Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
jaya
Kata Terbitan : berjaya, menjayakan, kejayaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mental ability testujian keupayaan mentalPendidikanTiadaPengujian terhadap keupayaan mental seseorang untuk mencapai kejayaan dan menyesuaikan diri dengan situasi baru serta berupaya belajar daripada pengalaman.
controllingpengawalanPentadbiranTiadaFungsi pengurusan yang memikir dan merancangkan cara pengendalian kerja bagi memastikan prestasi yang dirancang mencapai kejayaan yang diharapkan.
critical success factorsfaktor kejayaan kritikalTeknologi MaklumatTiadaPerkara-perkara yang difikirkan paling penting oleh eksekutif untuk mencapai kejayaan semasa menjalankan tanggungjawabnya.
achievement motivationmotivasi pencapaianPentadbiran PerniagaanTiadaSatu bentuk teori motivasi yang dimajukan oleh David Mc Clelland yang mencadangkan bahawa individu didorong oleh beberapa tahap keinginan untuk mencapai kejayaan.
opportunity structurestruktur peluangKriminologiKeadilan JenayahFaktor luaran yang mengehadkan atau mengupayakan sesuatu kelompok dalam masyarakat untuk maju dari segi aspek sosial. Contohnya, kekurangan peluang untuk membiayai pendidikan tinggi menyebabkan kelompok masyarakat yang terlibat cenderung memilih jenayah sebagai cara untuk mencapai kejayaan material.
corporate strategic planningperancangan strategik korporatPentadbiranPentadbiran Awam

Proses merencana dan menyusun atur hala tuju sesebuah organisasi yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan. Tindakan ini menetapkan haluan organisasi yang akan menjadi panduan kepada anggotanya untuk mencapai kejayaan yang digarapkan. Kebiasaannya perancangan strategik korporat melibatkan tempoh masa antara tiga hingga lima tahun yang merupakan jangkamasa sesuai untuk mencapai hala tuju berkenaan. Perancangan strategik korporat perlu mengupas persoalan berikut iaitu, (i) Apakah yang ingin dicapai oleh organisasi korporat? (ii) Bagaimana hasrat ataupun harapan tersebut boleh dicapai?, (iii) Bilakah hasrat tersebut akan tercapai?, dan (iv) Untuk siapakah semua ini dilaksanakan?. Perancangan strategik korporat juga perlu melibatkan seluruh warga organisasi supaya perkongsian hala tuju ini akan mewujudkan rasa kesepunyaan dalam kalangan anggota organisasi korporat.

programme implementationpelaksanaan programPentadbiranPentadbiran Awam

Cara atau kaedah sesebuah program yang dirancang dilaksanakan dengan sempurna. Pelaksanaan program melibatkan pematuhan prosedur bermula daripada kelulusan program sehingga ke peringkat penilaian. Selain itu, pelaksanaan program juga melibatkan penyelarasan aktiviti dan pemantauan. Proses pelaksanaan program ini melibatkan masyarakat dan pentadbir atau pelaksana program. Contohnya ‘Kempen Anti Dadah’ yang merupakan satu program mega daripada kerajaan untuk membanteras najis dadah di kalangan remaja khasnya dan masyarakat umum amnya. Justeru pelaksanaan program atau kempen ini bukan sahaja memerlukan sokongan berterusan pihak kerajaan malah sokongan dan keprihatinan masyarakat. Seandainya tidak wujud kolaborasi yang mantap di antara kerajaan dan masyarakat, sebarang bentuk program yang dilaksanakan tidak akan mencapai kejayaan.

market by market locationpasaran melalui lokasi pasaranKomunikasiKorporatKelompok sasaran pemasaran yang berasaskan kedudukan kawasan pemasaran yang berasaskan kedudukan kawasan pemasaran. Penentuan sasaran pasaran perlu dilakukan sebelum proses pemasaran dibuat. Faktor yang membantu pemilihan lokasi pasaran yang tepat ialah maklumat yang disampaikan oleh penganalisis pasaran. Penganalisis pasaran akan menjelaskan sasaran pasaran berdasarkan aspek geografi, seperti kedudukan lokasi fizikal dan sempadan perkhidmatan sosial serta maklumat lain yang menjelaskan persekitaran pelanggan sesuatu barangan atau perkhidmatan. Contohnya, maklumat demografi kawasan seperti pendapatan, pekerjaan, pola aktiviti sosial, dan unsur lain yang berkaitan aspek ekonomi dan budaya pelanggan di kawasan sasaran. Selain itu, maklumat juga perlu menjelaskan impak lokasi pasaran seperti kadar sewa, pola persaingan, pencapaian, dan persepsi pasaran. Tujuannya adalah untuk memastikan pemasaran barangan atau perkhidmatan mencapai kejayaan optimum.
critical success factorfaktor kejayaan kritikalPengurusanPerancanganFaktor yang merupakan aspek terpenting yang menjadi penentu kejayaan sesuatu tugas atau projek. Faktor kejayaan kritikal perlu ditentukan oleh pihak pengurusan bagi memastikan keputusan dan tindakan yang diambil adalah yang paling tepat bagi mencapai matlamat dan tujuan yang ditetapkan. Contoh faktor kejayaan kritikal bagi sesuatu perniagaan adalah dengan memastikan kepuasan pelanggan diutamakan.
test constructionpembinaan ujianPendidikanTiadaPembinaan butiran untuk mengukur kejayaan pelajar mencapai objektif pengajaran yang telah ditetapkan.
12

Kembali ke atas