Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencari;

Puisi
 

Petua tuan mencari kain,
     Biar nipis pada jarang;
Petua tuan mencari lain,
     Biar lebih pada kurang.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Mencari yang sehasta sejengkal.

Bermaksud :

Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mereka datang ke negara kita untuk mencari makan. Ungkapan mencari makan dalam ayat ini memang biasa digunakan. Masalahnya, makan ialah kata kerja. Jadi ayat ini tidak gramatis?

Encik Waris terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

Untuk makluman Encik, perkataan mencari makan telah diterima sebagai bahasa kiasan. jadi dalam hal ini tidak timbul lagi soal kata kerja  atau sebagainya. Banyak contoh lain yang bolek kita kaitkan selain daripada mencari makan ini. Terima kasih.

Makna30.11.2009
Mencari terjemahan : 1.Qualified Issuer Framework 2. Seasoned Bond FrameworkSila berikan contoh perkataan bersama-sama ayat supaya kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayatMakna18.06.2020
Mencari perkataan makna bagi perkataan baby car seat. Dalam kamus online tak wujud. Cuba tanya melalui Facebook, tak ada orang jawab. Memang tak wujud ke?Padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "baby car seat" ialah kerusi keselamatan kanak-kanak.Makna18.05.2020
Mencari terjemahan perkataan "Sky lounge" ke bahasa MelayuUntuk makluman pihak tuan, belum ada istilah yang khas untuk "Sky Lounge", namun padanan yang kami cadangkan untuk perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah Tempat Istirahat di Puncak.Istilah20.03.2019
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasihPadanan 1 dan 2 sesuai.
3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya
4.  Pusat Servis Perodua 1 Klang
5.  Pusat Servis Perodua 2 Klang 
Lain-lain24.11.2015
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre (A Division of Perodua Sales Sdn Bhd) Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Divisyen Perodua Sales Sdn Bhd) 2. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Bahagian Perodua Sales Sdn Bhd) 3. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Sebahagian dari Perodua Sales Sdn Bhd)Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain15.05.2015
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre 9A division of Perodua Sales Sdn Bhd) Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Divisyen Perodua Sales Sdn Bhd) 2. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Bahagian Perodua Sales Sdn Bhd) 3. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Sebahagian dari Perodua Sales Sdn Bhd)Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain15.05.2015
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk PERODUA Stock Yard. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Tempat Simpanan Kenderaan PERODUA 2. Pusat Simpanan Kenderaan PERODUAKedua-duanya boleh digunakan.  "Tempat" menunjukkan skala kecil manakala "pusat" pula merujuk kepada skala besar, iaitu segala kenderaan PERODUA berpusat di situ.Makna20.08.2014
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk Body & Paint Centre. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Pusat Baik Pulih Badan Kenderaan dan Cat PERODUA 2. Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Penyemburan Cat PERODUAPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur CatLain-lain16.07.2014
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre: Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai PERODUA 2. Pusat Kenderaan Pra Milik PERODUA 3. Pusat Jualan Kenderaan Pra Milik PERODUA 4. Jualan Kenderaan Pra Milik PERODUA

Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pusat Jualan Kenderaan Terpakai.  Untuk pengesahan visual papan iklan ini,  sila hantar permohonan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa )



 

Penyemakan dan penterjemahan16.07.2014
12345678910...

Kembali ke atas