Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ca.ri.kan] | منچاريکن

Definisi : mencari sesuatu utk: Batin Itamitulah yg amat mengambil berat ~ emak ubat kelat, serta mengubatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ca.ri.kan] | منچاريکن

Definisi : mencari sesuatu utk: Beliau ~ isterinya yg mengidam itu buah mempelam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencarikan

Peribahasa

Titian air,
     polong asap.

Bermaksud :

Orang pengantara yang menolong mencarikan keuntungan dan sebagainya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Frasa : Ali mencarikan ayah sebuah rumah sewa (gramatis)?

Ayat 'Ali mencarikan ayah sebuah rumah sewa.' adalah gramatis. Ayat ini ialah ayat aktif transitif dengan dua objek. Objek yang mengikuti secara langsung kata kerja disebut objek tepat (ayah), sementara objek yang mengikuti objek tepat ialah objek sipi (sebuah rumah sewa). 

Tatabahasa04.07.2011
dapatkah pihak tuan/puan membantu dalam mencarikan saya bilangan dan tahun MAJALAH PELITA BAHASA yg mengemukakan tentang perbincangan mengenai perbezaan di antar penggunaan CENDERAMATA dan CENDERAHATI? terima kasihSila rujukm bahan ini : 1. Antara cenderamata dengan cenderahati oleh Rizuan Atan. Pelita Bahasa.01/05/1993. 2. Cenderahati dan cenderamata oleh Farid Ahmad. Pelita Bahasa. 01/08/1993. 3. Dahulu cenderamata, sekarang pun cenderamata oleh Asiah Idris. Pelita Bahasa. 01/09/1994.Lain-lain13.08.2007
Adakah ayat dibawah ayat yang gramatis i) Pengawai itu memperbetulkan borang permohonan saya ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya iii) Samad mencarikan ibunya sebuah rumah sewa baharu iv) Nenek membelikan adik sepasang baju kurung

Ayat yang betul ialah:

i) Pegawai itu memperbetul borang permohonan saya.

ii) Jamal membacakan sebuah buku cerita untuk anak-anaknya

iii) Samad mencarikan sebuah rumah sewa baharu untuk ibunya

iv) Nenek membelikan sepasang baju kurung untuk adik

Tatabahasa01.07.2011
saya memerlukan bahan rujukan yang melibatkan penulisan rencana berkaitan dengan kompetensi bahasa Melayu di sekolah-sekolah. Bolehkah pihak DBP membantu saya mencarikan saya tajuk-tajuk yang berkaitan tentang perkara ini? Terima kasih.

Terima kasih atas soalan anda.

Anda boleh datang membuat rujukan dan penyelidikan di Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP. Anda boleh merujuk koleksi bahan kertas kerja, tesis dan  artikel majalah tajuk berkaitan.

Lain-lain22.10.2010
1. Segak nian Ali yang berpakaian baju Melayu.Adakah penggunaan kata penguat nian betul dalam ayat tersebut. 2. Ali mengambil air untuk memasak atau Ali mengambil air untuk dimasak.Bolehkah analisis dua bentuk ayat itu. 3. Boleh mencarikan saya kata istana untuk raja berikut a. melihat dan b. bersetuju 4. Ali mencari maklumat tentang pelajaran dengan menggunakan internet.Adakah ayat ini salah Sekian, terima kasih !

Salam sejahtera,

Kata penguat nian bereti terlalu sangat, amat benar, sungguh.  Dari segi hukum penggunaan kata penguat, kedudukannya boleh diletakkan pada sebelum atau selepas kata yang mengikutinya.  Contoh:amat kuat, kuat amat, sungguh cantik dan cantik sungguh.  Namun, ada juga kata penguat yang hanya boleh diletakkan selepas kata yang mengikutinya.  Dalam konteks kata penguat nian, kedudukannya hanya selepas kata yang mengikutinya.  Oleh sebab itu, penggunaannya hanya betul dalam konteks ayat "Segak nian Ali yang berpakaian baju Melayu.  Bukan "Nian segak Ali yang berpakaian baju Melayu." Rujuk Kamus Dewan dan Tatabahasa Dewan.

Analisis ayat:Ali mengambil air untuk memasak adalah seperti yang berikut:

Menurut Kamus Dewan kata "memasak" merupakan  terbitan daripada kata masak yang bererti membuat lauk-pauk (kuih-muih, dll), mengolah makanan supaya masak.  Ayat yang pertama membawa maksud Ali mengambil air untuk tujuan memasak makanan.  Walau bagaimanapun ayat tersebut perlu diperbaik dengan meletakkan objek kerana kata memasak ialah kata kerja transitif yang memerlukan objek.  Ayat menjadi lengkap dengan meletakkan objek.  Contoh:  Ali mengambil air untuk memasak nasi.

Analisis ayat:Ali mengambil air untuk dimasak adalah seperti yang berikut:

Kata "dimasak" merupakan bentuk pasif memasak.  Ayat ini bermaksud Ali mengambil air untuk dimasak atau dipanaskan sehingga mendidih. 

Kata bahasa istana untuk kata tersebut adalah seperti yang berikut:

a.   melihat      -    Tidak ada yang khusus.  Jika dilihat dalam teks-teks lama, kata melihat atau memandang digunakan.

b.    bersetuju -  berkenan

Ayat:Ali mencari maklumat pelajaran menggunakan internet.

Ayat tersebut betul. 

Sekian, terima kasih.

Tatabahasa18.03.2008
Betulkah struktur ayat? Kediaman ditemani alam subur, bayu segar meniup sepoi-sepoi bahasa, mata segar dijamu pemandangan sekeliling yang mempesonakan…Taman XX menginspirasikan segalanya. Terletak di puncak tanah tinggi, enklaf kediaman eksklusif ini menawarkan keselesaan dan ketenangan saban hari. Dengan suasana privasi, tenang dan nyaman ini, anda dapaat menjauhkan diri daripada ketegangan, kesesakan dan kesibukan kota. Taman XX, khas untuk anda yang mencarikan kehidupan berprestij terunggul.Sila jelaskan konteks penggunaan dalam ayat-ayat yang diberikan. Sama ada dalam iklan, rencana, cerpen dan sebagainya. Harap maklum.Tatabahasa22.07.2008

Kembali ke atas