Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.kah] | منچکه

Definisi : 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.kah] | منچکه

Definisi : 1 memecahkan se­suatu dgn mengapitnya dgn kedua-dua belah tangan: ~ manggis. 2 membuka sudut (kangkang dsb); menguakkan: ~ pangsa durian. 3 menarik kuda-kuda senapang atau pistol supaya dpt me­nembak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencekah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Datuk Midun sedang _____ durian ditepi pondok. A. membelah B. mengupas C. mencekah ( Soalan daripada soalan 2, m.s. 71, Buku Teks Bahasa Melayu Sekolah Kebangsaan, Tahun 4, DBP, 2006 ).Jawapannya ialah C. mencekah.Tatabahasa20.07.2009
Bapa sedang ______ durian. ( mengopek / mencekah / membelah / mengupas ) Jawapan yang mana betul?

Saudari/saudari,

Mengopek berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud membuang kulit buah-buahan, mengupas, mengopak (utk mengambil isinya). Mengupas sedikit: ~ buah-buahan dgn hujung pisau.

Mencekah pula bermaksud 1. = bercekah; 2. memecahkan (dgn mengapit kedua-dua belah tangan): ~ buah manggis; 3. melebarkan (membuka) sudut (kangkang dll), membelah, menguakkan: cekahlah tulang itu dan dedahkan alat-alat pembiakannya; ~ buah durian.

Manakala membelah membawa maksud, memotong atau memecahkan sesuatu menjadi dua bahagian: Selepas ~ buah tembikai itu, ia memberikan sebelah kpd kawannya dan sebelah lagi utknya sendiri. 2 mengerat dan memecahkan sesuatu menjadi beberapa bahagian: Selepas minum teh, saya menolong ayah saya ~ kayu api. 3 memotong bahagian tubuh orang sakit utk menyembuhkannya; membedah.

Mengupas merujuk kepada, membuang atau menanggalkan kulit sesuatu: ~ kelapa; ~ limau. 2 menghuraikan sesuatu dgn teliti; mengulas.

Jawapan yang betul ialah mencekah.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk maklumat lanjut.

Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami.

Tatabahasa14.08.2012

Kembali ke atas