Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : 1. berusaha utk mendapat (mem­peroleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh­-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikir­kan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk me­nimbulkan pergaduhan (permusuhan, per­tengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (san­jungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (ke­jadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencari

Puisi
 

Petua tuan mencari kain,
     Biar nipis pada jarang;
Petua tuan mencari lain,
     Biar lebih pada kurang.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Mencari yang sehasta sejengkal.

Bermaksud :

Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kolintau[k.lin.tAw]kata kerja1. mencari merata tempat, melilau; bokolelong.Kolintau den cari pisau tak jumpo-jumpo, mano kau lotakan.[k.lin.tAw dEn tSA.Äi pi.sAw tA/ dZum.p.dZum.p mA.n kAw l.tA/.An]Melilau saya mencari pisau tidak jumpa-jumpa, mana kau letakkan?
bokolelong[b.k.le.lN]kata kerja1. mencari merata tempat, melilau; kolintau.Bokolelong den cari pisau tak jumpo-jumpo, mano kau lotakan.[b.k.lE.lN dEn tSA.Äi pi.sAw tA/ dZum.p.dZum.p mA.n kAw l.tA/.An]Melilau saya mencari pisau tidak jumpa-jumpa, mana kau letakkan?
mogun[m.gun]kata kerja1. termenung.Ponuleh tu mogun di topi jorang nak tulih corito.[p.nu.lEh tu m.gun di.t.pi dZ.ÄAN nA/ tu.lEh tS.Äi.t]Penulis itu termenung di tepi jeram hendak mencari bahan cerita.
rangai[ÄA.NAj]kata kerjamembongkar, menyiasat, mencari; monyoleme.Bi pi ar rangai sogalo pail dalam opis nak dapekan bokti.[bi pi Ar ÄA.NAj s.gA.l pAil dA.lAm .pis nA/ dA.pE/.An b/.ti]BPR menyelongkar segala fail dalam pejabat, hendak dapatkan bukti.
tingkat ruang[tiN.kAt Äu.wAN] duduk dengan cara memeluk sebelah kaki.Ponuleh tu dudok tingkat ruang kek tobeng sungai tu moncari elham.[p.nu.lEh tu du.do/ tiN.kAt Äu.wAN kE/ t.bEN su.NAj tu mn.tSA.Äi El.hAm]Penulis itu duduk tingkat ruang di tebing sungai itu, mencari ilham.
monyoleme[m.ø.lE.mE]kata kerjamembongkar, menyiasat, mencari; rangai.Bi pi ar monyoleme sogalo pail dalam opis nak dapekan bokti.[bi pi Ar m.ø.lE.mE s.gA.l pAil dA.lAm .pis nA/ dA.pE/.An b/.ti]BPR menyelongkar segala fail dalam pejabat, hendak dapatkan bukti.
bobenta[b.bEn.tA]kata adjektifberiya-iya, berusaha bersungguh-sungguh.Dari sonjo sampai tongah malam bobenta kita bocarian tapi tak yo solosai.[dA.Äi sn.dZ sAm.pAj k.t.NAh mA.lAm b.bEn.tA ki.t b.tSA.Äi.An tA.pi tA/ j s.l.sAj]Dari senja hingga ke tengah beriya-iya kita mencari jalan penyelesaian, tetapi tidak juga selesai.

Kembali ke atas