Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.gah] | منچݢه

Definisi : menghalang (menegah, menolak, dll), mengikhtiarkan supaya jangan berlaku (kena dll): sentiasa berjaga-jaga ~ gerakan subversif; tidak berjaya ~ peperangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.gah] | منچݢه

Definisi : mengikhtiarkan supaya tidak berlaku (tidak kena dsb); menghalang; menegah: Pasukan keselamatan telah berjaya ~ rusuhan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencegah


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
ligasiligationKaedah mencegah kehamilan dengan cara memotong dan mengikat tiub Fallopio. Lihat RajahMenengah Rendah
antiseptikantisepticBahan kimia yang digunakan untuk membunuh atau mencegah pembiakan bakteria pada permukaan kulit, luka dan alatan pembedahan. Contohnya, iodin, alkohol dan asid borik.Menengah Rendah
antibodiantibodyBahan yang terbentuk dalam darah dan dapat mencegah pembiakan atau pemusnahan bakteria.Sekolah Rendah
antibiotikantibioticBahan kimia yang dihasilkan oleh mikroorganisma, yang boleh mencegah pembiakan atau menghapuskan mikroorganisma lain.Sekolah Rendah
fluoridafluorideSebatian yang mengandungi fluorin dengan unsur lain. Fluorida biasanya dicampurkan dengan ubat gigi untuk mencegah karies gigi.Menengah Rendah
pelawasroughageMakanan yang kaya dengan bahan yang tidak dapat dicerna, seperti selulosa. Pelawas boleh membantu mencegah sembelit dan mengelakkan kanser usus. Makanan yang kaya dengan pelawas ialah buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin.Menengah Atas
alat kontraseptif dalam rahim (IUCD)intrauterine contraceptive device (IUCD)Alat yang dipasang di dalam rahim wanita bagi mencegah kehamilan.Menengah Rendah
kondomcondomAlat pencegah kehamilan untuk lelaki, diperbuat daripada getah atau membran semula jadi. Alat ini juga digunakan untuk mencegah penyakit kelamin.Menengah Rendah
kuarantinquarantineTempat atau tempoh pengasingan sementara manusia, haiwan atau tumbuhan sebelum dibenarkan masuk ke kawasan lain. Keadaan ini biasanya bertujuan untuk mencegah penyebaran penyakit berjangkit.Sekolah Rendah

Kembali ke atas