Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.gah] | منچݢه

Definisi : menghalang (menegah, menolak, dll), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll): sentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; tidak berjaya ~ peperangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.gah] | منچݢه

Definisi : mengikhtiarkan supaya tidak berlaku (tidak kena dsb); menghalang; menegah: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ rusuhan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencegah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
(Peranan) individu mencegah penularan penyakit COVID-19. atau (Peranan-peranan)individu mencegah penularan penyakit COVID-19. mana satu ayat di atas boleh diterima?Ayat yang betul ialah “Peranan individu mencegah penularan penyakit COVID-19”.Tatabahasa25.08.2022
kejadian itu mungkin dapat dielakkan setelah langkah mencegah dibuat sejak lebih awal lagi. tuan, jika langkah mencegah dibuat dari awal lagi atau jika langkah pencegahan dibuat dari awal lagi atau lagipun, tuan...sejak awal lagi dan dari awal ladi...apakah perbezaan antara kedua-dua ini? tq

Penggunaan kata yang betul ialah "langkah mencegah" atau "pencegahan" (tidak perlu didahului oleh kata langkah) dan "sejak awal" atau "dari awal" (bukan sejak dari awal kerana antara makna sejak ialah dari).

Tatabahasa18.09.2011
Prevent accident = Mengelakkan/Mencegah kemalangan Prevent illness = Mengelakkan/Mencegah penyakit Yang manakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan prevent bagi kedua-dua frasa di atas?Perkataan "prevent" diterjemahkan kepada "cegah".Penyemakan dan penterjemahan24.01.2019
Adakah ayat berikut betul? 1. Antara cara-cara mencegah pencemaran udara ialah tidak melakukan pembakaran terbuka.Antara cara mencegah pencemaran udara ialah tidak melakukan pembakaran terbuka.Lain-lain20.10.2017
Selamat pagi, saya ingin bertanyakan tentang soalan berdasarkan buku teks Bahasa Malaysia Tahun 1 iaitu: Saya sawi. Makanlah saya untuk mendapatkan vitamin. Saya buah-buahan. Makanlah saya untuk mencegah penyakit. Di sini lampirkan soalan peperiksaan iaitu soalan 3: sayur-sayuran boleh mencegah penyakit@sayur-sayuran banyak mengandungi vitamin. Soalan 5: Buah-buahan boleh mencegah penyakit@Buah-buahan banyak mengandungi vitamin. Adakah kedua-dua jawapan ini boleh diterima sedangkan buku teks hanya menyatakan buah-buahan mencegah penyakit manakala sayur-sayuran mengandungi banyak vitamin. Sekian,terima kasih.
Salam. Sayur dan buah, sememangnya kedua-duanya mempunyai kebaikan dan kelebihan yang sama. Dalam buku teks,  berkemungkinan bertujuan untuk menguji kepekaan dan kemahiran berfikir kanak-kanak tersebut. Oleh itu, penggunaan kedua-dua jawapan untuk no.3 dan 5 adalah  tidak salah, malahan guru digalakkan menggunakan kepelbagaian kreativiti untuk merangsang minda kanak-kanak, selagi tidak menyalahi  fungsi dan penggunaannya dalam bahasa.
Makna22.05.2017
Salam sejahtera. Its hydrating abilities help prevent skin dryness. Can translate into Bahasa Melayu "Keupayaan penghidratannya membantu mencegah kekeringan kulit". Terima kasih.Padanan terjemahan "Keupayaan penghidratannya membantu mencegah kekeringan kulit" adalah bersesuaian dengan konteks ayat dalam bahasa Inggeris.Penyemakan dan penterjemahan08.06.2023
Apakah padanan bagi: extinguishing, fighting, preventing, and controlling fires adakah "memadam, menentang, mencegah, dan mengawal kebakaran" padanan yang tepat?Cadangan terjemahan bagi ayat extinguishing, fighting, preventing, and controlling fires ialah memadam, mencegah, dan mengawal kebakaran.Makna30.03.2022
Salam sejahtera. Terima kasih atas jawapan tuan bg soalan saya pd 3/8/16. Saya ingin meminta pandangan tuan, apakah jawapan yg paling sesuai utk digantikan dgn mengawal kegemukan? Menjaga kegemukan blh diterima eng jwp yg betul n gramatis ? Jawapan mengelakkan kegemukan, mencegah kegemukan blh diterima? Mengawasi kegemukan ? Terima kasih.Kami berpandangan frasa yang tepat dalam konteks tersebut ialah mencegah kegemukan. Mencegah bermaksud mengikhtiarkan supaya jangan berlaku.Tatabahasa04.08.2016
Bolehkah anda menghantar karangan fakta bertaraf SPM yang bertajuk "Langkah-Langkah Mencegah Jenayah Sosial dalam kalangan remaja"?

Adik dinasihatkan agar membaca majalah Dewan Siswa seperti yang berikut:

Jenayah remaja meningkat?Noha AbdullahDewan Siswa 01/04/1990Terperinci
Jenayah remaja, siapa bersalah?Zuraida JaafarDewan Siswa 01/08/1983Terperinci
Potret seorang penjenayah remaja Dewan Siswa 01/08/1983Terperinci
Remaja dan jenayahAmiruddin Md. AkhirDewan Siswa 01/07/1995Terperinci
  

Lain-lain30.09.2008
Pilihan mana yang betul dalam kurungan? 1. Perlawanan bola sepak itu berterusan (hingga ke/hingga) masa tambahan. 2. Kampung itu diselubungi air (oleh sebab/kerana) hujan lebat. 3. (Kempen mencegah jenayah/kempen pencegahan jenayah) itu akan berlangsung selama dua bulan.1. Perlawanan bola sepak itu berterusan hingga/ke masa tambahan.
2. Kampung itu diselubungi air oleh sebab/kerana hujan lebat.
3. Kempen mencegah jenayah itu akan berlangsung selama dua bulan.
Tatabahasa08.10.2012
1234

Kembali ke atas