Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : 1. berusaha utk mendapat (mem­peroleh) sesuatu, melihat ke sana sini dan berusaha supaya menjumpai atau mendapat kembali sesuatu yg hilang atau tidak diketahui mana perginya; 2. mengada-adakan sesuatu, sengaja menimbulkan (mengadakan): dia memang suka ~ gaduh di tempat orang ramai; ~ akal (fikiran, jalan) berusaha mendapat cara utk mencapai tujuan; ~ bala = ~ susah membuat sesuatu yg akhirnya menyusahkan; ~ daya upaya = ~ ikhtiar berusaha sungguh­-sungguh; ~ enaknya (senangnya) sahaja tidak memikirkan susahnya (hanya memikir­kan enaknya sahaja); ~ fasal = ~ gaduh = ~ lantaran = ~ perkara = ~ salah = ~ sebab = ~ selisih = ~ seteru berbuat sesuatu utk me­nimbulkan pergaduhan (permusuhan, per­tengkaran, dll); ~ helah (alasan) memikirkan sesuatu utk dijadikan sebab atau alas an (melakukan atau tidak melakukan sesuatu); ~ hitungan menyelesaikan soalan hitungan (kira-kira); ~ kesalahan = ~ salah berusaha utk mengetahui kesalahan orang; ~ ketam (burung, udang, dll) menangkap ketam (burung, udang, dll); ~ laba (untung, wang) berusaha (bekerja) utk mendapat laba (untung), berusaha (bekerja) utk memperoleh rezeki; ~ muka melakukan sesuatu dgn tujuan mendapat pujian (drpd majikan dll); ~ nama berbuat sesuatu (berusaha) utk mendapat nama (san­jungan, kemasyhuran) drpd orang; ~ punca berusaha utk mengetahui sebab-sebab (ke­jadian, perselisihan, dll); ~ tahu hendak tahu akan hal sesuatu; enau ~ sigai prb perempuan mencari laki-laki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.ri] | منچاري

Definisi : berusaha supaya mendapat atau menjumpai sesuatu: Dia sedang ~ cincinnya yg hilang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencari

Puisi
 

Petua tuan mencari kain,
     Biar nipis pada jarang;
Petua tuan mencari lain,
     Biar lebih pada kurang.


Lihat selanjutnya...(117)
Peribahasa

Mencari yang sehasta sejengkal.

Bermaksud :

Menyelidiki jauh dekatnya perhubungan kaum kerabat.

 

Lihat selanjutnya...(99)


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
Butiran baharu yang ditambah pada fail yang sedia ada. (KOM) addition table (jadual penambahan) Jadual sifir yang mengandungi hasil jumlah dua nombor. Jadual ini digunakan oleh atur cara komputer untuk mencari hasil jumlah dua nombor melalui pene- adamantoblast addition table Kamus Sains.indb 18 7/8/08 11:45:21 AM 19 litian pemetaan jadual berbanding dengan cara pencampuran biasa. (KOM dua carta garis. (KOM) area forecast (ramalan kawasan) Ramalan cuaca bagi kawasan geografi tertentu yang digunakan dalam pener- bangan. (METEO) area search (gelintar kawasan) Penyemakan kumpulan dokumen yang banyak untuk mencari satu kumpulan data tertentu. (KOM) area-moment method (kaedah luas momen) Salah satu kaedah analisis struktur untuk mencari pesongan dan cerun pada rasuk yang terbeban. (KEJ) arena (arena) Tempat pembiakbakaan

Kembali ke atas