Mereka datang ke negara kita untuk mencari makan. Ungkapan mencari makan dalam ayat ini memang biasa digunakan. Masalahnya, makan ialah kata kerja. Jadi ayat ini tidak gramatis? | Encik Waris terima kasih kerana menghubungi KNBDBP Untuk makluman Encik, perkataan mencari makan telah diterima sebagai bahasa kiasan. jadi dalam hal ini tidak timbul lagi soal kata kerja atau sebagainya. Banyak contoh lain yang bolek kita kaitkan selain daripada mencari makan ini. Terima kasih. | Makna | 30.11.2009 |
Mencari terjemahan : 1.Qualified Issuer Framework 2. Seasoned Bond Framework | Sila berikan contoh perkataan bersama-sama ayat supaya kami dapat memberikan terjemahan yang sesuai mengikut konteks ayat | Makna | 18.06.2020 |
Mencari perkataan makna bagi perkataan baby car seat. Dalam kamus online tak wujud. Cuba tanya melalui Facebook, tak ada orang jawab. Memang tak wujud ke? | Padanan perkataan bahasa Melayu untuk perkataan "baby car seat" ialah kerusi keselamatan kanak-kanak. | Makna | 18.05.2020 |
Mencari terjemahan perkataan "Sky lounge" ke bahasa Melayu | Untuk makluman pihak tuan, belum ada istilah yang khas untuk "Sky Lounge", namun padanan yang kami cadangkan untuk perkataan tersebut dalam bahasa Melayu ialah Tempat Istirahat di Puncak. | Istilah | 20.03.2019 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Service Outlet (Pusat Servis): Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Batu Caves SSQS (Pusat Servis Perodua Batu Caves) 2. Kepong Service - Pusat Servis Perodua Kepong 3. Subang Jaya Body & Paint Hub – Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya Hab 4. Klang 1 Service – Pusat Servis Perodua Klang 1 5. Klang 2 Service – Pusat Servis Perodua Klang 2 Sekian, terima kasih | Padanan 1 dan 2 sesuai. 3. Pusat Servis Kenderaan dan Sembur Cat Perodua Subang Jaya 4. Pusat Servis Perodua 1 Klang 5. Pusat Servis Perodua 2 Klang | Lain-lain | 24.11.2015 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre (A Division of Perodua Sales Sdn Bhd) Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Divisyen Perodua Sales Sdn Bhd) 2. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Bahagian Perodua Sales Sdn Bhd) 3. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Sebahagian dari Perodua Sales Sdn Bhd) | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 15.05.2015 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre 9A division of Perodua Sales Sdn Bhd) Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Divisyen Perodua Sales Sdn Bhd) 2. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Bahagian Perodua Sales Sdn Bhd) 3. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai (Sebahagian dari Perodua Sales Sdn Bhd) | Untuk pengesahan bahasa dalam iklan, sila klik domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa. | Lain-lain | 15.05.2015 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk PERODUA Stock Yard. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Tempat Simpanan Kenderaan PERODUA 2. Pusat Simpanan Kenderaan PERODUA | Kedua-duanya boleh digunakan. "Tempat" menunjukkan skala kecil manakala "pusat" pula merujuk kepada skala besar, iaitu segala kenderaan PERODUA berpusat di situ. | Makna | 20.08.2014 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa Melayu untuk Body & Paint Centre. Berikut adalah pilihan perkataan untuk pengesahan pihak tuan: 1. Pusat Baik Pulih Badan Kenderaan dan Cat PERODUA 2. Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Penyemburan Cat PERODUA | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pusat Baik Pulih Kenderaan dan Sembur Cat | Lain-lain | 16.07.2014 |
Mencari maksud perkataan dalam bahasa melayu untuk Pre Owned Vehicle Centre: Berikut adalah beberapa pilihan perkataan untuk mengesahan dari pihak tuan: 1. Pusat Jualan Kenderaan Terpakai PERODUA 2. Pusat Kenderaan Pra Milik PERODUA 3. Pusat Jualan Kenderaan Pra Milik PERODUA 4. Jualan Kenderaan Pra Milik PERODUA | Padanan bahasa Melayu yang dicadangkan ialah Pusat Jualan Kenderaan Terpakai. Untuk pengesahan visual papan iklan ini, sila hantar permohonan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP (bukan Khidmat Nasihat Bahasa ) | Penyemakan dan penterjemahan | 16.07.2014 |