Serigala dengan buah anggur. | Mencela sesuatu yang tak dapat diperolehnya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Pasang masuk muara. | Terlalu mudah mencela; mengeluarkan kata-kata tanpa pertimbangan. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jaras katanya raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. (Peribahasa lain yang sama makna: Jaras dikatakan raga jarang). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jaras dikatakan raga jarang. | Orang yang mencela orang lain, padahal dia sendiri pun ada celanya juga; orang yang tiada ilmu kerap kali salah pilih. jaras = raga yang jarang anyamannya. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jangan meludah ke langit. | Jangan mengeji (mencela) ibu bapa atau saudara mara sendiri. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Tak boleh dibaiki, jangan dipecahkan. | Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui. (Peribahasa lain yang sama makna: Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Jikalau tiada dapat dibaiki, jangan pula dipecahkan. | Jangan rosakkan (mencela) perkara yang tidak kita ketahui. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Mengata dulang paku (= bawak) serpih, mengata orang aku (= awak) yang lebih. | Mencela orang, tetapi diri sendiri yang lebih buruk lagi. bawak = kulit kerbau atau lembu yang sudah kering. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Cium tapak tangan, berbaukah atau tidak? | Lihat diri sendiri terlebih dulu sebelum mencela orang lain. | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |
Rumah sudah tukul (= pahat) berbunyi. | Mengemukakan keterangan dan saksi sesudah perkara diputuskan; mencela (bersungut) tentang sesuatu yang sudah siap dikerjakan. (Bandingkan dengan: Berketuk [= berkotek] di luar sangkar, bertanam di luar pagar). | Kamus Istimewa Peribahasa Melayu |