Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.lup] | منچلوڤ

Definisi : 1. memasukkan (menenggelamkan, menyelamkan) ke dlm benda yg cair: sebelum digoreng pergedel itu mesti dicelup ke dlm telur; 2. memberi berwarna dgn memasuk­kannya ke dlm air berwarna (kain dll): ~ kain; 3. ki membentuk (fikiran, faham, semangat, dll), melatih, mengajar: mereka dicelup di Oxford dan di Cambridge; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.lup] | منچلوڤ

Definisi : mewarnai sesuatu (spt kain) dgn memasukkannya ke dlm air berwarna: ~ kain dgn warna biru. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencelup


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carpet fibers .fiber karpetKesenianHiasan DalamanSerat yang digunakan untuk membuat permaidani. Biasanya, serat seperti bulu kambing dipintal dalam bentuk panjang atau pendek, bercorak serta bergelombang untuk membentuk pail dan akan diwarnakan sebelum atau selepas dijadikan permaidani. Terdapat beberapa cara untuk mewarnakan permaidani, antaranya adalah dengan mencelup gegelung, mencelup pakej, mencelup permukaan dan mencetak rendaman.
package dyeingpakej mencelupKesenianHiasan DalamanProses mencelup benang bulu yang telah siap dipintal, kemudian digulung menjadi satu bentuk besar yang berlubang-lubang. Pewarna yang telah dipanaskan akan meresapi keseluruhan benang melalui lubang-lubang tersebut. Benang- benang itu seterusnya dikeringkan, diurai dan ditenun.
acid picklingpencelupasidanPergigianTiadaProses mencelup tuangan yang diperbuat daripada logam ke dalam asid bertujuan untuk membersihkan permukaan logam tersebut daripada sisa oksida.
quench (metal)lindap-kejut (logam)KejuruteraanTiadaMencelup keluli yang telah dipanaskan [untuk pengerasan atau pembajaan] ke dalam air atau minyak. [KM]
chemical polishingpenggilapan kimiaKesenianTiadaProses mencelup benda kerja ke dalam bahan kimia untuk menghasilkan permukaan yang licin dan berkilat.
blanchingpenceluranMakanan dan PemakananTeknologi MakananProses mencelup bahan makanan ke dalam air panas pada suhu 70-100oC kira-kira setengah minit hingga lima minit. Proses ini merupakan peringkat praolahan yang dilakukan selepas persediaan bahan mentah dan sebelum operasi seterusnya untuk memusnahkan aktiviti enzim, mengurangkan bilangan mikroorganisma, mengeluarkan udara serta melembutkan tisu makanan. Penceluran juga membantu proses pengupasan dan/atau pembersihan bahan makanan.
acid scalingpenyisikan asidKesenianSeni Reka PerindustrianProses mencelup atau merenjis benda kerja dengan asid sebelum kerja pelampasan dibuat ke atasnya.
dope dyepencelup dopSosiologiTiadaCecair yang digunakan untuk mencelup serat buatan manusia.
dyeingpewarnaan; pencelupanSosiologiTiada1. Proses mewarnai sesuatu dengan mencelup atau merendamkannya di dalam larutan yang mengandungi bahan pewarna.,2. Hasil daripada proses pewarnaan, misalnya warna yang terhasil.
window-dipcelup cecahKejuruteraanTiadaKaedah menghias tembikar dengan mencelup sebahagiannya ke dalam engob atau licau.
12

Kembali ke atas