Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.lup] | منچلوڤ

Definisi : 1. memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dlm benda yg cair: sebelum digoreng pergedel itu mesti dicelup ke dlm telur; 2. memberi berwarna dgn memasuk­kannya ke dlm air berwarna (kain dll): ~ kain; 3. ki membentuk (fikiran, faham, semangat, dll), melatih, mengajar: mereka dicelup di Oxford dan di Cambridge; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.lup] | منچلوڤ

Definisi : mewarnai sesuatu (spt kain) dgn memasukkannya ke dlm air berwarna: ~ kain dgn warna biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencelup


Pantun

PantunSumberTema
Bila mencelup kain pelekat, Sudah dijemur baru dilipat; Bila hidup mempermainkan adat, Maruah hancur malu yang dapat.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila mencelup kain pelekat, Kurang rata warna ditambah; Bila hidup mempermainkan adat, Orang menista saudara menyumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila mencelup kain pelekat, Kurang elok diulang lagi; Bila hidup mempermainkan adat, Sebarang duduk orang mengeji.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Bila mencelup kain pelekat, Salah celup rosak raginya; Bila hidup mempermainkan adat, Hinalah hidup rosak budinya.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Daripada mencelup tudung pintu, Elok membeli tudung jendela; Daripada hidup menanggung rindu, Eloklah mati menanggung derita.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Daripada mencelup kain selendang, Eloklah membeli kain kebaya; Daripada hidup dipermainkan orang, Eloklah mati dalam bercinta.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Daripada mencelup selendang biru, Elok mencari selendang merah; Daripada hidup menanggung rindu, Eloklah mati berkalang tanah.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
Tanda orang mencelup pukat, Kaki merah tangan bersamak; Tanda orang hidup beradat, Hati pemurah kawannya banyak.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Potong senduduk berbelah-belah, Mari diletak di dalam pinggan; Telunjuk saya diberi Allah, Suruh mencelup kapur intan.Kurik Kundi Merah SagaAdat

Kembali ke atas