Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : 1. berusaha utk mendapat (mem­peroleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh­-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikir­kan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk me­nimbulkan pergaduhan (permusuhan, per­tengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (san­jungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (ke­jadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencari

Puisi
 

Petua tuan mencari kain,
     Biar nipis pada jarang;
Petua tuan mencari lain,
     Biar lebih pada kurang.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Mencari yang sehasta sejengkal.

Bermaksud :

Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Artikel Majalah

JudulPengarangMajalahKeluaran
Mencari akar bagi sajak, mencari bumbu dalam kalbuSarjono, Agus R.Horison1 October 2006
Mencari tujahan emosi 'Seniman Menangis': Antara protes tersirat dan proses HijrahRamzah DambulWadah1 March 2006
Mencari sinar pagiMohd. Dzin Hj. MoktarWadah1 September 1995
Mencari Keredaan-Muas@bintangRemaja15 June 2007
Mencari kebebasan [oleh Zulkifli Mansor]Ibrahim MusingDewan Siswa1 June 2007
Mencari IsteriNazja ZiehaMingguan Wanita18 May 2007
Mencari Lelaki Budiman (Siri Empat)Nisah HaronANIQAH1 June 2006
Mencari yang Cemerlang (Analisis Puisi Dewan Sastera, Ogis 2002)Rahman ShaariDewan Sastera1 September 2002
Mencari Diri Sendiri (Analisis Cerpen Dewan Sastera, Julai 2002)Mana SikanaDewan Sastera1 August 2002
Mencari Manfaat dalam Sastera (Analisis Cerpen Dewan Sastera, Jun 2002)Mohamad Saleeh RahamadDewan Sastera1 July 2002
12345678910...

Kembali ke atas