Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.la] | منچلا

Definisi : mengecam, mengkritik (dgn mem­buruk-burukkan sahaja), mencaci, mencacat: mengapa kau ~ dia? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.la] | منچلا

Definisi : menyatakan kekurangan atau cela se­suatu; mengecam; mengkritik: Menteri tsb telah ~ perbuatan pemuda-pemuda yg tidak bertanggungjawab itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencela

Peribahasa

Pasang masuk muara.

Bermaksud :

Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH AL-HUMAZAH

Surah al-Humazah ialah salah satu daripada

surah Makkiyyah, surah yang ke-104 mengikut

susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi

sembilan ayat. Surah ini dinamakan al-Humazah

(pencaci) kerana ia mencela orang yang bersifat

dengan sifat yang membawa kebinasaan.

UMUM 
SURAH LUQMAN

Surah Luqman ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-31 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 34 ayat.

Surah ini dinamakan Luqman kerana mengandungi

wasiat Luqman yang berhikmah, rahsia tentang

Allah S.W.T. dan sifat-Nya, mencela kesyirikan,

menyuruh berakhlak mulia dan menegah kekejian

dan kemungkaran serta wasiat bernilai yang

diwahyukan oleh Allah S.W.T. tentang hikmah dan

petunjuk. Diriwayatkan bahawa Al-Nadhar ibn al-

Harith telah mempengaruhi penyanyi perempuan

untuk menyesatkan orang mukmin, maka turun

ayat tentangnya yang bermaksud:

“... dan di kalangan daripada manusia ada orang

yang membeli kata-kata kosong untuk menyesatkan

orang lain daripada Allah S.W.T...”.

(Surah al-Luqman 31:6)

UMUM 

Kembali ke atas