Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.la.ka.kan] | منچلاکاکن

Definisi : menimbulkan (mendatangkan) celaka, menjahanamkan (merosakkan dll): lubang itu digali orang utk ~ kita; dia ~ setiap orang yg berkawan dengannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.la.ka.kan] | منچلاکاکن

Definisi : menyebabkan mendapat celaka; menjahanamkan: Mana ada orang tua yg hendak ~ anaknya? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencelakakan

Peribahasa

Menghadapkan bedil pulang.

Bermaksud :

Mencelakakan kaum keluarga sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: Menggunting dalam lipatan).

 

Lihat selanjutnya...(15)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ranjau sama erti dengan periuk api? Jika ya, adakah ranjau padanan sesuai untuk 'landmine'/'mine'?Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud ranjau ialah
1. Benda tajam (daripada besi, buluh, dan lain-lain) yg dipasang di tanah dan lain-lain untuk melukai orang.
2. Sejenis alat letupan (peledak) yang ditanam di darat (dipasang di laut).
3. Sesuatu yang dibuat untuk mencelakakan orang atau tipu daya.

Manakala maksud land mine pula ialah bermaksud ranjau letupan darat dan maksud mine pula ialah lombong atau periuk api
Makna23.10.2018
Apakah yang dimaksudkan 'ereksi persona' ?

Ereksi: keadaan zakar yg membesar, mengeras dan menegak apabila bangkitnya nafsu syahwat.

Pesona: 1. guna-guna, mantera, sihir: ~, serapah dan pantun hukum diajarkan oleh pawang itu; ilmu ~ ilmu sihir, ilmu guna-guna; kena ~ kena guna-guna (sihir); membuat (mengenakan) ~ kpd mengenakan guna-guna (sihir) kpd; tukang ~ a) tukang (ahli) sihir; b) ark bp pemimpin rakyat (yg kurang jujur); 2. = pesonaan kata-kata jahat utk menyusahkan (mencelakakan) orang, fitnah: orang yg berhati hasad, dengki serta suka berbuat ~ terhadap orang lain akan menerima balasan Tuhan; fitnah dan ~ sangat menjadi-jadi pd masa itu di kalangan masyarakat kita; segala godaan dan ~ syaitan utk menyesatkan manusia drpd jalan Allah; mempesona memikat (menarik) hati, sangat menarik perhatian: kejelitaannya ~ setiap lelaki yg melihatnya; ia mempunyai suara merdu yg ~; mempesonakan 1. mengenakan pesona (sihir); 2. mempesona, memikat, menggoda, mengagumkan: lukisan asli alam Pulau Mutiara ~ dia; terpesona 1. kena pesona (jampi), terpukau (oleh jampi-jampi): aku seolah-olah ~ dgn segala ucapannya itu sehingga tidak sepatah pun yg dapat kulahirkan; 2. sangat tergoda (oleh kecantikan gadis dll), sangat terpikat (tertarik) hati: penonton-penonton ~ oleh lagu sayu yg sedang mengalun itu;

 

 

Makna11.08.2009

Kembali ke atas