Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.cah] | منچچه

Definisi : kena (sedikit) pd, menyentuh sedikit, mencolek (sambal, kicap, dll): usap bedak perlahan-lahan menghala ke luar dan ke bawah tetapi tidak ~ garis rambut; ~ bumi menjejak (memijak) bumi; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah prb banyak sama-sama banyak dibahagi, sedikit sama-sama sedikit; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.cah] | منچچه

Definisi : mengenai sedikit; menyentuh sedikit; mencolek (sambal, kicap dll): ~ bumi menjejak bumi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencecah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DIAMETER

Diameter, dalam geometri ialah jarak satu garis

lurus segmen yang merentas di tengah-tengah

bulatan atau sfera, dan mencecah sempadan rajah

pada titik bertentangan. Diameter juga nama untuk

garisan segmen.

UMUM 
NIGERIA

Nigeria ialah negara Islam yang terletak di

pesisiran pantai barat Afrika dan mempunyai

penduduk paling padat di benua Afrika.

Penduduknya mencecah sehingga 117 juta orang

dan menduduki tempat ke-10 di dunia dari segi

kepadatan penduduk.

UMUM 
OSPREY

Osprey, yang juga dikenali sebagai lang ikan ,

ialah burung yang memakan ikan. Osprey menjunam

ke dalam air dari ketinggian 15 hingga 30 meter

untuk mencari makanan. Kakinya dahulu mencecah

air dengan cepukan yang kuat dan mencekau ikan

dengan cakarnya yang panjang runcing. Burung ini

hidup di seluruh dunia di sepanjang sungai, tasik,

pantai, dan teluk. Osprey di kawasan utara berhijrah

ke kawasan panas pada musim sejuk.

UMUM 
LUMBA JALAN KAKI

Lumba jalan kaki ialah acara yang memerlukan pergerakan langkah yang berterusan dan sentiasa mencecah bumi.

SUKANPermainan/Sukan/Rekreasi
PULAU GUADALCANAL

Pulau Guadalcanal terletak di Laut Karang di

timur bahagian paling selatan New Guinea. Ia

pulau terbesar bagi kepulauan Solomon. Honiara,

ibu negeri dan bandar terbesar negara ini terletak

di Guadalcanal. Guadalcanal meliputi kawasan

seluas 6475 kilometer persegi. Gunung-ganang di

pulau ini mencecah ketinggian 2400 meter.

Kebanyakan penduduknya yang seramai 71 000 itu

ialah orang Melanesia. Keluaran utama pulau ini

ialah pisang, kelapa, nanas, getah, dan emas.

UMUM 
PERGUNUNGAN ANDES

Pergunungan Andes ialah rangkaian gunung di

atas aras laut yang terpanjang di dunia.

Pergunungan ini menganjur di sepanjang seluruh

pantai barat Amerika Selatan dari Tanjung Horn ke

Panama dan Venezuela bagi jarak sejauh 7200

kilometer. Hanya pergunungan Himalaya di utara

India dan Tibet yang lebih tinggi daripada

Pergunungan Andes. Banyak puncak Andes

mencecah ketinggian melebihi 6100 meter. Ukuran

keratan rentas bahagian Andes yang paling lebar

adalah kira-kira 650 kilometer. Dalam bahasa

Sepanyol, Andes dikenali sebagai Cordillera de los

Andes , Rangkaian Pergunungan Andes.

UMUM 
POKOK BERINGIN

Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang

tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu

pokok beringin mempunyai banyak batang dan

boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini

tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji

beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan

pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara

pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan

mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang

ini kemudiannya membesar menjadi batang dan

tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok

beringin membunuh pokok topang dengan

menjerutnya.

UMUM 
TIMUR TENGAH

Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas

meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat

Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak

sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi

kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun

mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi

negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq,

Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar,

Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah

Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan

kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi.

Penduduknya pula mencecah 262 juta orang.

UMUM 

Kembali ke atas