Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.ce.mar.kan] | منچمرکن

Definisi : 1. menjadikan cemar, mengotorkan; 2. ki memburukkan (nama dll), mengejikan: kau ~ nama keluargamu; berbagai-bagai pengaruh luar mengubah dan kadangkala ~ cerita; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.ce.mar.kan] | منچمرکن

Definisi : 1 menyebab­kan menjadi cemar; mengotorkan: Dia ~ kawasan itu dgn sampah sarap. 2 ki memburukkan (ttg nama); mengeji­kan: Dia ~ nama baik keluarganya dgn melakukan perkara-perkara yg tidak baik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mencemarkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Bagaimanakah hendak membezakan antara mencemarkan dengan mencemari?Mencemari bermaksud menjadikan cemar; atau mengotori: contoh ayat, Tingkah laku yg tidak sopan telah mencemari nama baiknya. Manakala mencemarkan bermaksud menyebabkan menjadi cemar; atau mengotorkan: contoh ayat, Dia mencemarkan kawasan itu dengan sampah sarap.Tatabahasa19.05.2010
Tuan, saya hendak bertanya, apakah perbezaan maksud antara 'mencemari' dengan 'mencemarkan'? Bagaimanakah kedua-dua perkataan ini digunakan dalam ayat?Perkataan mencemari bermaksud menjadikan cemar, contohnya Tingkah lakunya yang tidak sopan  mencemari nama baiknya. Perkataan mencemarkan bermaksud menyebabkan menjadi cemar,contohnya Dia mencemarkan kawasan itu dengan sampah sarap.Tatabahasa12.09.2014
Assalamualaikum tuan. Antara ayat di bawah, yang mana satu betul. 1) Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar. Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemari alam sekitar. *Patut guna mencemarkan atau mencemari alam sekitar. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Secara semula jadi, mikroorganisma menguraikan bahan organik untuk menghasilkan produk penguraian yang tidak mencemarkan alam sekitar."Tatabahasa30.12.2019
Bagaimanakah membezakan penggunaan akhiran -i dan -kan. Ayat yang manakah betul penggunaannya. a. Jangan cemari sungai. b. Jangan cemarkan sungai.

Perkataan mencemari bermaksud menjadikan cemar. Contoh,: Tingkah lakunya yang tidak sopan mencemari nama baiknya. Perkataan mencemarkan bermaksud menyebabkan menjadi cemar. Contoh: Dia mencemarkan kawasan itu dengan sampah sarap. Oleh itu, ayat yang betul ialah 'Jangan cemarkan sungai'.  Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 202-208. 

Tatabahasa09.07.2009
Kami bercadang untuk menggunakan padanan "contaminate" dalam ayat di bawah ini sebagai "mengkontaminasikan" kerana kami ingin menggunakan padanan "mencemarkan" bagi "taint". “36A. (1) The reduced iron powder specified in paragraph 36(2)(c) shall be enclosed in a sachet in such a manner that the oxygen absorber will not contaminate, taint or migrate into the food. 36A. (1) Serbuk besi yang diturunkan yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam paket mengikut cara yang penyerap oksigen itu tidak mencemari, merosakkan atau masuk ke dalam makanan.”. Adakah perkataan "mengkontaminasikan" ini teratur dari sudut tatabahasa?
Cadangan penggunaan ayat yang betul ialah "Serbuk besi yang dikurangkan seperti yang dinyatakan dalam perenggan 36(2)(c) hendaklah dibungkus dalam uncang mengikut cara yang betul supaya penyerap oksigen itu tidak mengkontaminasika, mencemarkan atau masuk ke dalam makanan.”
Tatabahasa04.06.2021
Kit haruslah menjauhkan diri daripada perbuatan mencemarkan sungai agar tidak terjadi fenomena sudah terhantuk baru tergadah. Apakah kesalahan istilah ‘menjauhkan diri’ dalam ayat ini jika saya nak tahu ‘menjauhkan diri’tukar kepada kesalahan istilahSoalan kurang jelas. Sila nyatakan soalan dengan lebih jelas untuk pihak kami memberikan maklum balas yang bersesuaian berdasarkan konteks tersebut.
Lain-lain05.01.2021
APAKAH MAKSUD INTERGERITI , KOMITED , SIASAH MENGIKUT KAMUS DEWAN1. ejaan sebenar ialah integriti - kejujuran: mencemarkan nama baik - keadaan sempurna dan utuh. 2.komited - mempunyai atau menunjukkan komitmen (terhadap sesuatu) 3. siasah - pengetahuan yang bersangkutan dengan hal-hal kenegaraan atau pemerintahanMakna01.08.2007
maksud nilai-nilai murniNilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing/unsur-unsur yang mencemarkanLain-lain28.01.2007
maksud nilai-nilai murniNilai-nilai murni ialah nilai -nilai yang tidak mengandungi unsur-unsur asing atau unsur-unsur yang mencemarkan sikap seseorang. Sila rujuk bahan ini:   1. Nilai-nilai murni dalam pendidikan: menghadapi perubahan dan cabaran alaf baru oleh Abd. Rahim Abd. Rashid, Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. 2001 2. Pembangunan Watak Bangsa terbitan Akademi Kajian Ketamadunan 2005 3. Penyerapan ilmu pengetahuan dan pemupukan nilai murni melaluipendidikan bahasa Melayu oleh Nawi bin Ismail Pelita Bahasa 01/10/1995Makna16.01.2010
APAKAH MAKSUD INTEGRITI?

Puan Normazidlan,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat makna perkataan integriti ialah 1. kejujuran: mencemarkan nama baik dan ~ jabatan; 2. keadaan sempurna dan utuh, keutuhan;    Mengikut Kamus Inggeris Melayu Dewan  integriti bermakna 1. quality of being honest and upright, integriti: he felt that his ~ had been impugned, dia berasa bahawa integritinya dipersoalkan; a man of ~, orang yg mempunyai integriti; 2. completeness, keutuhan: border clashes that threatened the territorial ~ of neighbouring countries, pertempuran sempadan yg mengancam keutuhan wilayah negara jiran; the cultural ~ of a race, keutuhan kebudayaan sst bangsa. 

Makna09.07.2009
123

Kembali ke atas