Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.la] | منچلا

Definisi : mengecam, mengkritik (dgn mem­buruk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.la] | منچلا

Definisi : menyatakan kekurangan atau cela se­suatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencela

Peribahasa

Pasang masuk muara.

Bermaksud :

Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah maksud fazihat, saya menjumpai perkataan ini dalam Syair Definisi Orang Berakal dalam Antologi Harga Remaja?Perkataan fazihat (Fadhihat) berasal daripada bahasa Arab yang bermaksud mengaibkan, mencela, atau menista.Makna06.01.2011
Boleh saya tahu apa maksud melahar?Perkataan melahar merupakan bahasa percakapan. Perkataan yang betul dan sesuai digunakan ialah mengecam, mengkritik (keras), membidas dan mencelaMakna25.01.2021
Assalamualaikum. Apakah perbezaan antara "sindir" dan "perli"? Boleh tolong berikan contoh perbuatan yang menggambarkan setiap istilah? Terima kasih.Waalaikumussalam.  Sindir dan peril membawa maksud yang sama.  Sila lihat dalam Kamud Dewan Edisi Keempat atau Kamus Pelajar.

Perli :  Ucapan yg dikeluarkan utk mengejek atau utk menyindir; sindiran; ejekan. memerli mengucapkan kata-kata yg menyindir atau yg mengejek: Jangan suka ~ orang.

Perli:  Sindiran perkataan yg di­ucapkan utk mengatai atau utk mengejek orang dgn cara tidak terus terang; ejekan yg tidak langsung. menyindir mengatakan sesuatu (utk mengejek atau utk mencela) dgn cara tidak terus terang; menggiat: Ketika bersama-sama di dlm bas, dia selalu ~ saya.
Makna20.03.2014
salam, saya keliru mengenai peribahasa berikut. 1. melepaskan BATUH di tangga @ melepaskan BATUK di tangga. 2. mengetuk dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih @ mengata dulang paku serpih, mengata orang dia yang lebih tolong perjelaskan peribahasa yang tepat. terima kasih.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu menyenaraikan peribahasa yang berikut: 1. Bagai melepaskan batuk di tangga bermaksud membuat sesuatu kerja tetapi tidak sampai selesai; dan 2. Mengata dulang paku serpih, mengata orang aku yang lebih bermaksud mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi.Tatabahasa16.08.2011
Soalan peribahasa Apakah peribahasa boleh digunakan tajuk karangan ibu bapa dan anak-anak?Bolehkah Tuan senaraikan 5 peribahasa tersebut.Terima kasih yaPuan boleh menggunakan laman web PRPM untuk membuat pelbagai rujukan termasuklah peribahasa. Contoh, tuliskan ibu bapa dalam carian dan pilih maklumat daripada peribahasa (di bahagian kanan laman web). Rujuk https://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=ibu+bapa&d=82736&#LIHATSINI, anda akan temukan peribahasa  Jangan meludah ke langit. Bermaksud: Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri. Ada 20 lagi peribahasa yang berkaitan.
   
Lain-lain06.01.2021

Kembali ke atas