat hati Fiazal setelah sekian lama. III Usaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR akan dilakukan okeh Aizat sebaik-baik mungkin. IV Hajatnya yang setinggi gunung itu diluahkan abang kepada ayah pada malam itu.Ayat yang betul ayat II dan ayat IV. Ayat I perlu dipinda menjadi Pusat beli-belah itu hingar-bingar dengan suara pengunjung. Ayat IV menjadi Untuk mencapai kejayaan dalam PMR, Aizat akan berusaha sebaik mungkin.Tatabahasa25.07.2014
Saya ingin tahu maksud "untuk menjadi orang yang sentiasa bermotivasi tinggi " ?Untuk menjadi orang yang sentiasa mempunyai semangat yang kuat pada diri sendiri dan mendorongnya untuk berusaha atau melakukan sesuatu dengan tujuan untuk mencapai kejayaan.Makna28.08.2016
123

Kembali ke atas