Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencari;

Puisi
 

Petua tuan mencari kain,
     Biar nipis pada jarang;
Petua tuan mencari lain,
     Biar lebih pada kurang.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Mencari yang sehasta sejengkal.

Bermaksud :

Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Mencari umbut dalam batu.Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencari yang sehasta sejengkal.Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencari penjahit dalam rumput.Pekerjaan yang mustahil.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencari jejak dalam air.Pekerjaan yang sukar dan sia-sia.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencari-cari beban.Suka mencampuri urusan orang lain.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira.Rupanya salih, tetapi hatinya amat jahat; munafik.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Perigi mencari timba.Perempuan yang mencari lelaki. (Bandingkan dengan: Rumput mencari kuda).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencungkil kuman dengan alu.Pekerjaan yang sukar dan sia-sia. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Mencari jejak dalam air, b. Mencari kutu dalam ijuk, c. Mencari penjahit dalam rumput, d. Mencari umbut dalam batu).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Mencabik mudah, menjahit susah.Mencari perselisihan mudah tetapi mencari perdamaian susah.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Rumput mencari kuda.Perempuan yang mencari lelaki. (Peribahasa lain yang sama makna: Perigi mencari timba).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
12345678910

Kembali ke atas